Home

My Special Tickers

Daisypath Anniversary tickers Lilypie Angel and Memorial tickers Lilypie Second Birthday tickers Lilypie Maternity tickers

Tuesday, June 26, 2012

Wedding Reception Aizuddin (Adik)

Assalammualaikum,


Mel dah start cuti dari Jumaat lepas. Masih belum bersalin lagi ya rakan-rakan. Waiting game. Jumaat lepas Mel pergi check CTG, Doktor cakap dah ada contraction, tapi agaknya masih false alarm tu. Pagi tadi check up, check CTG lagi sebelum menyerah diri untuk diinduce pada Jumaat ini.  Doktor dah buat Membrane Sweep ("Membrane sweep", also known as membrane stripping, or "stretch and sweep" in Australia and the UK - during an internal examination, the midwife moves her finger around the cervix to stimulate and/or separate the membranes around the baby from the cervix. This causes a release of prostaglandins which can help to kick-start labor). Masih dengan penuh harapan yang Dedek-Dedek sudi keluar sebelum Mamanya diinduce. Amin.

Apa-apa pun, Mel nak post mengenai Majlis Perkahwinan adik lelaki Mel, Aizuddin dan pasangan nya Sheila. Sebenarnya majlis ini pada 9 Jun 2012 yang lepas. Tapi baru nak update blog. Hehe. Dia hanya setahun (lebih) muda daripada Mel. Tahniah kepada pasangan pengantin, dan diharap dimurahkan rezeki cepat-cepat dapat zuriat. Amin.

Some of the pictures ;)

Aizuddin & Sheila
Anum Khadijah, adik bongsu kami yang menjadi wakil keluarga memberi ucapan penghargaan.  Nak juga dia jadi wakil selepas diupah chocolate ;)
The whole family!

Gigantic Me with my beloved Husband. Masa ini 35 weeks ;)


OK, itu saja nak update buat kali ini. Tengah sabar menunggu tanda-tanda nak bersalin ni. Doakan Mel supaya dipermudahkan segala urusan bersalin ya! 


MamaAqeel/MamaDedek-Dedek loves her blog readers! <3<3

Friday, June 15, 2012

Countdown

Assalammualaikum,


Hari ini Mel nak kongsi satu berita kepada semua rakan-rakan yang mengikuti blog ini. Mel dah dapat tarikh untuk induce labor darpada Doktor pagi tadi iaitu pada 29 Jun 2012. Lagi 14 hari!

Lilypie Pregnancy tickers

Sekarang ini Mel tengah dilemma dah masih mempertimbangkan keputusan nak bersalin di mana. Tarikh di atas kalau bersalin di Hospital Swasta dan kalau buat keputusan bersalin di Hospital Kerajaan, tarikh induce adalah pada 2 Julai 2012. 

Kalau tanya kat Hubby, dia kata mana-mana tak kisah. Tengoklah nanti kan, mana tau Dedek-Dedek sudi keluar sebelum tarikh Mamanya di induce. 

Dengan kesempatan itu, Mel nak minta maaf kepada semua sekiranya sebelum ini Mel pernah buat salah dan silap, halalkan makan dan minum Mel dan doakan agar Mel selamat melahirkan dan Dedek-Dedek selamat keluar daripada rahim Mel, sihat dan dijauhkan daripada segala komplikasi kesihatan. AMIN..


MamaAqeel/Dedek-Dedek menghitung hari.

Monday, June 11, 2012

Dah Buat Keputusan: Set Berpantang

Assalammualaikum,


Hahahaha. Dah berhari-hari Mel buat perkiraan dan berfikir untuk pilih Set Berpantang yang paling sesuai dengan Mel. Sebabnya Mel kali ini betul-betul dan menjaga diri sendiri dengan ketat dan cemerlang sebab selepas dua kehamilan badan Mel ni betul-betul naik. Tambahan Mel sangat mengelat semasa pantang baby Aqeel. 

Tambahan pula, seperti post Mel yang lepas, (sila klik di sini) Mel memang tak boleh tahan dengan ubat kampung yang betul-betul 'pure' dan 'original'. Memang kuat hati dan perasaan orang dulu-dulu kan. Mak mertua Mel cerita yang dulu dia habiskan satu tin Milo besar air hirup tu. Adoi!! Tak boleh bayangkan!

