Home

My Special Tickers

Daisypath Anniversary tickers Lilypie Angel and Memorial tickers Lilypie Second Birthday tickers Lilypie Maternity tickers

Friday, December 14, 2012

Bersarang Dah Blog MamaAqeel

Assalammualaikum,


Maaf semua, lama sangat tak update apa-apa dekat blog ni. Ada ke yang rindukan Mel? (Tak salah perasan sendiri kan?) Hihihi

Mel tengah buat kerja ni tapi ingin kongsi gambar-gambar Dedek-Dedek atau BabyAreef. Areef dah 5 bulan 1/2. Dah pandai meniarap guling-guling macam tenggiling, gelak besar dah, sibuk nak hisap kaki sendiri. Sekarang dia tengah tidur, Mel dah rasa rindu nak main dengan dia.

Jom layan gambar-gambar BabyAreef~~
Cover photo FB Mel

Gambar masa dia genap 5 bulan

BabyAreef masa 3 bulan rasanya. Oh manisnya senyuman muuu~~

Armyboy! Ikut muka Mel tak? 

My favourite photo for now <3 <3 <3

Ada masa nanti Mel update lagi k. Sambung buat minit mesyuarat japs.


MamaAqeel/MamaAreef misses blogging!


Monday, September 24, 2012

Ulasan Set Berpantang NR

Assalammualaikum,


Rupa-rupanya ada juga kawan-kawan yang membaca dan bertanya tentang Set Berpantang yang Mel pening sangat nak pilih sebelum bersalin hari tu. Oleh itu, Mel nak bagi ulasan sikit berdasarkan pengalaman sendiri. Diingatkan bahawa ulasan ini adalah subjektif dan keserasian orang lain-lain. Jangan pula saman Mel kalau kalian ambil Set Berpantang NR tak seperti yang Mel ulaskan. Hehe

Pada mulanya, Mel memang nak berpantang berhabis-habisan (konon nak turunkan berat banyak). Tapi berpantang ada baby dengan tiada baby sangat berbeza (apa ntah ayat ni, memang lah banyak beza) *tepuk dahi*

Kalau BabyAreef sedu sikit, Mel dah gelabah. Bila dia muntah susu, lagi la gelabah. I was not really myself at the beginning of BabyAreef's life. Losing his older brother really took a toll on me! Memang sentiasa ketakutan. Honest! Mel nak buat pengakuan, mula-mula tu, Mel memang dah mula rasa depression, takut betul kalau meroyan. Nasib baik ada sokongan orang-orang di sekeliling. Terima kasih ya Hubby, Mami dan Kak Saloma (my confinement lady). 

BabyAreef pula kena jaundice yang tidaklah begitu tinggi. Seminggu selepas kelahiran dia, bacaan jaundice ialah 13. Pead cakap, kalau 14 kena admit duduk bawah lampu. Bukan main lagi kami usaha untuk rendahkan bacaan jaundice. Kira-kira selepas check-up 3 minggu, BabyAreef bebas daripada jaundice. 

Oleh itu, Mel tinggal atau skip makan Set Berpantang NR sebelum 3 minggu tu. Selepas tu, baru Mel ambil. Secara kesimpulannya (sila rujuk post ini - Dah Buat Keputusan Set Berpantang);

Phytonatal - Ambil 3 biji sebelum sarapan. Memang terbaik untuk lawaskan perut. Tak payah nak teran-teran lagi kalau nak yakyak. Hahaha. Jadi perut rasa selesa ;)

Air Herbanika - Rasanya OK, mild compared to 'ubat kampung'. Minum air ni, kuat kencing la pula. Memang balik-balik betulkan bengkung. Sangat bagus untuk hilangkan water retention sebab masa kita mengandung kan, kita gemuk air. 

Minyak Herbanika - Baunya memang menyegarkan, tapi Mel harapkan yang minyak ni panas, tetapi tak berapa panas la. Jadi my confinement lady campurkan dengan Minyak Mustajab, kasi kaw sikit bila berurut. 

Barut - Barut NR OK, ada juga rasa panas-panas bila guna tapi Mel tak habiskan. Tak gemar la benda-benda yang kotor ni. At the end, guna Minyak Mustajab je.

Barra Gel - Yang ini best, segar je kalau cuci di bahagian *itu*. Tapi Mel guna bila dah sembuh luka la. 

Phytox - Mel belum makan lagi, bila ntah nak makannya. Selalu lupa. *Sila babab Mel yang pelupa ni!*

Minyak Berubat Herba - Ada juga guna untuk urut juga. Tak apply kat baby pun, sebab takut kulit dia sensitif. 

Nu3Med - Ada makan, hmm, ntahla sama ada ada beza tak. Makan sebab dah beli, lagipun ramuan nya memang benda yang bagus dimakan orang berpantang.

Minyak Bayi Amway - Best juga tapi at the end, kita orang beli Minyak Yuyi. BabyAreef lebih selesa dan serasi dengan Minyak Yuyi. Jarang sangat kembung perut.

Untuk makluman, Mel tak bergantung dengan Set Berpantang NR ni bukan apa, Mel bersalin di Hospital Swasta, mereka bagi pain killer, antibiotik, ubat untuk lawas, ubat cuci luka, jadi Mel ambil keputusan nak habiskan ubat Hospital dulu. Dalam masa yang sama, Mel ambil Set Berpantang Shaklee, dengan harapan susu yang dihasilkan berkualiti.

