Home

My Special Tickers

Daisypath Anniversary tickers Lilypie Angel and Memorial tickers Lilypie Second Birthday tickers Lilypie Maternity tickers

Thursday, April 19, 2012

Merajuk Tak Jadi

Assalammualaikum,


Mel belum dapat tidur lagi, jadi saja nak coretkan kisah lucu (bagi Mel la) yang jadi pada malam ni.

Hari ini dari pagi sampai petang, Mel kena masuk meeting back to back di mana Mel merupakan urusetia/setiausaha. Kena la catit minit dan bentangkan maklum balas mesyuarat. Nak dijadikan cerita, minum pagi memang disediakan iaitu mee goreng dan kueh tapi Mel tak dapat nak makan punnn..sebab kan tengah bentangkan maklum balas sambil ahli-ahli mesyuarat lain makan dan minum. Grrr..geram je.

To make things worst, meeting habis dalam pukul 1.15 tengah hari dan kena sambung balik pada pukul 2.15 tengah hari, Mel kena bentangkan satu lagi perbentangan pukul 2.15 nanti dan kena update sikit laporan, maknanya sepanjang masa rehat pun Mel kena siapkan kerja dan tak makan! Nasib baik pagi tadi heavy breakfast dan Mel ada bekal susu coklet Dutch Lady.

Sebenarnya, Mel just nak describe betapa laparnya Mel bila dah selesai semua urusan mesyuarat tu, dan selepas kerja Mel ajak Hubby makan 'lunch'. Dapatla Mel makan keowtiau sup dan beberapa cucuk sate.

OK, sebagai ibu yang dah mengandung 7 bulan memang logikla cepat lapar kan.

Hubby tak balik lagi dari kedai dia, dan Mel pun SMS minta belikan burger around selepas Isya'. Tapiiii, SMS itu tak delivered dan Mel cuba call Hubby berkali-kali dan tak dapat get thru. Nampaknya HP dia habis battery la tu.

Jadi harapan Mel nak makan burger yang diidamkan amat tipis. Bila Hubby balik, Mel dah masuk tidur sebab malas nak melayan rasa lapar. (Ibu mengandung yang lain, jangan ikut perangai ini ok, sian kat baby. Huhu). Tapi terbangun la dan cakap tadi Mel cari dia tadi dan ada minta belikan burger.

Mel pun sambung cuba tidur balik, tapi sebenarnya kannnn, Mel menangis tanpa bunyi di sebalik bantal-bantal. Ntah apa-apa kan, tak dapat burger pun nak nangis. Tapi, Dedek-Dedek pun tendang-tendang dengan kuat mungkin sebab dia lapar. Makin la Mel sedih. At the end, Mel tertidur juga.

Selepas sejam kot tertidur, Mel terjaga sebab nekad kena juga cari makanan di dapur. Dedek-Dedek tendang memang tak berhenti. Masa Mel bangun, Hubby kat bilik air, tengah mandi agaknya. Mel terus gi masak telur goreng dan makan dengan nasi dan kicap. Jadilaaa. Kena juga makan demi anakku dalam rahim ni.

Baru Mel nak makan, Hubby turun dan cakap dia ada belikan burger tadi, ada kat atas. Haaa! Boleh Mel tak perasan yang dia keluar balik dan beli burger. Hahahahaha. Bertuah punya isteri, konon-konon merajuk dan makan nasi dan telur goreng saja. At the end, Mel kena habiskan nasi dan kemudian burger yang diidamkan itu.

Oleh itu, sekarang Mel sangat kenyang, alhamdullilah dan senyum sorang-sorang mengenangkan betapa childish nya perangai. Sentitif sangat! Kalau la Hubby tau yang Mel nangis diam-diam sebelah dia tadi, mau dia gelak atau marah atau pelik dengan Mel. Tapi agaknya, kalau dia tak belikan burger, mesti Mel sambung merajuk sampai pagi (bwek).


To Abg, if you are reading this: Thank you sebab selalu sanggup layan request kamek yang pelik-pelik, perangey mengada-ngada dan manjak kamek. Love you!


MamaAqeel nang ngegeh!


Saturday, April 14, 2012

Third Trimester!

Assalammualaikum,


Hari ini genap la Dedek-Dedek 27 minggu. Ada Apps mention yang 27w ialah permulaan third trimester, ada yang 28w, tapi Mel anggap 27w sajala.

