Home

My Special Tickers

Daisypath Anniversary tickers Lilypie Angel and Memorial tickers Lilypie Second Birthday tickers Lilypie Maternity tickers

Monday, September 24, 2012

Ulasan Set Berpantang NR

Assalammualaikum,


Rupa-rupanya ada juga kawan-kawan yang membaca dan bertanya tentang Set Berpantang yang Mel pening sangat nak pilih sebelum bersalin hari tu. Oleh itu, Mel nak bagi ulasan sikit berdasarkan pengalaman sendiri. Diingatkan bahawa ulasan ini adalah subjektif dan keserasian orang lain-lain. Jangan pula saman Mel kalau kalian ambil Set Berpantang NR tak seperti yang Mel ulaskan. Hehe

Pada mulanya, Mel memang nak berpantang berhabis-habisan (konon nak turunkan berat banyak). Tapi berpantang ada baby dengan tiada baby sangat berbeza (apa ntah ayat ni, memang lah banyak beza) *tepuk dahi*

Kalau BabyAreef sedu sikit, Mel dah gelabah. Bila dia muntah susu, lagi la gelabah. I was not really myself at the beginning of BabyAreef's life. Losing his older brother really took a toll on me! Memang sentiasa ketakutan. Honest! Mel nak buat pengakuan, mula-mula tu, Mel memang dah mula rasa depression, takut betul kalau meroyan. Nasib baik ada sokongan orang-orang di sekeliling. Terima kasih ya Hubby, Mami dan Kak Saloma (my confinement lady). 

BabyAreef pula kena jaundice yang tidaklah begitu tinggi. Seminggu selepas kelahiran dia, bacaan jaundice ialah 13. Pead cakap, kalau 14 kena admit duduk bawah lampu. Bukan main lagi kami usaha untuk rendahkan bacaan jaundice. Kira-kira selepas check-up 3 minggu, BabyAreef bebas daripada jaundice. 

Oleh itu, Mel tinggal atau skip makan Set Berpantang NR sebelum 3 minggu tu. Selepas tu, baru Mel ambil. Secara kesimpulannya (sila rujuk post ini - Dah Buat Keputusan Set Berpantang);

Phytonatal - Ambil 3 biji sebelum sarapan. Memang terbaik untuk lawaskan perut. Tak payah nak teran-teran lagi kalau nak yakyak. Hahaha. Jadi perut rasa selesa ;)

Air Herbanika - Rasanya OK, mild compared to 'ubat kampung'. Minum air ni, kuat kencing la pula. Memang balik-balik betulkan bengkung. Sangat bagus untuk hilangkan water retention sebab masa kita mengandung kan, kita gemuk air. 

Minyak Herbanika - Baunya memang menyegarkan, tapi Mel harapkan yang minyak ni panas, tetapi tak berapa panas la. Jadi my confinement lady campurkan dengan Minyak Mustajab, kasi kaw sikit bila berurut. 

Barut - Barut NR OK, ada juga rasa panas-panas bila guna tapi Mel tak habiskan. Tak gemar la benda-benda yang kotor ni. At the end, guna Minyak Mustajab je.

Barra Gel - Yang ini best, segar je kalau cuci di bahagian *itu*. Tapi Mel guna bila dah sembuh luka la. 

Phytox - Mel belum makan lagi, bila ntah nak makannya. Selalu lupa. *Sila babab Mel yang pelupa ni!*

Minyak Berubat Herba - Ada juga guna untuk urut juga. Tak apply kat baby pun, sebab takut kulit dia sensitif. 

Nu3Med - Ada makan, hmm, ntahla sama ada ada beza tak. Makan sebab dah beli, lagipun ramuan nya memang benda yang bagus dimakan orang berpantang.

Minyak Bayi Amway - Best juga tapi at the end, kita orang beli Minyak Yuyi. BabyAreef lebih selesa dan serasi dengan Minyak Yuyi. Jarang sangat kembung perut.

Untuk makluman, Mel tak bergantung dengan Set Berpantang NR ni bukan apa, Mel bersalin di Hospital Swasta, mereka bagi pain killer, antibiotik, ubat untuk lawas, ubat cuci luka, jadi Mel ambil keputusan nak habiskan ubat Hospital dulu. Dalam masa yang sama, Mel ambil Set Berpantang Shaklee, dengan harapan susu yang dihasilkan berkualiti.

Mesti tertanya-tanya sama ada Mel banyak hilang berat? Tak sangat pun, kembali ke berat sebelum mengandung BabyAreef tetapi berat ni bukan berat dan saiz yang Mel selesa. Masih sangat debab sebab sepatutnya Mel hilangkan 15kg lagi untuk muat kebanyakkan baju kerja (berat sebelum mengandungkan Baby Angel Aqeel, adakah mungkin tercapai?). Tapi, Mel tak salahkan Set Berpantang NR ni, sebab Mel sendiri yang tak disiplin. Mel takut nak makan sangat sebab takut yakyak selalu sangat. Takut nak tinggalkan BabyAreef seorang diri. 

