Home

My Special Tickers

Daisypath Anniversary tickers Lilypie Angel and Memorial tickers Lilypie Second Birthday tickers Lilypie Maternity tickers

Friday, September 7, 2012

Cara Mengatasi Bayi Keliru Puting

Assalammualaikum,


Wah, buat post baru lagi. BabyAreef masih tidur lagi, ntah apa yang dia penat sangat tu. Puas menyusu kot.

Mel buat post ini untuk menyelamatkan mana-mana ibu yang mengalami bayi keliru puting atau Nipple Confusion/Nipple Preference. 

Mel memang niat suci dan murni bercita-cita untuk Fully Breastfeed BabyAreef. Tapi tak sangka yang Mel alami komplikasi sedikit sehingga tak dapat angkat untuk hari pertama di hospital. Sob sob. Dan Mel lupa nak pesan kepada Nurse jangan bottle-feed baby (yang ini Mel menyesal tak sudah). Hospital swasta ni kononnya nak bagi si ibu berehat. Lain kali Mel tahu la nak pesan siap-siap jangannnnnn diberi botol baby ku!

Akibatnya, BabyAreef refuse breast. Huwaa! Setiap hari Mel cuba tapi dia akan menangis tak ingat dan sebab tak sampai hati, bagila susu formula dalam botol. Susu Mel pun betul-betul keluar pada hari ketujuh.

There are so many things that I wish I can change or I knew earlier. I wish I have the guts to feed BabyAreef guna cup atau picagari. Cuma Mel takut kalau dia tersedak ke apa. Jadi, redha je feed BabyAreef dengan botol serta beri susu formula. Di dalam hati sedihhhhh sangat.

Hari-hari Mel meng'Google' macam mana nak atasi masalah ni. Banyak cara dah Mel cuba, cuma tak eliminate penggunaan botol. 

TAPI...

nipple-shield-contact_copy.jpg (250×250)
Medela Contact Nipple Sheild yang dibeli dari LittleWhiz.com

Benda ini adalah penyelamat usaha penyusuan secara direct feed Mel dan BabyAreef. Setelah beberapa lama menggunakannya, dan bila Mel cuba tak pakai, akhirnya BabyAreef nak menyusu terus dari badan! Alhamdullilah, rasa macam mimpi! Jadi sekarang, disebabkan susu badan tak berapa banyak (disebabkan tak dapat menyusu secara terus pada mula-mula), Mel cuba direct feed sentiasa, kalau rasa dah tak ada susu, top up dengan formula. Bila dia dah kenyang dengan susu formula, Mel akan pam untuk buat stok. Perancangannya ialah, biar stok tu cukup untuk eliminate susu formula satu hari nanti. Doakan Mel berjaya ya!!

Secara ringkasnya, jika anda mengalami bayi keliru puting ni, sila lah ambil tindakan seperti berikut:

  • Eliminate penggunaan botol susu (Mel tak berani buat, tapi agak menyesal lah)
  • Sentiasa pam, pam dan pam! (Mel tak pam sangat mula-mula sebab kurang ilmu dan tak ada orang tolong jaga baby kalau nak mengepam selalu, kalau boleh pam sekerap baby menyusu untuk bina supply susu badan.)
  • Gunakan double-pump yang bagus. Ini perkara penting untuk jadi Exclusive Pumping Mother. (Mel guna Avent Single Pump, rumit sangat dan ambil masa. Sekarang Mel dah ada Rumble Tuff Double Pump yang menarik harganya. Senang sikit nak pam, nanti Mel buat review pam Rumble Tuff tu k.)
  • Feed the baby! (Janganlah disebabkan nak juga baby menyusu badan, dibiarkan baby tu lapar. Bagi baby minum melalui kaedah lain seperi dari cawan, sudu, picagari)
  • Terima hakikat yang baby kena minum susu formula tetapi usaha juga beri susu badan tiap-tiap hari melalui kaedah pam. Remember, a little amount of breastmilk is better than none! Usaha untuk beri sebanyak mungkin susu badan dan kalau boleh sehingga tak payah beri susu formula lagi.
  • Jangan stress sangat dengan orang-orang yang condemn pemberian susu formula kepada bayi. Ada orang sanggup biarkan baby tak cukup susu (kalau susu dia sikit) dan biar baby underweight. Ntahla, tak berani nak komen banyak. 
Harap usaha Mel berjaya. Mel dah terima hakikat yang mungkin bukan rezeki BabyAreef untuk fully breastfeed tapi Mel akan usaha untuk beri sebanyak mungkin susu badan kepada dia. Asalkan sihat dan asalkan BabyAreef gembira dan kenyang. Kan kan? (Ayat pujuk hati yang keciwa! Hahaha)

MamaAqeel & Areef supports breastfeeding!

3 comments:

  1. mel teruskan bf baby, dulu masa Marissa susu sy tak keluar sampai hari ke 3 n tak bayak..org akan cakap macam2 tapi jgn putus asa..Alhamdulillah walaupun mix susu badan n formula Marissa masih menyusu badan sampai hari ne (dah nak masuk setahun dah). Di bandingkan kawan2 yang fully bf from born..start keje jer terus tak bf n fully formula fed coz diorang cakap susah n tak de masa nk pump kat office..Chiyokk Mel..p/s kalo bf baby nanti cepat kurus hehehe..;)

    ReplyDelete
  2. Mel,
    Dari mana dapat senarai tindakan tu ye.
    Ke mel buat sendiri.

    Good info and nice advice.
    ;)

    Mudahan usaha mel tuk eliminate fm akan berjaya k.
    Do it slowly and steady.
    Tak ya stress2.

    Enjoy k bersama anakanda terchenta.

    ReplyDelete
  3. Eizzha: Terima kasih atas nasihat. Mestila Mel cuba sedaya upaya beri susu ibu selama mana yang boleh, walaupun kena top up dengan susu formula. Kalau boleh, dah tak nak beri susu formula. Harap-harap berjaya.

    Ashra: Thanks Ashra sebab memberi nasihat yang sangat-sangat berguna semasa Mel buntu. Senarai tindakan tu, Mel buat berdasarkan pengalaman ni. Mana lah tau ada ibu muda lain yang google masalah seperti ni, boleh la elak benda ni jadi kat dorang.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...