Home

My Special Tickers

Daisypath Anniversary tickers Lilypie Angel and Memorial tickers Lilypie Second Birthday tickers Lilypie Maternity tickers

Sunday, May 13, 2012

Hari Ibu

Assalammualaikum,

Mel tadi terfikir nak ucap Selamat Hari Ibu kepada my Mami di FB. Mami Mel seorang pengguna FB yang tegar, jadi lebih baik wish dia di FB ;)

Image: Google

Dalam masa yang sama, Mel pun mengingatkan diri sendiri yang Mel pun seorang Mama kepada baby angel Aqeel dan Dedek-Dedek yang masih di dalam rahim ini. I'm still a Mama although I don't have any child in my arms but fortunately one is in my womb. Alhamdullilah.

Sejak tadi Mel tak dapat berhenti mengalirkan air mata mengenangkan pengalaman Mel setakat ini. I think once a while, I need to shed some tears. Rindu sangat dengan anak sulung Mel. Malas la nak fikir yang Aqeel sepatutnya 1 tahun berapa bulan, dah sepatutnya besar mana, Aduh, buat hati Mel luluh. Kan sekarang ni dah tak boleh berhenti nangis T_T

Anyway, di bawah ini adalah ucapan Mel untuk Mami tersayang di FB.

"Selamat Hari Ibu kepada semua ibu dan saya mendoakan kepada rakan-rakan yang masih menunggu untuk menjadi seorang ibu agar dikurniakan rezeki cahaya mata. Saya telah merasa kehilangan anak, tempoh berusaha untuk mendapatkan anak (trying to conceive) dan kini menunggu tiba masanya untuk melahirkan anak kedua. Semua ini telah menyedarkan betapa besarnya sayang dan cinta saya kepada ibu saya sendiri. Selamat Hari Ibu kepada Mami yang tersayang.. Moga sentiasa dilindungi Allah, diberkati rezeki, dipelihara kesihatan dan dipermudahan di dalam semua urusan di dunia dan akhirat. AMIN. <3 <3"

Mel sentiasa mendoakan agar mana-mana isteri yang tengah berusaha untuk dapatkan cahaya mata sendiri untuk dimurahkan rezeki dan dapat baby cepat-cepat. AMIN

Mami Mel sekarang berada di KL bersama dengan si kecik Anum, pergi shopping-shopping. Jadi hari ini Mel dan suami akan bawa ibu mertua Mel pergi makan sedap-sedap. Tiap-tiap Ahad memang bawa dia jalan-jalan dan makan sedap-sedap pun sebab kami dapat balik sana hari Ahad saja. 

Boleh tak minta hadiah daripada Hubby ek? Dah 2 kali mengandung ni. Hehehe


MamaAqeel Loves Her Mom So Much!!

Saturday, May 12, 2012

31 Weeks

Assalammualaikum,

Cepat juga masa berlalu. Mel dah genap 31 minggu hari ini. Bulan Mei ini akan menjadi bulan yang sangat sibuk, mesti nanti tak rasa pun masuk bulan Jun. Isk, tak sabar!

Perut Mel sekarang agaknya lebih besar dari 1st pregnancy, berat pun lagi berat. Tak apa la, Mel layankan aje. 

Apa-apa pun Mel dan Hubby tak beli baru, sebab barang-barang abang Dedek-Dedek semua masih ada. Baby pun dijangka boy jadi tak jadi masalah guna barang-barang abang dia kan. Lainla kalau girl, kena la juga beli sikit baju pink-purple. Hehe

MamaAqeel update lagi esok la..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...