Tapi, kalau kalian betul-betul amalkan Set Berpantang NR ini, memang tidak mustahil untuk capai berat yang diingini sebab memang lawas. Badan rasa ringan je. Hmm, nak abiskan la apa yang tinggal, mana tau boleh turunkan berat sikit. 

Tapi kan, keutamaan Mel sekarang ialah menghasilkan susu ibu yang cukup untuk BabyAreef. Pasal diet tolak ke tepi, nanti kurang makan, susu merundum (dahla susu memang tak meriah), Mel juga yang stress nanti. Mengenai usaha Mel fully breastfeed, akan diceritakan di post yang lain ya.

Apa-apa pun, moga ulasan ini boleh la bantu sikit kalian kalau tengah pening-pening fikir nak guna tak Set Berpantang NR ni. Selamat mencuba!


MamaAqeel & Areef bila agaknya berpantang lagi? (Ntah apa-apa, baby baru masuk 3 bulan dah fikir nak baby lagi, huahauhua)

Tuesday, September 11, 2012

Anak Keberapa?

Assalammualaikum,


BabyAreef tengah tidur. Cepat cepat update blog!

Mel selalu fikir mengenai perkara ini. Orang selalu tanya, anak dah berapa orang? Berapa orang askar dah? BabyAreef anak sulung ke?

Mel sentiasa jawab, anak dah dua. Melainkan kalau orang tu tanya, anak sulung dah umur berapa? Baru la Mel jawab anak meninggal dalam kandungan waktu due, 39 minggu (dengan harapan, janganlah orang tu tanya lebih-lebih lagi)

Hubby pun sama, Mel suka bila dia jawab tak teragak-agak pun. Anak dah dua. BabyAreef anak kedua. 

Cuma kalau orang tanya Mami, selalu Mami jawab cucu sulung. Hmm, Aqeel cucu sulung Mami lah! Mungkin Mami malas nak menjawab kalau orang tanya kot. Sik apa Mami, kamek sik amik hati pun.

Alahai, anak sulung ku sayang Baby Angel Aqeel, rindu Mama dengan kitak. Tengok muka Areef, selalu terkenang Aqeel. Mula-mula dulu, selalu tersasul panggil Areef dengan nama Aqeel. Sik apa sayang, kitak dah berbahagia di sinun. Sentiasa doakan Mama, Papa dan Dedek k.

Dah dah, emosi pula. Tak nak stress, nanti susu merundum (apakah kaitan? hahaha)

Gambar keluarga! Pipi kami semua sama kan? Huahaha

MamaAqeel&Areef always remembers her firstborn! <3

Friday, September 7, 2012

Cara Mengatasi Bayi Keliru Puting

Assalammualaikum,


Wah, buat post baru lagi. BabyAreef masih tidur lagi, ntah apa yang dia penat sangat tu. Puas menyusu kot.

Mel buat post ini untuk menyelamatkan mana-mana ibu yang mengalami bayi keliru puting atau Nipple Confusion/Nipple Preference. 

Mel memang niat suci dan murni bercita-cita untuk Fully Breastfeed BabyAreef. Tapi tak sangka yang Mel alami komplikasi sedikit sehingga tak dapat angkat untuk hari pertama di hospital. Sob sob. Dan Mel lupa nak pesan kepada Nurse jangan bottle-feed baby (yang ini Mel menyesal tak sudah). Hospital swasta ni kononnya nak bagi si ibu berehat. Lain kali Mel tahu la nak pesan siap-siap jangannnnnn diberi botol baby ku!

Akibatnya, BabyAreef refuse breast. Huwaa! Setiap hari Mel cuba tapi dia akan menangis tak ingat dan sebab tak sampai hati, bagila susu formula dalam botol. Susu Mel pun betul-betul keluar pada hari ketujuh.

There are so many things that I wish I can change or I knew earlier. I wish I have the guts to feed BabyAreef guna cup atau picagari. Cuma Mel takut kalau dia tersedak ke apa. Jadi, redha je feed BabyAreef dengan botol serta beri susu formula. Di dalam hati sedihhhhh sangat.

Hari-hari Mel meng'Google' macam mana nak atasi masalah ni. Banyak cara dah Mel cuba, cuma tak eliminate penggunaan botol. 

