Home

My Special Tickers

Daisypath Anniversary tickers Lilypie Angel and Memorial tickers Lilypie Second Birthday tickers Lilypie Maternity tickers

Friday, June 8, 2012

Pening Nak Pilih Set Berpantang

Assalammualaikum,


Mel sekarang ini tengah pening tau nak buat keputusan nak guna set pantang yang mana.



Image: www.google.com.my

Masa berpantang kali pertama dulu, Mak Mertua Mel orderkan ubat kampung dari bidan yang pandai buat ubat berpantang. 

Benda-benda yang disediakan dan set pantang kampung itu adalah:

1. Air Masak (Air Periuk) - Peket herba yang kita rebus sehingga mendidih untuk diminum semasa breakfast / lunch / dinner. Yang ini Mel masih tolerate dan habiskan semua.
2. Hirup Kunyit - Memang hirup kunyit yang pure ok! Rasanya kunyit hidup yang diblend lumat. Kebaikan adalah untuk membuang angin dan mengecutkan rahim. Adoi, tak dapat telan! Akibatnya banyak yang terbuang.
3. Hirup Pegaga - Sama juga seperti hirup kunyit, pegaga original yang diserbukkan (kot). Kebaikan adalah untuk membuang lemak-lemak dan menyegarkan badan. Tak boleh telan juga.
4. Param - Yang kita bancuhkan serbuk dengan air suam, kemudian sapukan seluruh badan supaya angin tak boleh masuk badan. Yang ini, OK juga la. Kulit memang ada rasa lembut selepas guna. 
5. Pilis - Yang letak di dahi. Fungsi untuk menarik angin dari kepala dan mengelakkan sakit kepala. Pilis buatan kampung ni Mel memang suka, masa pakai tu rasa panas je dahi. 
6. Barut - Yang letak di perut sebelum berbengkung. Yang ini Mel guna pada hari pertama saja. Gatal dan kotor sangat guna barut tu. Mel tukar dengan Minyak Mustajab (warna merah dan hijau) sebelum berbengkung.
7. Ma'jun - Macam mana nak eja ek. Makjun, ma'jun? Yang dimakan bila-bila masa untuk memanaskan badan. Dapat dua bekas kecil, Mel dapat habiskan 1/2 bekas dan 1 lagi tu memang tak makan lansung.

Semua ini berharga RM400 ya kawan-kawan.  Mel guna sepenuhnya 3 items sahaja. Membazir!! Dan setelah melalui pantang tahun lepas dan knowing myself, memang Mel tak dapat nak telan lansung ubat kampung ni. Jadi, kena cari set-set berpantang yang telah dimodenkan. 

Setelah membuat banyak research dengan bantuan Encik Google, baca blog-blog ibu-ibu yang menggunakan bermacam-macam jenis set pantang, tanya kawan-kawan yang berpengalaman, akhirnya Mel tengah pening untuk memilih dua produk ini:

Set Herbanika Bersalin NR

Apa yang ada dalam set ni:

Phytonatal 90 biji - dalam bentuk tablet untuk di makan
Akar herbanika 10 paket - dalam bentuk uncang, rebus untuk diminum
Minyak herbanika 130ml - minyak sapuan badan dan urut
Krim Herbanika Barut 60 g - Sapuan pada perut dan pinggang
Uncang Cuci Herbanika 10 paket - untuk jagaan kebersihan dan kesegaran alat sulit wanita
Herbanika Lulur - untuk menyental kulit

ATAU

Set Bersalin Amway Tropical Herbs 


Apa yang ada dalam set ni:

Produk utk dimakan atau Diminum
1. Teh Herba
2. Herba lepas bersalin 1
3. Herba lepas bersalin 2

Produk Untuk Kegunaan Luar
4. Herba pembersih wanita
5. Herba Mandian
6. Campuran Peramping Perut( Tapel)
7. Campuran Penghangat Badan (Param)
8. Campuran Penenang (Pilis)
9. Minyak Urut Herba
10. Minyak Bayi

Sumber Maklumat: Google

Sebab Mel ni seorang yang skema, maka terhasil jadual seperti di bawah ni ;)

PERBANDINGAN DI ANTARA:

Perkara
Set Herbanika Bersalin NR
Set Bersalin  Amway Tropical Herbs
Catatan
NR/TH
Harga
RM300 (6 Items)
RM270 (11 items)
Harga tak jauh beza, maka tak jadi kriteria
-
ITEMS




