Home

My Special Tickers

Daisypath Anniversary tickers Lilypie Angel and Memorial tickers Lilypie Second Birthday tickers Lilypie Maternity tickers

Friday, March 9, 2012

Do You Want To Know The Gender Of Your Baby?

Assalammualaikum,


Alhamdullilah, sekarang Mel dah mencapai 22 weeks. Dedek-Dedek dah kuat menendang. Sangat suka! Pagi-pagi mesti dia kejutkan Mama dia bangun solat Subuh. Love you baby!

Mel nak cerita yang Mel dah pergi 2 kali detailed scan, sekali kat Hospital Kerajaan dan sekali dekat Pakar Swasta. Yang first pergi masa 18w5d, dan yang 2nd masa 21w. Kenapa Mel buat dua kali? Sebab di Hospital Kerajaan Mel sorang je tengok Dedek-Dedek. Lega sangat sebab Doktor cakap yang tiada apa-apa masalah yang detected.

Dan dia tanya soalan ini. Do you want to know the gender of your baby?

YES SURE!

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Let's see. It's a BOY.

Really? Where's the?

Trust me, it's a boy!
(Suara macam kena cabar pula, Mel tanya dia sure tak. Haha)

Padahal kalau jantung, paru-paru, pundi kencing semua Doktor nampak, takkan tak nampak gender dia pulak kan. Tapi Mel nak bawa Hubby tengok Dedek-Dedek juga in detail dan confirmkan gender sekali lagi. Tak puasla detail scan di Hospital Kerajaan, dia tak terangkan sangat. Cuma OK OK je.

Di Hospital Swasta, lama juga detail scan dia. Dekat sejam. Tunjuk satu-satu anggota badan Dedek-Dedek. Nampak muka, dia tutup muka dengan tangan yang comel. Siap jelir lidah dan lambai-lambai Mama dan Papa dia. Alahai anak Mama sorang ni.

Dan semestinya Doktor tanya nak tau gender tak? Kali ini Dedek-Dedek tunjuk baikkkk punya. Memang nampak kecikkkk je dia punya tu.
And yes, it's a BOY. Alhamdullilah syukur sangat. Tapi kan, apa-apa pun ketentuan Illahi kan? Selagi tak keluar, tak pasti lagi kan?

Apa-apa pun, setiap hari Mel doakan yang terbaik untuk Dedek-Dedek dan dipermudahkan perjalanan kami berdua. Still living day by day.


MamaAbangAqeel/MamaAbangA?????(Tunggu lahir dulu baru fikir)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...