Home

My Special Tickers

Daisypath Anniversary tickers Lilypie Angel and Memorial tickers Lilypie Second Birthday tickers Lilypie Maternity tickers

Saturday, December 31, 2011

2011: What A Year!

Assalammualaikum,


Tak sangka ya, hari ini merupakan hari terakhir dalam tahun 2011. Tahun yang paling MENCABAR bagi Mel.

Kegembiraan menyambut anak sulung kami bertukar menjadi kedukaan dan akhirnya menjadi keredhaan. Mama redha dan bersyukur Aqeel, kamu hidup di dalam rahim Mama untuk 39 minggu. Walaupun kita tidak bersua, namun Mama harap kita dapat berjumpa di 'sana'. Berbahagia lah wahai anakku, because you are too beautiful for this world.

There are so many tears shed for you Aqeel.

Kehilangan baby Aqeel menjadi episod terbesar dalam tahun ini. Mel kadang-kadang tak percaya yang Mel dah pernah bersalin, berpantang, dan mengalami semua ini tanpa anak kecil di sisi. Mana tak nya, Mel dan suami jadi macam new-weds balik.

I'm so glad having him as my soulmate and my love

Pada tahun ini juga, syarikat Hubby or our company? Hahaha menumpang sekali, telah berpindah ke lokasi baru. Alhamdullilah setakat ini business semakin baik. Umur LOKASI BARU company Freeway Design dengan baby Aqeel sama, sebab company tersebut berpindah pada bulan Februari 2011.

Bagi warga di Kuching, kalau nak kad kahwin yang cantik, unik dan bersesuaian dengan bajet anda, sila la ke Freeway Design, Kuching ya. Mesti tidak menyesal dan berbaloi-baloi. (Digital printing pun ada!)

Satu lagi pencapaian pada tahun ini ialah Mel dan suami berjaya membeli rumah pertama kami. Alhamdullilah. Ingatkan loan tak lepas, saja cuba submit ke bank tapi syukur dapat approval. InsyaAllah akan siap dalam bulan April atau Mei tahun 2012.


Hubby cakap dah 70%, dia dah tak benarkan Mel visit sebab tempat baru kan, tak baik untuk orang mengandung ;P

Dan Alhamdullilah, selepas 9 bulan menanti dan satu keguguran, Mel dan suami digembirakan dengan berita baik. Allah telah kurniakan Mel mengandung lagi dan sekarang Mel dah lepas 1st trimester. Syukur alhamdullilah, segala puji bagi Allah yang Maha Esa, Sekarang dengan adanya Dedek-Dedek bersama, Mel dah kurang menangis. Mungkin inilah sinar harapan yang akan menerangi hidup kami pada 2012 ini.


Our Rainbow Baby~ Dah 12 weeks plus


Mel tak nak sebut Selamat Tahun Baru, sebab tahun baru bagi kita umat Islam ialah pada Awal Muharam. Apa-apa pun, harap selama 6 bulan lagi Dedek-Dedek selamat dan selesa di dalam rahim Mama. Amin..

MamaAqeel tulis post ini daripada tahun lepas lagi. Hehe

Tuesday, December 27, 2011

MamaAqeel Selsema :(

Assalammualaikum,


Mel sekarang ni on sick leave. Padahal cuti dah panjang kan, 3 hari cuti Xmas dan hujung minggu. Weekend lepas bandaraya Kuching hujan tak berhenti. Kami dah takut mana tau banjir. Alhamdullilah, sistem perparitan perumahan ni dah diperbaiki. Kalau tahun-tahun lepas, mesti banjir masuk rumah.

Nak dijadikan cerita, Mel dah tak sedap badan mulai hari Ahad, tapi semalam selsema makin menjadi-jadi. Malam tadi tak dapat nak tidur nyenyak sangat sebab hidung dua-dua tersumbat. Macam mana tu? Huhuhu


Image: www.google.com

Mel sangat risau kalau demam atau selsema, kan sekarang tengah pregnantkan Dedek-Dedek. Harap Dedek-Dedek tetap selesa dalam rahim Mama ye.

Mel berusaha makan banyak-banyak buah oren sebab nak dapatkan Vitamin C. Makan supplement Vitamin C, pastu minum air suam banyak-banyak. Tak kisahlah kalau kena pergi tandas banyak-banyak kali. Semua ini pesanan kawan Mel, seorang doktor. Dia cakap kalau boleh tingkatkan imunisasi dulu, baru makan ubat.

Tapi pagi ini tadi, bila nak bangun, kepala berat semacam. Daripada selsema, badan Mel panas. Cakap kat Hubby nak pergi jumpa doktor. Doktor cakap, amalkan minum madu untuk legakan batuk dan demam. Dia bagi ubat selsema dan demam, makan jika perlu je dia cakap. Mel sampai rumah pun tenung je ubat-ubat tu. Cuba cara natural dulu la kan? Jom minum bergelen-gelen air! Hehehe

Tak ada isi kan post Mel kali ni? Saja jer nak membebel.