Pil Herba
Phytonatal
Herba lepas bersalin 1
Herba lepas bersalin 2
Ramai orang recommend Phytonatal ni boleh banyakkan susu..
NR
Rebusan Herba
Akar herbanika
Teh Herba
Ramai juga bagitau Akar Herbanika boleh hilangkan ‘water retention’ dan banyakkan susu
NR
Minyak Panas
Minyak herbanika
Minyak Urut Herba
Minyak Herbanika pun ramai yang sarankan guna, sehinggakan pesan beli extra
NR
Barut
Krim Herbanika Barut 60 g
Tiada
Barut NR guna krim, taklah gatal-gatal kan
NR
Pencuci Wanita
Uncang Cuci Herbanika
Herba Pembersih Wanita
No preference
-
Lulur
Herbanika Lulur
Tiada
Untuk buang daki badan.
NR
Herba Mandian
Tiada
Herba Mandian
No preference, Confinement Lady akan sediakan yang fresh
-
Tapel
Tiada
Campuran Peramping Perut
Tak nak guna pun tapel, macam remeh nak guna
-
Param
Tiada
Campuran Penghangat Badan
TH ada param untuk sapu seluruh badan
TH
Pilis
Tiada
Campuran Penenang
Entahlah kenapa Mel nak juga guna Pilis
TH
Minyak Bayi
(Tiada)
 Dijual berasingan
Minyak Bayi
Ramai recommend Minyak Bayi ni sangat bagus
TH
Bengkung
Tiada
Ada
Tak menjadi criteria pemilihan sebab bengkung dah ada
-

Nampak sangat yang Mel prefer Set Herbanika Bersalin NR kan, jadi kena cari cara untuk atasi kekurangan NR berbanding dengan Amway Tropical Herbs tu. Oleh itu, Mel ambil keputusan untuk membuat pembelian seperti berikut:

1 SET HERBANIKA BERSALIN NR
+
MINYAK BAYI AMWAY TROPICAL HERBS (Nasib baik jumpa orang yang jual loose)
Param dan Pilis yang berasingan (Belum jumpa lagi)

Alhamdullilah, akhirnya dah buat keputusan, tinggal nak minta tajaan Hubby (harap Abang baca blog Mel ni..hehe) dan hubungi penjual yang berkenaan. Harap-harap lebih berdisiplin lah kali ini sebab badan Mel naik sangat-sangat, dah nak sama berat dengan Hubby (ada manusia comel dalam rahim ni J! Kena buat betul-betul untuk kembali seperti sebelum mengandungkan baby Aqeel dulu. 


Eh..eh, lupa pula nak cerita yang Mel pun ada beli Set Pantang Shaklee + Kalsium yang ini:




Niat di hati nak banyakkan susu badan dan fully breastfeed Dedek-Dedek nanti, insyaAllah. Ramai bagi testimonial cemerlang termasuk keluarga dan rakan-rakan terdekat yang bila ambil Shaklee ni, stok susu bertambah. Kita tengok lah nanti. Lagipun, dealer Shaklee ni dah ajar macam mana nak ambil set pantang tradisional dan Shaklee ni. Kira nak maksimum kan keberkesanan berpantang nanti, sebab dah pernah melaluinya kan, jadi banyakla buat post-mortem sendiri. Hehehe

Okayla, dah puas hati sebab dah buat keputusan. Nanti kalau dah berpantang dan guna semua produk-produk ni, nanti Mel buat post ya. Mana tau dapat bantu ibu-ibu yang lain juga.

Anticipating! Less than 3 weeks! 

MamaAqeel/Dedek-Dedek semakin bersemangat! <3

6 comments:

  1. Ermm..just share, min dulu guna minyak herbanika tu jer ganti param, pilis..means minyak warna hijau (kalau botol design dulu), min lumur seluruh badan termasuk kat dahi...lagi sedap letak kat p*d dan pakai, rasa selesa...Mak kawan min yg jual (dia ni merangkap tukang urut n ada buat rawatan penjagaan selepas pantang)..dia kata, minyak mustajab (yg dulu botolnya kaler pink), boleh guna utk baby sbb x brp panas sgt katanya lah...Yang tu min x tau, tapi kakak min guna set NR ni memang best, cuma baby jer la, ada yg x tahan dgn herb, apapun tgk pada baby gak nanti...Min tak makan herb, just makan pegaga ori +ulam2 yg blh buang angin, n makan hemopati..

    ReplyDelete
  2. Shaklee bagus tu tambah kalsium, tmbh plk nak nyusukan baby, perlu banyak kalsium..Apapun jgn lupa ehh, citer kesan guna semua2 tu..hehe...

    ReplyDelete
  3. Nak kene follow nih update...xlama lagi adik ipar lak nk bersalin... jadi bapak sdare pon jadi la...

    ReplyDelete
  4. Or jangan lupa. Korset pun boleh pakai lepas bersalin ;)

    ReplyDelete
  5. Min: Thanks for you comment. Kita tengok lah macam mana nanti, harap-harap NR serasi dengan Mel.

    Cinoi: Hehe, korset pun nak beli juga ;)

    ReplyDelete
  6. meh.. yana pun 35week skrg.. dan plan utk gunakan set berpantang shaklee since my customer pun raami dah guna :D
    dan insyallah susu banyak.. badan bertenaga...baby pun takde masalah :)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...