Mesti tertanya-tanya sama ada Mel banyak hilang berat? Tak sangat pun, kembali ke berat sebelum mengandung BabyAreef tetapi berat ni bukan berat dan saiz yang Mel selesa. Masih sangat debab sebab sepatutnya Mel hilangkan 15kg lagi untuk muat kebanyakkan baju kerja (berat sebelum mengandungkan Baby Angel Aqeel, adakah mungkin tercapai?). Tapi, Mel tak salahkan Set Berpantang NR ni, sebab Mel sendiri yang tak disiplin. Mel takut nak makan sangat sebab takut yakyak selalu sangat. Takut nak tinggalkan BabyAreef seorang diri. 

Tapi, kalau kalian betul-betul amalkan Set Berpantang NR ini, memang tidak mustahil untuk capai berat yang diingini sebab memang lawas. Badan rasa ringan je. Hmm, nak abiskan la apa yang tinggal, mana tau boleh turunkan berat sikit. 

Tapi kan, keutamaan Mel sekarang ialah menghasilkan susu ibu yang cukup untuk BabyAreef. Pasal diet tolak ke tepi, nanti kurang makan, susu merundum (dahla susu memang tak meriah), Mel juga yang stress nanti. Mengenai usaha Mel fully breastfeed, akan diceritakan di post yang lain ya.

Apa-apa pun, moga ulasan ini boleh la bantu sikit kalian kalau tengah pening-pening fikir nak guna tak Set Berpantang NR ni. Selamat mencuba!


MamaAqeel & Areef bila agaknya berpantang lagi? (Ntah apa-apa, baby baru masuk 3 bulan dah fikir nak baby lagi, huahauhua)

Tuesday, September 11, 2012

Anak Keberapa?

Assalammualaikum,


BabyAreef tengah tidur. Cepat cepat update blog!

Mel selalu fikir mengenai perkara ini. Orang selalu tanya, anak dah berapa orang? Berapa orang askar dah? BabyAreef anak sulung ke?

Mel sentiasa jawab, anak dah dua. Melainkan kalau orang tu tanya, anak sulung dah umur berapa? Baru la Mel jawab anak meninggal dalam kandungan waktu due, 39 minggu (dengan harapan, janganlah orang tu tanya lebih-lebih lagi)

Hubby pun sama, Mel suka bila dia jawab tak teragak-agak pun. Anak dah dua. BabyAreef anak kedua. 

Cuma kalau orang tanya Mami, selalu Mami jawab cucu sulung. Hmm, Aqeel cucu sulung Mami lah! Mungkin Mami malas nak menjawab kalau orang tanya kot. Sik apa Mami, kamek sik amik hati pun.

Alahai, anak sulung ku sayang Baby Angel Aqeel, rindu Mama dengan kitak. Tengok muka Areef, selalu terkenang Aqeel. Mula-mula dulu, selalu tersasul panggil Areef dengan nama Aqeel. Sik apa sayang, kitak dah berbahagia di sinun. Sentiasa doakan Mama, Papa dan Dedek k.

Dah dah, emosi pula. Tak nak stress, nanti susu merundum (apakah kaitan? hahaha)

Gambar keluarga! Pipi kami semua sama kan? Huahaha

MamaAqeel&Areef always remembers her firstborn! <3

Friday, September 7, 2012

Cara Mengatasi Bayi Keliru Puting

Assalammualaikum,


Wah, buat post baru lagi. BabyAreef masih tidur lagi, ntah apa yang dia penat sangat tu. Puas menyusu kot.

Mel buat post ini untuk menyelamatkan mana-mana ibu yang mengalami bayi keliru puting atau Nipple Confusion/Nipple Preference. 

Mel memang niat suci dan murni bercita-cita untuk Fully Breastfeed BabyAreef. Tapi tak sangka yang Mel alami komplikasi sedikit sehingga tak dapat angkat untuk hari pertama di hospital. Sob sob. Dan Mel lupa nak pesan kepada Nurse jangan bottle-feed baby (yang ini Mel menyesal tak sudah). Hospital swasta ni kononnya nak bagi si ibu berehat. Lain kali Mel tahu la nak pesan siap-siap jangannnnnn diberi botol baby ku!

Akibatnya, BabyAreef refuse breast. Huwaa! Setiap hari Mel cuba tapi dia akan menangis tak ingat dan sebab tak sampai hati, bagila susu formula dalam botol. Susu Mel pun betul-betul keluar pada hari ketujuh.

There are so many things that I wish I can change or I knew earlier. I wish I have the guts to feed BabyAreef guna cup atau picagari. Cuma Mel takut kalau dia tersedak ke apa. Jadi, redha je feed BabyAreef dengan botol serta beri susu formula. Di dalam hati sedihhhhh sangat.

Hari-hari Mel meng'Google' macam mana nak atasi masalah ni. Banyak cara dah Mel cuba, cuma tak eliminate penggunaan botol. 

TAPI...

nipple-shield-contact_copy.jpg (250×250)
Medela Contact Nipple Sheild yang dibeli dari LittleWhiz.com

Benda ini adalah penyelamat usaha penyusuan secara direct feed Mel dan BabyAreef. Setelah beberapa lama menggunakannya, dan bila Mel cuba tak pakai, akhirnya BabyAreef nak menyusu terus dari badan! Alhamdullilah, rasa macam mimpi! Jadi sekarang, disebabkan susu badan tak berapa banyak (disebabkan tak dapat menyusu secara terus pada mula-mula), Mel cuba direct feed sentiasa, kalau rasa dah tak ada susu, top up dengan formula. Bila dia dah kenyang dengan susu formula, Mel akan pam untuk buat stok. Perancangannya ialah, biar stok tu cukup untuk eliminate susu formula satu hari nanti. Doakan Mel berjaya ya!!