Hidung MamaAqeel masih tersumbat! Wuuu~

Monday, December 26, 2011

Perjuangan Seorang Ibu

Assalammualaikum,


Beberapa hari ini Mel memang sedih sangat. Ada seorang fellow PTD, kawan kepada kawan Mel, iaitu senior Mel, telah meninggal dunia selepas komplikasi selepas bersalin. Tentang details about what happened, Mel tak tahu. Ada baca daripada blog rakan-rakan arwah, tapi tak payah la Mel mengulas di sini.

Apa yang Mel tahu, semestinya ibu itu dijanjikan syurga kerana mati syahid ketika melahirkan anaknya. Mel doakan yang baby yang dilahirkan pun di dalam keadaan yang sihat sebab rakan Mel memberitahu yang baby tersebut di dalam keadaan 50-50. Ya Allah, besarnya dugaan yang kau berikan kepada keluarga itu.

Mel dah tak tau nak tulis apa. Betul-betul sedih, sebab terkenang kisah kehilangan Aqeel. Tapi ada orang lain yang lebih besar dugaan mereka. Ya Allah, kau berikan syurga kepada ibu yang mempertarungkan nyawa melahirkan anaknya dan kau selamatkan anaknya itu, supaya dapat menjadi bukti cinta, amanat kepada ayahnya. AMIN~


MamaAqeel sedih sangat (T_T)

Saturday, December 17, 2011

Now I Love Saturdays

Assalammualaikum,


Sekarang Mel sangat nanti-nantikan setiap hari Sabtu, sebab Dedek-Dedek will be older 1 week genap hari Sabtu. Sekarang Dedek-Dedek dah 10 weeks. Another 2 weeks to end my first trimester. 

Mel sekarang decide just enjoy the moment. Tak nak fikir ke hadapan sangat. Sentiasa berdoa dan berharap Mel dan baby kedua-duanya di keadaan yang baik dan baby akhirnya dilahirkan living and kicking, AMIN.

Mel juga sangat berharap semua kawan-kawan yang sedang TTC will join the club very-very soon. Mudahan masin mulut Mel ni kan?


MamaAqeel kat ofis ni, busy dengan SBPA. Huu~

Saturday, December 10, 2011

Alhamdullilah

Assalammualaikum,


Mel baru dapat Internet connection dan laptop untuk update blog. Rinduuu nya nak update all the time macam dulu, tapi sekarang ni amat-amat sibuk dengan tuntutan kerja.

Mel sebenarnya nap share sesuatu bersama-sama rakan blog yang lain tentang sesuatu.

Agaknya, kalau mana-mana yang ikut perkembangan (ada ke yang follow..hehe) blog Mel yang selalunya menceritakan tentang perjalanan TTC Mel, mesti hairan kenapa tak ada update lagi sampai sekarang.

Ini adalah disebabkan..

sebab..

Kan Mel ni sukaaa sangat nak main dengan UPT. Belum missed period pun suka nak pee on the stick. Haritu, esoknya sepatutnya missed period..


I cannot believe my eyes tapi perkataan pertama Mel ialah, alhamdullilah! Tapi sebab Mel ada pengalaman kurang bank beberapa bulan lepas, Mel nak kena cuba dengan UPT Clear Blue (sebab masih terkejut dan kurang percaya). Dulu masa Mel keguguran, line biru kat UPT Clear Blue sangat kurang jelas dan kabur.

Tapi..

Syukur sangat sebab line biru tu terang macam UPT dengan baby angel Aqeel dulu. Harap-harap kali ini Mel dan suami berkesempatan menimang cahaya mata yang satu ini.

Mel hanya berani post mengenai ini selepas check dengan Doktor Pakar dan tengok sendiri yang baby ada heartbeat. Alhamdullilah, setakat ini semuanya OK. Rakan-rakan semua doakan ya.

Mel dan suami beri nama panggilan Dedek-Dedek kepada baby ini, sebab Hubby cakap mana tau dapat twins. Hahaha. Tapi haritu scan memang seorang saja. Satu pun cukup buat hati ini terang dengan harapan lagi.

Mel sentiasa doakan rakan-rakan lain yang tengah berusaha menimang cahaya mata untuk dipercepatkan rezeki oleh Allah s.w.t. Itu memang doa Mel selalu. Sebab Mel sangat yakin yang Mama-Mama Angels lain doakan Mel juga. Terima kasih ya!

Ada masa lagi nanti, Mel nak update kisah lucu Mel register Buku Pink. Menangis tak berhenti-henti kat klinik! Huuuu~

MamaAqeel heppi!

Sunday, December 4, 2011

My Sunday Gets Better

Assalammualaikum,

Wahh..dah bersawang blog Mel ni lama tak update. Maaf ya kalau ada mana-mana kawan blog cari Mel. Hari ini Mel bosan sikit sebab Hubby ke Sibu-Bintulu-Miri. Selalunya hari Ahad mesti Mel jalan-jalan dengan Hubby.

Tapi tadi Min call. Hihihi. Best pula borak-borak dengan Min. My day gets better la.

Esok adalah hari penting untuk Mel. Dah janji dengan Min tadi untuk update sesuatu kat blog selepas tu. Sekarang ni Mel update pun guna hp. Susah la nak menaip. Kabel TM kat area Mel ni kena curi. Dah seminggu dah tak ada Internwt kat rumah. Nak update blog di ofis, kena blok pula.


Tungguuu yaaaa!

MamaAqeel kena happy-happy selalu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...