Sebenarnya, Mel dah mula buat pembacaan tentang berpantang ni semasa pantang kali pertama dulu dan sangat tertarik dengan puan punya blog ni - Ice. Tambahan pula ramai yang beri komen yang positif mengenai Set Berpantang NR.

Tapi kan, kalau kawan-kawan semua nak tahu, Set Herbanika Bersalin NR tu tak cukup nak digunakan lebih dari 30 hari. Dahla 'pricey' sikit, tapi Mel nak guna juga dan cari cara terbaik untuk maksimumkan keberkesanan berpantang pada kali ini. Oleh itu, selepas banyak bertanya dengan Ice (rajin dia melayan Mel..hehe), Mel buat keputusan untuk tidak membeli satu set lengkap tapi buat pembelian secara 'loose' atau berasingan untuk cukupkan tempoh 60 hari. Wah, bersemangatnya! 

Jadi, untuk menyenangkan proses membuat keputusan, Mel sediakan lagi satu jadual seperti ini:

SET HERBANIKA BERSALIN NR
Item
Set Bersalin Asal
Catatan
Pembelian Mel
Pil Herba
Phytonatal 90 biji
Dalam panduan, sehari kena makan 3 biji. Jadi kalau 90 biji saja, boleh bertahan 30 hari saja. Phytonatal ni ramai yang ‘highly recommended’ sebab boleh buat kita lawas dan turunkan berat.
Phytonatal 180 biji
Nak teruskan makan sampai 2 bulan. Hoho, jangan ngelat ya Mel.
Rebusan Herba
Akar herbanika 15 peket
1 peket boleh direbus 2-3 kali. Tapi untuk keberkesanan lebih, kena buat pekat-pekat sikit. Maknanya tak cukupla 15 peket untuk 2 bulan kan.
Juga ‘highly recommended’ untuk banyakkan susu dan buang ‘water retention’.
Akar Herbanika 30 peket
Nak teruskan minum sampai 2 bulan atau sampai habis. Kena disiplin tidak terhingga untuk habiskan semua ni.
Minyak Panas
Minyak herbanika 130 ml
Pun item yang sangat ‘highly recommended’ dan boleh mengantikan param dan pilis untuk elakkan angin jahat. Ramai yang cakap kena beli ‘extra’ sebab 130 ml tak cukup masa berpantang.
Minyak Herbanika 260ml
Dapat la pakai dengan selesa dan tak payah berjimat-jimat. Kalau habis dan rasa serasi bolehla beli lagi kan.
Barut
Krim Herbanika Barut 60ml
Herbanika Barut (Serbuk) 150g
Yang krim senangla nak pakai sebab tak payah bancuh. Yang serbuk kena bancuh dengan Minyak Berubat NR Ada perasaan yang tidak akan berbarut guna yang serbuk sebab leceh dan kotor.
Krim Herbanika Barut 60ml
Mel beli yang krim saja lah, sebab senang nak guna. Sapu Minyak Herbanika dulu, lepas tu sapu Krim Barut sebelum berbengkung.
Pencuci Wanita
Uncang Cuci Herbanika 15 peket
Uncang Cuci ni kena rebus dengan air suam/panas baru guna untuk cebok. Adoi, jadi satu hal nak merebus-rebus. Lagipun, ‘recommended’ guna Barra Gel NR instead.
Barra Gel NR 200ml
Guna je macam pembersih wanita biasa dan cuci bersama air suam. Boleh guna untuk badan juga.
Lulur
Herbanika Lulur 150g
Nak guna Herbanika Lulur ni, kena bancuh dengan air florida. Macam leceh.
Tak beli pun
ITEM NR LAIN YANG DIBELI
Phytox 30 biji
Tiada dalam Set Bersalin NR
Phytox ni Ice bagitau untuk dimakan semasa pantang 30-45 hari (penutup pantang). Untuk kecutkan kembali rahim, keluarkan lebihan darah nifas dan mengelakkan ketumbuhan dalam rahim.
Phytox 30 biji
Minyak Berubat Herba 130ml
Tiada dalam Set Bersalin NR
Untuk digunakan secara menyeluruh, dan boleh digunakan untuk urut baby juga.
Minyak Berubat Herba 130ml