Secara ringkasnya, jika anda mengalami bayi keliru puting ni, sila lah ambil tindakan seperti berikut:

  • Eliminate penggunaan botol susu (Mel tak berani buat, tapi agak menyesal lah)
  • Sentiasa pam, pam dan pam! (Mel tak pam sangat mula-mula sebab kurang ilmu dan tak ada orang tolong jaga baby kalau nak mengepam selalu, kalau boleh pam sekerap baby menyusu untuk bina supply susu badan.)
  • Gunakan double-pump yang bagus. Ini perkara penting untuk jadi Exclusive Pumping Mother. (Mel guna Avent Single Pump, rumit sangat dan ambil masa. Sekarang Mel dah ada Rumble Tuff Double Pump yang menarik harganya. Senang sikit nak pam, nanti Mel buat review pam Rumble Tuff tu k.)
  • Feed the baby! (Janganlah disebabkan nak juga baby menyusu badan, dibiarkan baby tu lapar. Bagi baby minum melalui kaedah lain seperi dari cawan, sudu, picagari)
  • Terima hakikat yang baby kena minum susu formula tetapi usaha juga beri susu badan tiap-tiap hari melalui kaedah pam. Remember, a little amount of breastmilk is better than none! Usaha untuk beri sebanyak mungkin susu badan dan kalau boleh sehingga tak payah beri susu formula lagi.
  • Jangan stress sangat dengan orang-orang yang condemn pemberian susu formula kepada bayi. Ada orang sanggup biarkan baby tak cukup susu (kalau susu dia sikit) dan biar baby underweight. Ntahla, tak berani nak komen banyak. 
Harap usaha Mel berjaya. Mel dah terima hakikat yang mungkin bukan rezeki BabyAreef untuk fully breastfeed tapi Mel akan usaha untuk beri sebanyak mungkin susu badan kepada dia. Asalkan sihat dan asalkan BabyAreef gembira dan kenyang. Kan kan? (Ayat pujuk hati yang keciwa! Hahaha)

MamaAqeel & Areef supports breastfeeding!

Happy 2 Months BabyAreef!

Assalammualaikum,

Alhamdullilah BabyAreef dah berusia dua bulan. Makin lama, makin sayang. Syukur ya Allah.

Bila kenyang, happy lah! :)
Mama loves both Aqeel and Areef *love*

Pentingnya Menjaga HB Ketika Mengandung (Pengalaman Bersalin BabyAreef)

Assalammualaikum,


Haa, baru dapat nak update blog lagi. Seronoknya. Rindu jari-jari ni nak menaip. Lagi 23 hari masuk kerja. BabyAreef tengah tidur, jadi Mamanya sempat nak update blog. Dia dah ada rutin, jam ni mesti tidur kejap.

Mel kan cakap nak update mengenai pengalaman cemas bersalin BabyAreef. Ngeri la kalau nak difikirkan balik.

Seperti yang pembaca blog Mel tahu (kalau baru baca, sila lah rujuk post-post lepas ye), Mel bersalin secara induce pada 38 minggu. Pada mulanya, doktor bagitau yang BabyAreef dalam keadaan Occiput Posterior (OP) iaitu posisi kepala dah betul ke bawah tetap muka menghadap ke atas, seperti gambar rajah di bawah ni:




Doktor Pakar nasihatkan yang kalau induce semasa OP ni, keberangkalian Emergency C-Sect mungkin terjadi kerana diameter kepala bayi semasa OP lebih besar berbanding kalau muka bayi menghadap ke bawah. Ini adalah kerana, semasa crowning, diameter kepala bayi adalah ideal ketika menghadap ke bawah kerana ukuran lilitan diameter kepada paling kecil dalam posisi itu. 

Semasa temujanji bersama doktor pada Jumaat, 29 Jun 2012 (hari yang sepatutnya induce), doktor buat scan lagi dan BabyAreef masih OP. Jadi dia tak nasihatkan bersalin dulu dan tunggu hari Isnin akan datang. Tapi Mel kena datang esok dan lusanya untuk periksa CTG. 

Mel dan Hubby hampa sedikit sebab dah tak sabar nak jumpa baby. Oleh itu, Google dan research kat Internet, ada cara untuk buat baby berpusing ke posisi ideal. Kena buat senaman seperti di bawah ni:


Tak boleh duduk menyandar juga tau. Tidur mesti sentiasa mengiring. Alhamdullilah, memang berkesan. 

Pada Sabtu (30 Jun 2012), Mel buat CTG tapi minta dekat doktor boleh tak scan lagi nak tengok baby dah betul position ke tak. Bila scan, terkejut tengok BabyAreef dah sujud kat dalam rahim Mama. Yay! Tanpa berlengah, Mel dan Hubby minta bersalin hari itu juga. Doktor Mel bagitahu kena bersalin malam sikit sebab dia dah ada dua pesakit menunggu. Tak kisah pun, nak bersalin juga.

Long story cut short, Mel masuk Labour Room pukul 5.00 petang, doktor periksa bukaan dah buka 4cm. Jadi dia pecahkan air ketuban dan masukkan drip Pitocin untuk induce labour. Tak berapa lama, contraction pun makin kuat. Nasib baik Hubby sentiasa di sisi untuk bagi semangat. Alhamdullilah pada 8.32 malam, lahirlah BabyAreef. Mel menangis teresak-esak dan Hubby terus sujud syukur. Nurse tunjuk baby kat Mel. "Assalammualaikum baby", ucapan pertama Mel.

