Home

My Special Tickers

Daisypath Anniversary tickers Lilypie Angel and Memorial tickers Lilypie Second Birthday tickers Lilypie Maternity tickers

Monday, January 23, 2012

Mesti Nadya Dah Bersalin Kan?

Assalammualaikum,


Mel sebenarnya tertunggu-tunggu ni tuan punya blog http://nuranisnadhirah.blogspot.com/, iaitu Nadya untuk update perkembangan terkini sebab Nadya cerita yang dia kena masuk wad bersalin hari Ahad iaitu semalam. Mel memang hari-hari jenguk blog Nadya sebab dia hari-hari rajin update online journal dia. Hehehe.

Mel sentiasa doakan semuanya selamat for both Nadya dan baby. Harap-harap esok lusa ada update tentang newborn dia, insyaAllah. Can't wait!

Tuesday, January 17, 2012

Ticker Menunjukkan Sudah 11 Bulan Berlalu

Assalammualaikum,


Mel kadang-kadang rasa blog ini dan rakan-rakan follower blog Mel yang sudi membaca post Mel adalah tempat Mel boleh luahkan perasaan. Sebab kalau nak bercerita dengan orang lain di sekeliling, terasa amat sukar, kekok, mungkin tidak semena-mena Mel boleh menangis dengan pantas kalau membuka cerita tentang baby angel Aqeel.

Mel terperasan di ticker Mel yang ia menunjukkan sudah 11 bulan 1 hari sudah berlalu. Tadi Mel borak dengan adik bongsu Mel, Anum (yang birthday dia sama dengan baby angel Aqeel) yang tak lama lagi birthday dia, dan tak lama lagi my baby boy dah sepatutnya setahun.

Sayu je rasa hati ini mengenangkan, dah Mel yang degil sangat ni saja pergi membaca pengalaman-pengalaman ibu bersalin (Mel terbaca sebenarnya) di Facebook. Seperti menambah garam, cuka, cili dan pasir ke luka, sekarang Mel tak dapat menahan air mata. Terkenang kembali semua kisah-kisah lalu yang hampir setahun telah berlaku.

Encik Hubby tak ada di rumah, kalau dia ada mesti dia marah isteri dia yang congek ini suka layan perasaan sedih.

Nak buat macam mana, Mel rinduuuuuuuuu sangat dengan Aqeel. Ya Allah, kau kuatkan hati hamba-Mu yang lemah ini.

Okaylah, Mel nak pergi layan perasaan. Cuba paksa diri tidur. Harap kalau boleh baby angel Aqeel muncul dalam mimpi Mama nya malam ni. Amin


MamaAqeel still feels down sometimes

Monday, January 16, 2012

While Waiting

Assalammualaikum,

Mel sekarang ni menunggu di Staff Clinic Hospital Umum Sarawak. Suasana baru sebab pertama kali nak buat check up di sini. Tak tau macam mana check up kat sini. Kalau sesuai, Mel akan teruskan berselang dengan check up dengan Hospital Swasta.

Melihat ibu-ibu lain yang dah sarat mengandung, Mel mula rasa tak sabar nak alami perkara yang sama. Tapi biarlah buat masa sekarang, just enjoy the flow.

Tapi tengah menunggu seorang diri ni macam-macam yabg terfikir. Malas nak layan perasaan, sebab tu lah Mel buat post ringkas ni. Pengalaman yang lepas biarlah menjadi iktibar kepada Mel. Minta jauh-jauhla perkara yang sama berlaku lagi.

MamaAqeel anxious.

posted from Bloggeroid

Wednesday, January 4, 2012

Alahai 'Trauma'

Assalammualaikum,


Hari ini Mel ada appointment dengan Doktor Pakar, untuk check progress Dedek-Dedek. Boleh tak satu hari ini Mel nervous nak jumpa Doktor, sebab risau nak gi scan. Kenapa ya? Macam masih trauma ke?

Sebab takut Doktor cakap, "Ini jantung baby, tak berdegup, maknanya.." (tak sanggup nak taip, faham-faham sendiri la)

Mel pun Whatsapp Hubby dan kongsikan perasaan.

Nasib baik ada Encik Abang yang sentiasa tahu nak cakap apa dekat isteri dia. Mel kena positif sentiasa. Kan kan?

Jadi petang tadi, temujanji dengan doktor pukul 3. Nak dijadikan cerita, doktor tak masuk-masuk lagi sampai pukul 4.15. Rasa nak menangis tunggu lama sangat. Tapi akhirnya giliran kami pun sampai. Doktor tak cakap banyak, dia hanya tanya perkembangan semua.

Yang Mel debarkan ialah ultrasound scannnnn..

Bila doktor scan, Alhamdullilah nampak Dedek-Dedek tengah bergerak-gerak, sebab kena kacau dengan doktor. Doktor tekan sikit sebab nak tunjuk heartbeat. Alhamdullilah, syukur sangat. Hubby pun senyum kat Mel. Geram sebab tunggu lama tadi pun dah tak ingat sebab tau Dedek-Dedek OK.

Lepas scan, doktor amik tekanan darah. Doktor tanya, kenapa meningkat tekanan darah ni? Berdebar ke? Mel jawab, memang berdebar Doktor setiap kali nak scan. Mesti dia faham kenapa kan.

Diharapkan 'trauma' Mel ini akan berkurangan dan Mel boleh enjoy this pregnancy 100%. Tapi itulah, I am not as naive as before. Dulu masa 1st pregnancy bukan tau apa-apa pun. Apa-apa pun kita serah semuanya pada ketentuan yang Allah tetapkan. Yang penting kita dah usaha, berdoa dan akhirnya tawakal.


MamaAqeel macam merepek je kan? Huuu~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...