Nu3med 160ml
Tiada dalam Set Bersalin NR
Membekal tenaga dan menghangatkan badan untuk ibu-ibu selepas bersalin serta memulihkan luka dan tisu rosak untuk wanita yang menjalani pembedahan bersalin. Makan 1-2 sudu sehari mengikut keperluan.
Nu3med 160ml
ITEM LAIN YANG DIBELI SELAIN NR
Minyak Bayi
Amway Tropical Herbs
Ramai yang sangat syorkan minyak bayi ini. Hampir-hampir pilih set Amway TH sebab minyak bayi ni, jadi baik beli berasingan.
2 botol Minyak Bayi Amway Tropical Herbs 60 ml

*Nota: Mel bukanya agent NR ya. Bukan juga nak promosi produk NR secara spesifik. Hanya nak kongsi pendapat/pengalaman sebab mungkin boleh membantu bakal-bakal ibu yang lain untuk buat keputusan.

Harap-harap pembelian Mel ini akan dimanfaatkan sepenuhnya. Kenapa Mel semangat sangat nak buat post macam ni? Hmm, agaknya nak membakar semangat diri sendiri untuk betul-betul berazam berpantang dan berusaha untuk menurunkan berat sebanyak yang mungkin. 

Disamping berpantang dengan herba tradisional, Mel juga percaya dengan supplement tambahan dan juga dah beli Set Pantang Shaklee yang mengandungi Vita-Lea, Vitamin C, B-Complex, Zinc Complex dan Ostematrix (Kalsium). Agent Shaklee Mel bagitau, jangan makan Alfafa dulu sebab takut baby alah. Selepas habis pantang, boleh teruskan mengambil Set Penyusuan untuk maksimakan susu badan. 

*Nota: Mel juga bukan agent Shaklee ya. 

Disamping berazam untuk berpantang secara ketat, Mel juga bercita-cita untuk 'fully breastfeed (BF) Dedek-Dedek nanti insyaAllah. Kalau boleh buat secara berperingkat, cuba fully BF selama 6 bulan, kemudian setahun dan secara ideal 2 tahun. Mudahan dimurahkan rezeki oleh Allah untuk mempunyai susu badan yang banyak nanti. AMIN.

Okayla, nanti tunggu saja post mengenai perjalanan Mel berpantang dan fully BF ya. Mel pegang pepatah, orang yang gagal merancang ialah orang yang merancang untuk gagal! Yeah!

Mama will do anything for you Dedek-Dedek! The best that I can do! 

MamaAqeel/MamaDedek-Dedek obviously hype! 

Friday, June 8, 2012

Pening Nak Pilih Set Berpantang

Assalammualaikum,


Mel sekarang ini tengah pening tau nak buat keputusan nak guna set pantang yang mana.



Image: www.google.com.my

Masa berpantang kali pertama dulu, Mak Mertua Mel orderkan ubat kampung dari bidan yang pandai buat ubat berpantang. 

Benda-benda yang disediakan dan set pantang kampung itu adalah:

1. Air Masak (Air Periuk) - Peket herba yang kita rebus sehingga mendidih untuk diminum semasa breakfast / lunch / dinner. Yang ini Mel masih tolerate dan habiskan semua.
2. Hirup Kunyit - Memang hirup kunyit yang pure ok! Rasanya kunyit hidup yang diblend lumat. Kebaikan adalah untuk membuang angin dan mengecutkan rahim. Adoi, tak dapat telan! Akibatnya banyak yang terbuang.
3. Hirup Pegaga - Sama juga seperti hirup kunyit, pegaga original yang diserbukkan (kot). Kebaikan adalah untuk membuang lemak-lemak dan menyegarkan badan. Tak boleh telan juga.
4. Param - Yang kita bancuhkan serbuk dengan air suam, kemudian sapukan seluruh badan supaya angin tak boleh masuk badan. Yang ini, OK juga la. Kulit memang ada rasa lembut selepas guna. 
5. Pilis - Yang letak di dahi. Fungsi untuk menarik angin dari kepala dan mengelakkan sakit kepala. Pilis buatan kampung ni Mel memang suka, masa pakai tu rasa panas je dahi. 
6. Barut - Yang letak di perut sebelum berbengkung. Yang ini Mel guna pada hari pertama saja. Gatal dan kotor sangat guna barut tu. Mel tukar dengan Minyak Mustajab (warna merah dan hijau) sebelum berbengkung.
7. Ma'jun - Macam mana nak eja ek. Makjun, ma'jun? Yang dimakan bila-bila masa untuk memanaskan badan. Dapat dua bekas kecil, Mel dapat habiskan 1/2 bekas dan 1 lagi tu memang tak makan lansung.