OK, bagi sesiapa yang pernah bersalin, biasanya doktor beri suntikan di paha untuk kecutkan rahim dan jahit luka bersalin kan? Itu situasi biasa.

Mel hairan kenapa doktor dan nurse tak berhenti urut perut Mel dan beri suntikan sampai 4 kali. Siap masukkan ubat kat bontot. Dorang tak jahit lagi luka ke? Kenapa semua orang macam cemas semacam je. Ada seorang nurse tu siap lari masuk ke Labour Room. Kenapa ni? Ikut pengalaman dengan Aqeel dulu, cepat je diuruskan selepas bersalin. Dahla Mel tak sabar nak jumpa baby!

Lepas tu, Mel dengar doktor telefon seorang lagi Pakar O&G suruh datang tolong dia sebab Mel PPH. Hah? PPH? Mel sempat juga baca apa itu PPH iaitu Postpartum HemorrhageDalam erti kata lainnya, tumpah darah. Nurse seorang ni tak berhenti-henti borak dengan Mel, agaknya tak nak bagi Mel pengsan kot.

Doktor Mel pun beritahu yang rahim Mel tak kecut seperti biasa dan fresh blood keluar. Walaupun dia dah periksa placenta dan placenta dah keluar complete tapi dia kena periksa untuk pastikan tiada luka atau apa-apa tertinggal di dalam rahim. Jadi Mel perlu dibawa ke Operation Theatre dan dibius/ditidurkan. Hah? Ngeri nya!

Kemudian, episode di Operation Theatre. Pakar Bius berbincang dengan doktor Mel, cakap muka Mel nampak pucat sebab hilang darah banyak. Sebelum ditidurkan, doktor beritahu;

"Awak akan ditidurkan untuk kami periksa tiada masalah dengan rahim. Kalau perlu, pembedahan kecil akan dilakukan untuk mengikat rahim bagi menghentikan pendarahan. Worst-case senario adalah BUANG RAHIM untuk menyelamatkan nyawa". HAH!! Buang rahim??

"Sekarang dalam masa 10 saat awak akan ditidurkan"

Sedar-sedar selepas tu, dah bangun terus cari doktor dan tanya semua OK tak? Dia cakap, jangan risau semuanya OK. Tapi sedar-sedar je tekak Mel sakit sebab diaorang masukkan tiub untuk bernafas tu dan Mel dipasang kantung untuk kencing tu. Tak pernah lansung alami perkara macam ini.

Esoknya, baru doktor terangkan yang Mel tumpah darah sebanyak 1.5 liter darah dan rahim tak mengecut seperti biasa. Nasib baik HB Mel 13.6 semasa bersalin tetapi turun sehingga 9!  Mereka terpaksa masukkan darah plasma sebanyak 4 pain. Kalaulah HB Mel rendah dari 10, dan turun ke 5-6, Ya Allah, tak berani Mel bayangkan. Sebab itulah tumpah darah merupakan penyebab pertama ibu bersalin meninggal dunia. 

Oleh itu, sila lah jaga HB anda ya. Jangan dipandang remeh kalau darah rendah atau HB rendah ni. Makan lah supplement dan jaga pemakanan. Apa-apa pun, semuanya ketentuan Illahi. Jangan lupa doa banyak-banyak pada Allah, minta dipermudahkan urusan bersalin.

Apa-apa pun, segala penat lelah, air mata dan tangisan, Mel dan Hubby dihadiahkan Allah bayi kecil yang diberi nama Abang Areef Nufael. Alhamdullilah.

Hai semua!

MamaAqeel/Areef selalu teringatkan Aqeel

Wednesday, August 8, 2012

Kehidupan Baru

Assalammualaikum,


Lama betullll tak menjenguk blog kesayangan ni. Mel masih membiasakan diri dengan kehadiran BabyAreef di sisi-sisi. BabyAreef ni jenis baby yang tak nak bermain sendiri, tak nak dibaringkan dan kalau bangun je mesti nak didokong. Manja! Kalau dia tidur saja, baru ada rasa lapang sikit (itu pun Mel selalu ambil kesempatan tidur juga atau pumping atau membuat sebarang kerja yang dirasakan perlu). Kalau BabyAreef bangun je, kena la melayan si pengarang jantung tu. Hehe.

Rasanya banyak sangat benda yang Mel nak coretkan di blog untuk dikongsikan bersama, untuk kenang-kenangan bila BabyAreef dah besar nanti. Harap-harap blogspot tak delete blog Mel ni bila Mel dah tua. Hahaha!

Mel masih berhutang nak story-mory mengenai kisah pengalaman bersalin hari tu. Tunggu lapang sikit baru nak karang kisah itu. Penting juga untuk dikongsikan kepada ibu-ibu lain supaya tak terjadi kepada mereka. Tungguuuu..

Macam mana dengan perjalanan berpantang Mel? Haaa, kalau nak tau, mestilah ke laut juga! Lagi mencabar berpantang dengan baby oke. Herba NR Mel makan juga, tapi kadang-kadang tu tertinggal juga, herba NR ni buat Mel jadi lawas sangat. Dengan BabyAreef yang tak nak dilepaskan, susah kalau nak ke tandas all the time (saja buat alasan kan?) Nasib baik Mel ada amalkan Set Berpantang Shaklee (bukan promotion!), ada juga rasa kuat semasa berpantang ni. Kalau tak makan apa-apa, haih tak tahu la apa jadi. 