TAPI...

nipple-shield-contact_copy.jpg (250×250)
Medela Contact Nipple Sheild yang dibeli dari LittleWhiz.com

Benda ini adalah penyelamat usaha penyusuan secara direct feed Mel dan BabyAreef. Setelah beberapa lama menggunakannya, dan bila Mel cuba tak pakai, akhirnya BabyAreef nak menyusu terus dari badan! Alhamdullilah, rasa macam mimpi! Jadi sekarang, disebabkan susu badan tak berapa banyak (disebabkan tak dapat menyusu secara terus pada mula-mula), Mel cuba direct feed sentiasa, kalau rasa dah tak ada susu, top up dengan formula. Bila dia dah kenyang dengan susu formula, Mel akan pam untuk buat stok. Perancangannya ialah, biar stok tu cukup untuk eliminate susu formula satu hari nanti. Doakan Mel berjaya ya!!

Secara ringkasnya, jika anda mengalami bayi keliru puting ni, sila lah ambil tindakan seperti berikut:

  • Eliminate penggunaan botol susu (Mel tak berani buat, tapi agak menyesal lah)
  • Sentiasa pam, pam dan pam! (Mel tak pam sangat mula-mula sebab kurang ilmu dan tak ada orang tolong jaga baby kalau nak mengepam selalu, kalau boleh pam sekerap baby menyusu untuk bina supply susu badan.)
  • Gunakan double-pump yang bagus. Ini perkara penting untuk jadi Exclusive Pumping Mother. (Mel guna Avent Single Pump, rumit sangat dan ambil masa. Sekarang Mel dah ada Rumble Tuff Double Pump yang menarik harganya. Senang sikit nak pam, nanti Mel buat review pam Rumble Tuff tu k.)
  • Feed the baby! (Janganlah disebabkan nak juga baby menyusu badan, dibiarkan baby tu lapar. Bagi baby minum melalui kaedah lain seperi dari cawan, sudu, picagari)
  • Terima hakikat yang baby kena minum susu formula tetapi usaha juga beri susu badan tiap-tiap hari melalui kaedah pam. Remember, a little amount of breastmilk is better than none! Usaha untuk beri sebanyak mungkin susu badan dan kalau boleh sehingga tak payah beri susu formula lagi.
  • Jangan stress sangat dengan orang-orang yang condemn pemberian susu formula kepada bayi. Ada orang sanggup biarkan baby tak cukup susu (kalau susu dia sikit) dan biar baby underweight. Ntahla, tak berani nak komen banyak. 
Harap usaha Mel berjaya. Mel dah terima hakikat yang mungkin bukan rezeki BabyAreef untuk fully breastfeed tapi Mel akan usaha untuk beri sebanyak mungkin susu badan kepada dia. Asalkan sihat dan asalkan BabyAreef gembira dan kenyang. Kan kan? (Ayat pujuk hati yang keciwa! Hahaha)

MamaAqeel & Areef supports breastfeeding!

Happy 2 Months BabyAreef!

Assalammualaikum,

Alhamdullilah BabyAreef dah berusia dua bulan. Makin lama, makin sayang. Syukur ya Allah.

Bila kenyang, happy lah! :)
Mama loves both Aqeel and Areef *love*

Pentingnya Menjaga HB Ketika Mengandung (Pengalaman Bersalin BabyAreef)

Assalammualaikum,


Haa, baru dapat nak update blog lagi. Seronoknya. Rindu jari-jari ni nak menaip. Lagi 23 hari masuk kerja. BabyAreef tengah tidur, jadi Mamanya sempat nak update blog. Dia dah ada rutin, jam ni mesti tidur kejap.

Mel kan cakap nak update mengenai pengalaman cemas bersalin BabyAreef. Ngeri la kalau nak difikirkan balik.

Seperti yang pembaca blog Mel tahu (kalau baru baca, sila lah rujuk post-post lepas ye), Mel bersalin secara induce pada 38 minggu. Pada mulanya, doktor bagitau yang BabyAreef dalam keadaan Occiput Posterior (OP) iaitu posisi kepala dah betul ke bawah tetap muka menghadap ke atas, seperti gambar rajah di bawah ni:




Doktor Pakar nasihatkan yang kalau induce semasa OP ni, keberangkalian Emergency C-Sect mungkin terjadi kerana diameter kepala bayi semasa OP lebih besar berbanding kalau muka bayi menghadap ke bawah. Ini adalah kerana, semasa crowning, diameter kepala bayi adalah ideal ketika menghadap ke bawah kerana ukuran lilitan diameter kepada paling kecil dalam posisi itu. 

Semasa temujanji bersama doktor pada Jumaat, 29 Jun 2012 (hari yang sepatutnya induce), doktor buat scan lagi dan BabyAreef masih OP. Jadi dia tak nasihatkan bersalin dulu dan tunggu hari Isnin akan datang. Tapi Mel kena datang esok dan lusanya untuk periksa CTG. 

Mel dan Hubby hampa sedikit sebab dah tak sabar nak jumpa baby. Oleh itu, Google dan research kat Internet, ada cara untuk buat baby berpusing ke posisi ideal. Kena buat senaman seperti di bawah ni:


Tak boleh duduk menyandar juga tau. Tidur mesti sentiasa mengiring. Alhamdullilah, memang berkesan. 