Semua ini berharga RM400 ya kawan-kawan.  Mel guna sepenuhnya 3 items sahaja. Membazir!! Dan setelah melalui pantang tahun lepas dan knowing myself, memang Mel tak dapat nak telan lansung ubat kampung ni. Jadi, kena cari set-set berpantang yang telah dimodenkan. 

Setelah membuat banyak research dengan bantuan Encik Google, baca blog-blog ibu-ibu yang menggunakan bermacam-macam jenis set pantang, tanya kawan-kawan yang berpengalaman, akhirnya Mel tengah pening untuk memilih dua produk ini:

Set Herbanika Bersalin NR

Apa yang ada dalam set ni:

Phytonatal 90 biji - dalam bentuk tablet untuk di makan
Akar herbanika 10 paket - dalam bentuk uncang, rebus untuk diminum
Minyak herbanika 130ml - minyak sapuan badan dan urut
Krim Herbanika Barut 60 g - Sapuan pada perut dan pinggang
Uncang Cuci Herbanika 10 paket - untuk jagaan kebersihan dan kesegaran alat sulit wanita
Herbanika Lulur - untuk menyental kulit

ATAU

Set Bersalin Amway Tropical Herbs 


Apa yang ada dalam set ni:

Produk utk dimakan atau Diminum
1. Teh Herba
2. Herba lepas bersalin 1
3. Herba lepas bersalin 2

Produk Untuk Kegunaan Luar
4. Herba pembersih wanita
5. Herba Mandian
6. Campuran Peramping Perut( Tapel)
7. Campuran Penghangat Badan (Param)
8. Campuran Penenang (Pilis)
9. Minyak Urut Herba
10. Minyak Bayi

Sumber Maklumat: Google

Sebab Mel ni seorang yang skema, maka terhasil jadual seperti di bawah ni ;)

PERBANDINGAN DI ANTARA:

Perkara
Set Herbanika Bersalin NR
Set Bersalin  Amway Tropical Herbs
Catatan
NR/TH
Harga
RM300 (6 Items)
RM270 (11 items)
Harga tak jauh beza, maka tak jadi kriteria
-
ITEMS




Pil Herba
Phytonatal
Herba lepas bersalin 1
Herba lepas bersalin 2
Ramai orang recommend Phytonatal ni boleh banyakkan susu..
NR
Rebusan Herba
Akar herbanika
Teh Herba
Ramai juga bagitau Akar Herbanika boleh hilangkan ‘water retention’ dan banyakkan susu
NR
Minyak Panas
Minyak herbanika
Minyak Urut Herba
Minyak Herbanika pun ramai yang sarankan guna, sehinggakan pesan beli extra
NR
Barut
Krim Herbanika Barut 60 g
Tiada
Barut NR guna krim, taklah gatal-gatal kan
NR
Pencuci Wanita
Uncang Cuci Herbanika
Herba Pembersih Wanita
No preference
-
Lulur
Herbanika Lulur
Tiada
Untuk buang daki badan.
NR
Herba Mandian
Tiada
Herba Mandian
No preference, Confinement Lady akan sediakan yang fresh
-
Tapel
Tiada
Campuran Peramping Perut
Tak nak guna pun tapel, macam remeh nak guna
-
Param
Tiada
Campuran Penghangat Badan
TH ada param untuk sapu seluruh badan
TH
Pilis
Tiada
Campuran Penenang
Entahlah kenapa Mel nak juga guna Pilis
TH
Minyak Bayi
(Tiada)
 Dijual berasingan
Minyak Bayi
Ramai recommend Minyak Bayi ni sangat bagus
TH
Bengkung
Tiada
Ada
Tak menjadi criteria pemilihan sebab bengkung dah ada
-