Namun, badan masih debab, berjaya kurangkan 11kg sahaja. Tak apa, nanti usaha lagi, yang penting asalkan BabyAreef sihat dan bahagia. Kononnya nak kembali ke berat sebelum mengandungkan Baby Angel Aqeel, tapi itu adalah perjalanan sebanyak 15kg lagi nak dinyahkan! Sikit-sikit harap lama-lama jadi gunung.

Okayla, Mel nak rehat dulu. Nanti BabyAreef bangun, nak kena layan dia. Kena reserve tenaga. 

Sebelum tu, nak share gambar BabyAreef.

Usu Anum rajin sangat layan anak buah dia. Dialah yang selalu tolong dodoikan BabyAreef. <3<3

Romper ADHA JR. yang ditempah khas, asalnya kepunyaan Baby Angel Aqeel, tapi rezeki dedeknya yang pakai.

Nyenyak tidur selepas injection sebulan. Alhamdullilah, BabyAreef tak meragam,  lemak tebal kat punggung kot. Huu. Pead BabyAreef bagitahu yang dia dah sama berat baby dua bulan.

Cinta hatiku. Muka manja. My favourite picture. 

Sehingga Mel dapat update blog lagi. Selamat malam!


MamaAqeel*MamaAreef loves her boys <3

Wednesday, July 11, 2012

Dedek-Dedek Dah Ada Nama

Assalammualaikum,


Dedek-Dedek dah ada nama. Papa nya memilih sampai hari ketujuh baru secara rasminya mendaftar ke Jabatan Pendaftaran Negara. Rasa kelakar pula bila pergi check up dan bila orang tanya siapa nama baby, kami jawab masih belum ada ilham lagi. Walaubagaimanapun, Mel memang memberi hak memberi nama anak-anak kepada Hubby sebagai bapa. 


Memperkenalkan Abang Areef Nufael ;) 


Yang telah dibotakkan Papa dan Mama nya pada hari ketujuh. Hehehe

Diharapkan Areef akan membesar dengan sihat, menjadi anak yang soleh dan cemerlang dunia akhirat. Amin.


MamaAqeel is also MamaAreef ;)

Wednesday, July 4, 2012

Alhamdullilah. Our Rainbow Baby, Dedek-Dedek

Assalammualaikum,


Mel minta maaf sangat sebab hanya pada mulanya sempat update tajuk sahaja untuk entry kali ini. Mel cuba nak buat entry daripada handphone tapi tak dapat, dan dapat publish tajuk sahaja. Hehehe.

Alhamdullilah, Mel selamat bersalin bayi lelaki pada 30 Jun 2012 secara normal (induce) pada pukul 8.43 malam. Dedek-Dedek yang dijangka hanya seberat 3.00kg+- sebenarnya 3.46kg. 

Kisah Mel bersalin kali ini amat mencemaskan kerana Mel terlibat dengan life threatening situation. Tapi syukur Alhamdullilah, Allah masih memanjangkan usia Mel. Ngeri sangat kalau teringat, tapi lain kali ya Mel storymory pasal ni. 

Inilah hasil cinta dan kasih sayang Mel dan Hubby, Dedek-Dedek yang masih belum ada nama lagi. Papa dia cakap, hari ketujuh baru nak umumkan nama. Tak apa, memang hak seorang bapa untuk memilih nama anak-anaknya. Mama okay je Papa, asalkan nama yang diberi elok.



Our beloved Dedek-Dedek


Good morning handsome! Hari ketiga.

Anyway, terima kasih ya kepada semua yang telah meninggalkan komen untuk Mel walaupun Mel hanya sempat update tajuk. Hihi


Aqeel sayang, kamu sudah ada adik sekarang. Tapi kamu sentiasa di dalam hati dan ingatan Mama.

Tuesday, June 26, 2012

Wedding Reception Aizuddin (Adik)

Assalammualaikum,


Mel dah start cuti dari Jumaat lepas. Masih belum bersalin lagi ya rakan-rakan. Waiting game. Jumaat lepas Mel pergi check CTG, Doktor cakap dah ada contraction, tapi agaknya masih false alarm tu. Pagi tadi check up, check CTG lagi sebelum menyerah diri untuk diinduce pada Jumaat ini.  Doktor dah buat Membrane Sweep ("Membrane sweep", also known as membrane stripping, or "stretch and sweep" in Australia and the UK - during an internal examination, the midwife moves her finger around the cervix to stimulate and/or separate the membranes around the baby from the cervix. This causes a release of prostaglandins which can help to kick-start labor). Masih dengan penuh harapan yang Dedek-Dedek sudi keluar sebelum Mamanya diinduce. Amin.

Apa-apa pun, Mel nak post mengenai Majlis Perkahwinan adik lelaki Mel, Aizuddin dan pasangan nya Sheila. Sebenarnya majlis ini pada 9 Jun 2012 yang lepas. Tapi baru nak update blog. Hehe. Dia hanya setahun (lebih) muda daripada Mel. Tahniah kepada pasangan pengantin, dan diharap dimurahkan rezeki cepat-cepat dapat zuriat. Amin.

Some of the pictures ;)

Aizuddin & Sheila
Anum Khadijah, adik bongsu kami yang menjadi wakil keluarga memberi ucapan penghargaan.  Nak juga dia jadi wakil selepas diupah chocolate ;)
The whole family!

Gigantic Me with my beloved Husband. Masa ini 35 weeks ;)


OK, itu saja nak update buat kali ini. Tengah sabar menunggu tanda-tanda nak bersalin ni. Doakan Mel supaya dipermudahkan segala urusan bersalin ya! 