Pada Sabtu (30 Jun 2012), Mel buat CTG tapi minta dekat doktor boleh tak scan lagi nak tengok baby dah betul position ke tak. Bila scan, terkejut tengok BabyAreef dah sujud kat dalam rahim Mama. Yay! Tanpa berlengah, Mel dan Hubby minta bersalin hari itu juga. Doktor Mel bagitahu kena bersalin malam sikit sebab dia dah ada dua pesakit menunggu. Tak kisah pun, nak bersalin juga.

Long story cut short, Mel masuk Labour Room pukul 5.00 petang, doktor periksa bukaan dah buka 4cm. Jadi dia pecahkan air ketuban dan masukkan drip Pitocin untuk induce labour. Tak berapa lama, contraction pun makin kuat. Nasib baik Hubby sentiasa di sisi untuk bagi semangat. Alhamdullilah pada 8.32 malam, lahirlah BabyAreef. Mel menangis teresak-esak dan Hubby terus sujud syukur. Nurse tunjuk baby kat Mel. "Assalammualaikum baby", ucapan pertama Mel.

OK, bagi sesiapa yang pernah bersalin, biasanya doktor beri suntikan di paha untuk kecutkan rahim dan jahit luka bersalin kan? Itu situasi biasa.

Mel hairan kenapa doktor dan nurse tak berhenti urut perut Mel dan beri suntikan sampai 4 kali. Siap masukkan ubat kat bontot. Dorang tak jahit lagi luka ke? Kenapa semua orang macam cemas semacam je. Ada seorang nurse tu siap lari masuk ke Labour Room. Kenapa ni? Ikut pengalaman dengan Aqeel dulu, cepat je diuruskan selepas bersalin. Dahla Mel tak sabar nak jumpa baby!

Lepas tu, Mel dengar doktor telefon seorang lagi Pakar O&G suruh datang tolong dia sebab Mel PPH. Hah? PPH? Mel sempat juga baca apa itu PPH iaitu Postpartum HemorrhageDalam erti kata lainnya, tumpah darah. Nurse seorang ni tak berhenti-henti borak dengan Mel, agaknya tak nak bagi Mel pengsan kot.

Doktor Mel pun beritahu yang rahim Mel tak kecut seperti biasa dan fresh blood keluar. Walaupun dia dah periksa placenta dan placenta dah keluar complete tapi dia kena periksa untuk pastikan tiada luka atau apa-apa tertinggal di dalam rahim. Jadi Mel perlu dibawa ke Operation Theatre dan dibius/ditidurkan. Hah? Ngeri nya!

Kemudian, episode di Operation Theatre. Pakar Bius berbincang dengan doktor Mel, cakap muka Mel nampak pucat sebab hilang darah banyak. Sebelum ditidurkan, doktor beritahu;

"Awak akan ditidurkan untuk kami periksa tiada masalah dengan rahim. Kalau perlu, pembedahan kecil akan dilakukan untuk mengikat rahim bagi menghentikan pendarahan. Worst-case senario adalah BUANG RAHIM untuk menyelamatkan nyawa". HAH!! Buang rahim??

"Sekarang dalam masa 10 saat awak akan ditidurkan"

Sedar-sedar selepas tu, dah bangun terus cari doktor dan tanya semua OK tak? Dia cakap, jangan risau semuanya OK. Tapi sedar-sedar je tekak Mel sakit sebab diaorang masukkan tiub untuk bernafas tu dan Mel dipasang kantung untuk kencing tu. Tak pernah lansung alami perkara macam ini.

Esoknya, baru doktor terangkan yang Mel tumpah darah sebanyak 1.5 liter darah dan rahim tak mengecut seperti biasa. Nasib baik HB Mel 13.6 semasa bersalin tetapi turun sehingga 9!  Mereka terpaksa masukkan darah plasma sebanyak 4 pain. Kalaulah HB Mel rendah dari 10, dan turun ke 5-6, Ya Allah, tak berani Mel bayangkan. Sebab itulah tumpah darah merupakan penyebab pertama ibu bersalin meninggal dunia. 

Oleh itu, sila lah jaga HB anda ya. Jangan dipandang remeh kalau darah rendah atau HB rendah ni. Makan lah supplement dan jaga pemakanan. Apa-apa pun, semuanya ketentuan Illahi. Jangan lupa doa banyak-banyak pada Allah, minta dipermudahkan urusan bersalin.

Apa-apa pun, segala penat lelah, air mata dan tangisan, Mel dan Hubby dihadiahkan Allah bayi kecil yang diberi nama Abang Areef Nufael. Alhamdullilah.

Hai semua!

MamaAqeel/Areef selalu teringatkan Aqeel
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...