Nampak sangat yang Mel prefer Set Herbanika Bersalin NR kan, jadi kena cari cara untuk atasi kekurangan NR berbanding dengan Amway Tropical Herbs tu. Oleh itu, Mel ambil keputusan untuk membuat pembelian seperti berikut:

1 SET HERBANIKA BERSALIN NR
+
MINYAK BAYI AMWAY TROPICAL HERBS (Nasib baik jumpa orang yang jual loose)
Param dan Pilis yang berasingan (Belum jumpa lagi)

Alhamdullilah, akhirnya dah buat keputusan, tinggal nak minta tajaan Hubby (harap Abang baca blog Mel ni..hehe) dan hubungi penjual yang berkenaan. Harap-harap lebih berdisiplin lah kali ini sebab badan Mel naik sangat-sangat, dah nak sama berat dengan Hubby (ada manusia comel dalam rahim ni J! Kena buat betul-betul untuk kembali seperti sebelum mengandungkan baby Aqeel dulu. 


Eh..eh, lupa pula nak cerita yang Mel pun ada beli Set Pantang Shaklee + Kalsium yang ini:




Niat di hati nak banyakkan susu badan dan fully breastfeed Dedek-Dedek nanti, insyaAllah. Ramai bagi testimonial cemerlang termasuk keluarga dan rakan-rakan terdekat yang bila ambil Shaklee ni, stok susu bertambah. Kita tengok lah nanti. Lagipun, dealer Shaklee ni dah ajar macam mana nak ambil set pantang tradisional dan Shaklee ni. Kira nak maksimum kan keberkesanan berpantang nanti, sebab dah pernah melaluinya kan, jadi banyakla buat post-mortem sendiri. Hehehe

Okayla, dah puas hati sebab dah buat keputusan. Nanti kalau dah berpantang dan guna semua produk-produk ni, nanti Mel buat post ya. Mana tau dapat bantu ibu-ibu yang lain juga.

Anticipating! Less than 3 weeks! 

MamaAqeel/Dedek-Dedek semakin bersemangat! <3

Friday, June 1, 2012

Bulan Jun Sudah Menjelma

Assalammualaikum,


Tak sangka kan, sekarang ni dah masuk bulan Jun. Setelah beberapa lama Mel menunggu bulan Jun, akhirnya menjelma juga. Kita semua pun hampir mengharungi setengah tahun 2012. Kenapa Mel tunggu-tunggu sangat bulan Jun? Sebab 38 weeks jatuh pada 30 Jun 2012. 

Sekarang ini Mel dah 34 weeks pregnant. Jeng jeng jeng. Perut dah memboyot sangat dan badan pun dah membesar dengan jayanya. Semua ini Mel tak kisah, asalkan Dedek-Dedek sihat saja di dalam rahim Mamanya.

Tadi Mel baca entry Adlie, dia dah 38 weeks. Bila-bila masa saja lagi untuk Adlie. Eyy seronok dan tak sabar nak tunggu dan tengok Rainbow Baby dia. Mel doakan yang terbaik buat dia.

Untuk makluman, Doktor Pakar sarankan yang Mel akan di'induce' semasa 38 minggu kalau masih tak bersalin. Tapi Mel harap-harap la yang Allah makbulkan doa Mel agar Mel dapat bersalin sebelum di'induce'. Moga Dedek-Dedek sudilah keluar awal sehari dua sebelum kena induce. Hehehe

Hari ini merupakan Cuti Umum di Sarawak sehingga Isnin nanti. So, it's a long weekend for me! Mel nak rehat sepuas-puasnya! Tapi sebenarnya esok ialah Majlis Persandingan adik Mel, Aizuddin dan pasangannya Sheila di Miri. Hangus macam tu saja tiket Mel dan Hubby sebab dah tak boleh travel. Tak apa, minggu depan majlis di Kuching pula. Mel mengucapkan Selamat Pengantin Baru kepada Aizuddin & Sheila dan moga jodoh mereka kekal ke hujung hayat.

Okayla, Mel nak start masak. Hahaha. Cuti panjang sikit ni nak practice jadi surirumah berjaya. 


MamaAqeel is MamaDedekDedek. Can't wait! <3


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...