MamaAqeel/MamaDedek-Dedek loves her blog readers! <3<3

Friday, June 15, 2012

Countdown

Assalammualaikum,


Hari ini Mel nak kongsi satu berita kepada semua rakan-rakan yang mengikuti blog ini. Mel dah dapat tarikh untuk induce labor darpada Doktor pagi tadi iaitu pada 29 Jun 2012. Lagi 14 hari!

Lilypie Pregnancy tickers

Sekarang ini Mel tengah dilemma dah masih mempertimbangkan keputusan nak bersalin di mana. Tarikh di atas kalau bersalin di Hospital Swasta dan kalau buat keputusan bersalin di Hospital Kerajaan, tarikh induce adalah pada 2 Julai 2012. 

Kalau tanya kat Hubby, dia kata mana-mana tak kisah. Tengoklah nanti kan, mana tau Dedek-Dedek sudi keluar sebelum tarikh Mamanya di induce. 

Dengan kesempatan itu, Mel nak minta maaf kepada semua sekiranya sebelum ini Mel pernah buat salah dan silap, halalkan makan dan minum Mel dan doakan agar Mel selamat melahirkan dan Dedek-Dedek selamat keluar daripada rahim Mel, sihat dan dijauhkan daripada segala komplikasi kesihatan. AMIN..


MamaAqeel/Dedek-Dedek menghitung hari.

Monday, June 11, 2012

Dah Buat Keputusan: Set Berpantang

Assalammualaikum,


Hahahaha. Dah berhari-hari Mel buat perkiraan dan berfikir untuk pilih Set Berpantang yang paling sesuai dengan Mel. Sebabnya Mel kali ini betul-betul dan menjaga diri sendiri dengan ketat dan cemerlang sebab selepas dua kehamilan badan Mel ni betul-betul naik. Tambahan Mel sangat mengelat semasa pantang baby Aqeel. 

Tambahan pula, seperti post Mel yang lepas, (sila klik di sini) Mel memang tak boleh tahan dengan ubat kampung yang betul-betul 'pure' dan 'original'. Memang kuat hati dan perasaan orang dulu-dulu kan. Mak mertua Mel cerita yang dulu dia habiskan satu tin Milo besar air hirup tu. Adoi!! Tak boleh bayangkan!

Sebenarnya, Mel dah mula buat pembacaan tentang berpantang ni semasa pantang kali pertama dulu dan sangat tertarik dengan puan punya blog ni - Ice. Tambahan pula ramai yang beri komen yang positif mengenai Set Berpantang NR.

Tapi kan, kalau kawan-kawan semua nak tahu, Set Herbanika Bersalin NR tu tak cukup nak digunakan lebih dari 30 hari. Dahla 'pricey' sikit, tapi Mel nak guna juga dan cari cara terbaik untuk maksimumkan keberkesanan berpantang pada kali ini. Oleh itu, selepas banyak bertanya dengan Ice (rajin dia melayan Mel..hehe), Mel buat keputusan untuk tidak membeli satu set lengkap tapi buat pembelian secara 'loose' atau berasingan untuk cukupkan tempoh 60 hari. Wah, bersemangatnya! 

Jadi, untuk menyenangkan proses membuat keputusan, Mel sediakan lagi satu jadual seperti ini:

SET HERBANIKA BERSALIN NR
Item
Set Bersalin Asal
Catatan
Pembelian Mel
Pil Herba
Phytonatal 90 biji
Dalam panduan, sehari kena makan 3 biji. Jadi kalau 90 biji saja, boleh bertahan 30 hari saja. Phytonatal ni ramai yang ‘highly recommended’ sebab boleh buat kita lawas dan turunkan berat.
Phytonatal 180 biji
Nak teruskan makan sampai 2 bulan. Hoho, jangan ngelat ya Mel.
Rebusan Herba
Akar herbanika 15 peket
1 peket boleh direbus 2-3 kali. Tapi untuk keberkesanan lebih, kena buat pekat-pekat sikit. Maknanya tak cukupla 15 peket untuk 2 bulan kan.
Juga ‘highly recommended’ untuk banyakkan susu dan buang ‘water retention’.
Akar Herbanika 30 peket
Nak teruskan minum sampai 2 bulan atau sampai habis. Kena disiplin tidak terhingga untuk habiskan semua ni.
Minyak Panas
Minyak herbanika 130 ml
Pun item yang sangat ‘highly recommended’ dan boleh mengantikan param dan pilis untuk elakkan angin jahat. Ramai yang cakap kena beli ‘extra’ sebab 130 ml tak cukup masa berpantang.
Minyak Herbanika 260ml
Dapat la pakai dengan selesa dan tak payah berjimat-jimat. Kalau habis dan rasa serasi bolehla beli lagi kan.
Barut
Krim Herbanika Barut 60ml
Herbanika Barut (Serbuk) 150g
Yang krim senangla nak pakai sebab tak payah bancuh. Yang serbuk kena bancuh dengan Minyak Berubat NR Ada perasaan yang tidak akan berbarut guna yang serbuk sebab leceh dan kotor.
Krim Herbanika Barut 60ml
Mel beli yang krim saja lah, sebab senang nak guna. Sapu Minyak Herbanika dulu, lepas tu sapu Krim Barut sebelum berbengkung.
Pencuci Wanita
Uncang Cuci Herbanika 15 peket
Uncang Cuci ni kena rebus dengan air suam/panas baru guna untuk cebok. Adoi, jadi satu hal nak merebus-rebus. Lagipun, ‘recommended’ guna Barra Gel NR instead.
Barra Gel NR 200ml
Guna je macam pembersih wanita biasa dan cuci bersama air suam. Boleh guna untuk badan juga.
Lulur
Herbanika Lulur 150g
Nak guna Herbanika Lulur ni, kena bancuh dengan air florida. Macam leceh.
Tak beli pun
ITEM NR LAIN YANG DIBELI
Phytox 30 biji
Tiada dalam Set Bersalin NR
Phytox ni Ice bagitau untuk dimakan semasa pantang 30-45 hari (penutup pantang). Untuk kecutkan kembali rahim, keluarkan lebihan darah nifas dan mengelakkan ketumbuhan dalam rahim.
Phytox 30 biji
Minyak Berubat Herba 130ml
Tiada dalam Set Bersalin NR
Untuk digunakan secara menyeluruh, dan boleh digunakan untuk urut baby juga.
Minyak Berubat Herba 130ml