Anyway, Mel dah mula kira pergerakan sejak semalam. Nak biasakan diri kira pergerakan. Mel dah download Apps yang Adlie cadangkan dan guna. Senang guna hp untuk kira. Dulu, masa dengan baby Aqeel, Mel belum ada hp canggih yang boleh download Apps. Jadi usungla Buku Pink tu sana-sini.

Sekarang berat Mel sama atau dah lebih sikit berbanding berat Mel ketika full term tahun lepas. Ntahla berapa berat bila full term nanti. Tak kisah lansung, apa-apa saja untuk kamu Dedek-Dedek.

Jadi sekarang Mel tengah countdown lagi 11 minggu. at 38w mesti bersalin. Doakan Mel dapat bersalin normal ya dan dipermudahkan nanti.


At the end, there's nothing to complaint during this pregnancy since I am very grateful that Allah granted my doa for me to get pregnant again. Allah knows what is best for for us. Jadi, Mel hadapi hari-hari dengan tenang dan positif. Setiap kali Mel rasa Mel baby bergerak, mesti Mel ucap Alhamdullilah.


MamaAqeel is also MamaDedekDedek ;)

Friday, April 6, 2012

Mac 2012 Telah Berlalu

Assalammualaikum.


Adoii, kenapa Mel malas sangat nak update blog ni. Hari ini Cuti Umum di Sarawak sempena Good Friday. LOVE long weekend like this! Dapat la ambil peluang nak update blog.

Sekarang ni baby bump Mel memang dah nampak besar, Dedek-Dedek baru je 26w, Alhamdullilah. Sebab tu kot penat sangat, kalau sampai rumah je lepas kerja, rehat-rehat, solat Maghrib - Isya', tengok TV sejam selepas tu mesti dah tidur.

Tentang bulan Mac, banyak events sebenarnya yang terjadi pada bulan Mac ni.



Yang paling top ialah pada 20 Mac 2012: ulangtahun perkahwinan Mel dan Hubby yang kedua! Alhamdullilah, syukur kepada Allah kerana masih mengekalkan jodoh, rasa kasih sayang, hormat-menghormati di antara kami berdua. Mel doakan jodoh kami berkekalan sehingga hujung hayat kami. Amin.

Tentang celebration, Hubby bawa makan buffet dinner di Pullman Hotel, Kuching. Bawa Si Boyot makan buffet, memang tak dapat makan banyak la kan. Tapi syukur banyak juga pilihan makanan. Special occasion, sekali sekala tak apa la. Thanks Abang Sayang!

Pada 24 Mac 2012 ialah genap 4 tahun Mel dalam perkhidmatan awam. Baru sekejap rasanya. Bersyukur lagi, rezeki daripada Allah, kerajaan naikkan gaji 13%. Duit yang dapat tunggakan itu nanti memang untuk Dedek-Dedek. Nak beli apa, kita tengok la nanti. Tunggu Dedek-Dedek lahir dulu ya.

Mel dan Hubby memang tak beli apa-apa pun buat Dedek-Dedek sebab barang-barang Abang Aqeel dia memang dah complete. Nanti Mel kena basuh dulu semua baju-baju dan barang-barang yang lain. Semua ini rezeki Dedek-Dedek.

Mel dan Hubby ingatkan yang rumah kami boleh siap sebelum Dedek-Dedek lahir, tapi nampaknya masih in progress. Rasanya hujung tahun nanti baru siap sepenuhnya. Tak apa la, memang tak perlu cepat pun. Mel masih nak manja-manja duduk rumah Mami. Huwaa, nanti kalau dah pindah siapa nak masakkan lauk sedap-sedap. Takpa, lambat-lambat pindah pun OK juga. Hehehe

Oh ya, bulan Mac juga Hubby dapat berita baik. Dia dapat buka satu lagi branch kedai dia, FD Express di Plaza Astana, Kuching. Branch ini akan buat fast printing. Tahniah kepada Encik Hubby, tercapai juga impian nak buka kedai kedua. Alhamdullilah. Sekarang ini masih dalam proses renovation. Agaknya beroperasi tengah bulan April ni.

Setakat ini, life is treating us well. Thanks ya Allah, kerana hanya di-Kau yang memberi kurnia rezeki semua ini. Mel berharap yang Dedek-Dedek sihat membesar di dalam rahim, terpelihara kesihatan, diberikan paras rupa yang baik, ditetapkan iman terhadap Islam dan menjadi anak yang soleh (atau solehah, we never know kan?). AMIN.


MamaAqeel feels happy
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...