Home

My Special Tickers

Daisypath Anniversary tickers Lilypie Angel and Memorial tickers Lilypie Second Birthday tickers Lilypie Maternity tickers

Friday, September 7, 2012

Pentingnya Menjaga HB Ketika Mengandung (Pengalaman Bersalin BabyAreef)

Assalammualaikum,


Haa, baru dapat nak update blog lagi. Seronoknya. Rindu jari-jari ni nak menaip. Lagi 23 hari masuk kerja. BabyAreef tengah tidur, jadi Mamanya sempat nak update blog. Dia dah ada rutin, jam ni mesti tidur kejap.

Mel kan cakap nak update mengenai pengalaman cemas bersalin BabyAreef. Ngeri la kalau nak difikirkan balik.

Seperti yang pembaca blog Mel tahu (kalau baru baca, sila lah rujuk post-post lepas ye), Mel bersalin secara induce pada 38 minggu. Pada mulanya, doktor bagitau yang BabyAreef dalam keadaan Occiput Posterior (OP) iaitu posisi kepala dah betul ke bawah tetap muka menghadap ke atas, seperti gambar rajah di bawah ni:




Doktor Pakar nasihatkan yang kalau induce semasa OP ni, keberangkalian Emergency C-Sect mungkin terjadi kerana diameter kepala bayi semasa OP lebih besar berbanding kalau muka bayi menghadap ke bawah. Ini adalah kerana, semasa crowning, diameter kepala bayi adalah ideal ketika menghadap ke bawah kerana ukuran lilitan diameter kepada paling kecil dalam posisi itu. 

Semasa temujanji bersama doktor pada Jumaat, 29 Jun 2012 (hari yang sepatutnya induce), doktor buat scan lagi dan BabyAreef masih OP. Jadi dia tak nasihatkan bersalin dulu dan tunggu hari Isnin akan datang. Tapi Mel kena datang esok dan lusanya untuk periksa CTG. 

Mel dan Hubby hampa sedikit sebab dah tak sabar nak jumpa baby. Oleh itu, Google dan research kat Internet, ada cara untuk buat baby berpusing ke posisi ideal. Kena buat senaman seperti di bawah ni:


Tak boleh duduk menyandar juga tau. Tidur mesti sentiasa mengiring. Alhamdullilah, memang berkesan. 

Pada Sabtu (30 Jun 2012), Mel buat CTG tapi minta dekat doktor boleh tak scan lagi nak tengok baby dah betul position ke tak. Bila scan, terkejut tengok BabyAreef dah sujud kat dalam rahim Mama. Yay! Tanpa berlengah, Mel dan Hubby minta bersalin hari itu juga. Doktor Mel bagitahu kena bersalin malam sikit sebab dia dah ada dua pesakit menunggu. Tak kisah pun, nak bersalin juga.

Long story cut short, Mel masuk Labour Room pukul 5.00 petang, doktor periksa bukaan dah buka 4cm. Jadi dia pecahkan air ketuban dan masukkan drip Pitocin untuk induce labour. Tak berapa lama, contraction pun makin kuat. Nasib baik Hubby sentiasa di sisi untuk bagi semangat. Alhamdullilah pada 8.32 malam, lahirlah BabyAreef. Mel menangis teresak-esak dan Hubby terus sujud syukur. Nurse tunjuk baby kat Mel. "Assalammualaikum baby", ucapan pertama Mel.

OK, bagi sesiapa yang pernah bersalin, biasanya doktor beri suntikan di paha untuk kecutkan rahim dan jahit luka bersalin kan? Itu situasi biasa.

Mel hairan kenapa doktor dan nurse tak berhenti urut perut Mel dan beri suntikan sampai 4 kali. Siap masukkan ubat kat bontot. Dorang tak jahit lagi luka ke? Kenapa semua orang macam cemas semacam je. Ada seorang nurse tu siap lari masuk ke Labour Room. Kenapa ni? Ikut pengalaman dengan Aqeel dulu, cepat je diuruskan selepas bersalin. Dahla Mel tak sabar nak jumpa baby!

Lepas tu, Mel dengar doktor telefon seorang lagi Pakar O&G suruh datang tolong dia sebab Mel PPH. Hah? PPH? Mel sempat juga baca apa itu PPH iaitu Postpartum HemorrhageDalam erti kata lainnya, tumpah darah. Nurse seorang ni tak berhenti-henti borak dengan Mel, agaknya tak nak bagi Mel pengsan kot.

Doktor Mel pun beritahu yang rahim Mel tak kecut seperti biasa dan fresh blood keluar. Walaupun dia dah periksa placenta dan placenta dah keluar complete tapi dia kena periksa untuk pastikan tiada luka atau apa-apa tertinggal di dalam rahim. Jadi Mel perlu dibawa ke Operation Theatre dan dibius/ditidurkan. Hah? Ngeri nya!

Kemudian, episode di Operation Theatre. Pakar Bius berbincang dengan doktor Mel, cakap muka Mel nampak pucat sebab hilang darah banyak. Sebelum ditidurkan, doktor beritahu;

"Awak akan ditidurkan untuk kami periksa tiada masalah dengan rahim. Kalau perlu, pembedahan kecil akan dilakukan untuk mengikat rahim bagi menghentikan pendarahan. Worst-case senario adalah BUANG RAHIM untuk menyelamatkan nyawa". HAH!! Buang rahim??

"Sekarang dalam masa 10 saat awak akan ditidurkan"

Sedar-sedar selepas tu, dah bangun terus cari doktor dan tanya semua OK tak? Dia cakap, jangan risau semuanya OK. Tapi sedar-sedar je tekak Mel sakit sebab diaorang masukkan tiub untuk bernafas tu dan Mel dipasang kantung untuk kencing tu. Tak pernah lansung alami perkara macam ini.

Esoknya, baru doktor terangkan yang Mel tumpah darah sebanyak 1.5 liter darah dan rahim tak mengecut seperti biasa. Nasib baik HB Mel 13.6 semasa bersalin tetapi turun sehingga 9!  Mereka terpaksa masukkan darah plasma sebanyak 4 pain. Kalaulah HB Mel rendah dari 10, dan turun ke 5-6, Ya Allah, tak berani Mel bayangkan. Sebab itulah tumpah darah merupakan penyebab pertama ibu bersalin meninggal dunia. 

Oleh itu, sila lah jaga HB anda ya. Jangan dipandang remeh kalau darah rendah atau HB rendah ni. Makan lah supplement dan jaga pemakanan. Apa-apa pun, semuanya ketentuan Illahi. Jangan lupa doa banyak-banyak pada Allah, minta dipermudahkan urusan bersalin.

Apa-apa pun, segala penat lelah, air mata dan tangisan, Mel dan Hubby dihadiahkan Allah bayi kecil yang diberi nama Abang Areef Nufael. Alhamdullilah.

Hai semua!

MamaAqeel/Areef selalu teringatkan Aqeel

5 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...