Nu3med 160ml
Tiada dalam Set Bersalin NR
Membekal tenaga dan menghangatkan badan untuk ibu-ibu selepas bersalin serta memulihkan luka dan tisu rosak untuk wanita yang menjalani pembedahan bersalin. Makan 1-2 sudu sehari mengikut keperluan.
Nu3med 160ml
ITEM LAIN YANG DIBELI SELAIN NR
Minyak Bayi
Amway Tropical Herbs
Ramai yang sangat syorkan minyak bayi ini. Hampir-hampir pilih set Amway TH sebab minyak bayi ni, jadi baik beli berasingan.
2 botol Minyak Bayi Amway Tropical Herbs 60 ml

*Nota: Mel bukanya agent NR ya. Bukan juga nak promosi produk NR secara spesifik. Hanya nak kongsi pendapat/pengalaman sebab mungkin boleh membantu bakal-bakal ibu yang lain untuk buat keputusan.

Harap-harap pembelian Mel ini akan dimanfaatkan sepenuhnya. Kenapa Mel semangat sangat nak buat post macam ni? Hmm, agaknya nak membakar semangat diri sendiri untuk betul-betul berazam berpantang dan berusaha untuk menurunkan berat sebanyak yang mungkin. 

Disamping berpantang dengan herba tradisional, Mel juga percaya dengan supplement tambahan dan juga dah beli Set Pantang Shaklee yang mengandungi Vita-Lea, Vitamin C, B-Complex, Zinc Complex dan Ostematrix (Kalsium). Agent Shaklee Mel bagitau, jangan makan Alfafa dulu sebab takut baby alah. Selepas habis pantang, boleh teruskan mengambil Set Penyusuan untuk maksimakan susu badan. 

*Nota: Mel juga bukan agent Shaklee ya. 

Disamping berazam untuk berpantang secara ketat, Mel juga bercita-cita untuk 'fully breastfeed (BF) Dedek-Dedek nanti insyaAllah. Kalau boleh buat secara berperingkat, cuba fully BF selama 6 bulan, kemudian setahun dan secara ideal 2 tahun. Mudahan dimurahkan rezeki oleh Allah untuk mempunyai susu badan yang banyak nanti. AMIN.

Okayla, nanti tunggu saja post mengenai perjalanan Mel berpantang dan fully BF ya. Mel pegang pepatah, orang yang gagal merancang ialah orang yang merancang untuk gagal! Yeah!

Mama will do anything for you Dedek-Dedek! The best that I can do! 

MamaAqeel/MamaDedek-Dedek obviously hype! 

Friday, June 8, 2012

Pening Nak Pilih Set Berpantang

Assalammualaikum,


Mel sekarang ini tengah pening tau nak buat keputusan nak guna set pantang yang mana.



Image: www.google.com.my

Masa berpantang kali pertama dulu, Mak Mertua Mel orderkan ubat kampung dari bidan yang pandai buat ubat berpantang. 

Benda-benda yang disediakan dan set pantang kampung itu adalah:

1. Air Masak (Air Periuk) - Peket herba yang kita rebus sehingga mendidih untuk diminum semasa breakfast / lunch / dinner. Yang ini Mel masih tolerate dan habiskan semua.
2. Hirup Kunyit - Memang hirup kunyit yang pure ok! Rasanya kunyit hidup yang diblend lumat. Kebaikan adalah untuk membuang angin dan mengecutkan rahim. Adoi, tak dapat telan! Akibatnya banyak yang terbuang.
3. Hirup Pegaga - Sama juga seperti hirup kunyit, pegaga original yang diserbukkan (kot). Kebaikan adalah untuk membuang lemak-lemak dan menyegarkan badan. Tak boleh telan juga.
4. Param - Yang kita bancuhkan serbuk dengan air suam, kemudian sapukan seluruh badan supaya angin tak boleh masuk badan. Yang ini, OK juga la. Kulit memang ada rasa lembut selepas guna. 
5. Pilis - Yang letak di dahi. Fungsi untuk menarik angin dari kepala dan mengelakkan sakit kepala. Pilis buatan kampung ni Mel memang suka, masa pakai tu rasa panas je dahi. 
6. Barut - Yang letak di perut sebelum berbengkung. Yang ini Mel guna pada hari pertama saja. Gatal dan kotor sangat guna barut tu. Mel tukar dengan Minyak Mustajab (warna merah dan hijau) sebelum berbengkung.
7. Ma'jun - Macam mana nak eja ek. Makjun, ma'jun? Yang dimakan bila-bila masa untuk memanaskan badan. Dapat dua bekas kecil, Mel dapat habiskan 1/2 bekas dan 1 lagi tu memang tak makan lansung.

Semua ini berharga RM400 ya kawan-kawan.  Mel guna sepenuhnya 3 items sahaja. Membazir!! Dan setelah melalui pantang tahun lepas dan knowing myself, memang Mel tak dapat nak telan lansung ubat kampung ni. Jadi, kena cari set-set berpantang yang telah dimodenkan. 

Setelah membuat banyak research dengan bantuan Encik Google, baca blog-blog ibu-ibu yang menggunakan bermacam-macam jenis set pantang, tanya kawan-kawan yang berpengalaman, akhirnya Mel tengah pening untuk memilih dua produk ini:

Set Herbanika Bersalin NR

Apa yang ada dalam set ni:

Phytonatal 90 biji - dalam bentuk tablet untuk di makan
Akar herbanika 10 paket - dalam bentuk uncang, rebus untuk diminum
Minyak herbanika 130ml - minyak sapuan badan dan urut
Krim Herbanika Barut 60 g - Sapuan pada perut dan pinggang
Uncang Cuci Herbanika 10 paket - untuk jagaan kebersihan dan kesegaran alat sulit wanita
Herbanika Lulur - untuk menyental kulit

ATAU

Set Bersalin Amway Tropical Herbs 


Apa yang ada dalam set ni:

Produk utk dimakan atau Diminum
1. Teh Herba
2. Herba lepas bersalin 1
3. Herba lepas bersalin 2

Produk Untuk Kegunaan Luar
4. Herba pembersih wanita
5. Herba Mandian
6. Campuran Peramping Perut( Tapel)
7. Campuran Penghangat Badan (Param)
8. Campuran Penenang (Pilis)
9. Minyak Urut Herba
10. Minyak Bayi

Sumber Maklumat: Google

Sebab Mel ni seorang yang skema, maka terhasil jadual seperti di bawah ni ;)

PERBANDINGAN DI ANTARA:

Perkara
Set Herbanika Bersalin NR
Set Bersalin  Amway Tropical Herbs
Catatan
NR/TH
Harga
RM300 (6 Items)
RM270 (11 items)
Harga tak jauh beza, maka tak jadi kriteria
-
ITEMS




Pil Herba
Phytonatal
Herba lepas bersalin 1
Herba lepas bersalin 2
Ramai orang recommend Phytonatal ni boleh banyakkan susu..
NR
Rebusan Herba
Akar herbanika
Teh Herba
Ramai juga bagitau Akar Herbanika boleh hilangkan ‘water retention’ dan banyakkan susu
NR
Minyak Panas
Minyak herbanika
Minyak Urut Herba
Minyak Herbanika pun ramai yang sarankan guna, sehinggakan pesan beli extra
NR
Barut
Krim Herbanika Barut 60 g
Tiada
Barut NR guna krim, taklah gatal-gatal kan
NR
Pencuci Wanita
Uncang Cuci Herbanika
Herba Pembersih Wanita
No preference
-
Lulur
Herbanika Lulur
Tiada
Untuk buang daki badan.
NR
Herba Mandian
Tiada
Herba Mandian
No preference, Confinement Lady akan sediakan yang fresh
-
Tapel
Tiada
Campuran Peramping Perut
Tak nak guna pun tapel, macam remeh nak guna
-
Param
Tiada
Campuran Penghangat Badan
TH ada param untuk sapu seluruh badan
TH
Pilis
Tiada
Campuran Penenang
Entahlah kenapa Mel nak juga guna Pilis
TH
Minyak Bayi
(Tiada)
 Dijual berasingan
Minyak Bayi
Ramai recommend Minyak Bayi ni sangat bagus
TH
Bengkung
Tiada
Ada
Tak menjadi criteria pemilihan sebab bengkung dah ada
-

Nampak sangat yang Mel prefer Set Herbanika Bersalin NR kan, jadi kena cari cara untuk atasi kekurangan NR berbanding dengan Amway Tropical Herbs tu. Oleh itu, Mel ambil keputusan untuk membuat pembelian seperti berikut:

1 SET HERBANIKA BERSALIN NR
+
MINYAK BAYI AMWAY TROPICAL HERBS (Nasib baik jumpa orang yang jual loose)
Param dan Pilis yang berasingan (Belum jumpa lagi)

Alhamdullilah, akhirnya dah buat keputusan, tinggal nak minta tajaan Hubby (harap Abang baca blog Mel ni..hehe) dan hubungi penjual yang berkenaan. Harap-harap lebih berdisiplin lah kali ini sebab badan Mel naik sangat-sangat, dah nak sama berat dengan Hubby (ada manusia comel dalam rahim ni J! Kena buat betul-betul untuk kembali seperti sebelum mengandungkan baby Aqeel dulu. 


Eh..eh, lupa pula nak cerita yang Mel pun ada beli Set Pantang Shaklee + Kalsium yang ini:




Niat di hati nak banyakkan susu badan dan fully breastfeed Dedek-Dedek nanti, insyaAllah. Ramai bagi testimonial cemerlang termasuk keluarga dan rakan-rakan terdekat yang bila ambil Shaklee ni, stok susu bertambah. Kita tengok lah nanti. Lagipun, dealer Shaklee ni dah ajar macam mana nak ambil set pantang tradisional dan Shaklee ni. Kira nak maksimum kan keberkesanan berpantang nanti, sebab dah pernah melaluinya kan, jadi banyakla buat post-mortem sendiri. Hehehe

Okayla, dah puas hati sebab dah buat keputusan. Nanti kalau dah berpantang dan guna semua produk-produk ni, nanti Mel buat post ya. Mana tau dapat bantu ibu-ibu yang lain juga.

Anticipating! Less than 3 weeks! 

MamaAqeel/Dedek-Dedek semakin bersemangat! <3
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...