Home

My Special Tickers

Daisypath Anniversary tickers Lilypie Angel and Memorial tickers Lilypie Second Birthday tickers Lilypie Maternity tickers

Thursday, October 27, 2011

Boleh Tak?

Assalammualaikum..

Boleh tak jangan cemburu kat orang yang dapat baby baruuu? Tolong la Mel..semua tu rezeki masing2! Sabar laa..nanti2 sampai la giliran tu. Amin!


MamaAqeel o_O

Wednesday, October 26, 2011

Rindu

Assalammualaikum,


Lama dah Mama sik menulis kepada Aqeel. Hujung tahun 2011 tok, Mama dan Papa busy sikit Aqeel. Alhamdullilah business Papa semakin okay. Papa bz maknanya bertambah la rezeki, sebab ya Mama sik kisah pun Papa busy. Kerja sendirik, memang macamya ragamnya.

Mama dari Ahad lepas sampai la esok travelling demi negara. Chewah! Macam-macam jak meeting. Kinek tok pun Mama update blog tok pun rah Airport Kuching, tunggu masa nak boarding. Mun Aqeel ada, mesti Mama risau macam ney nak tinggalkan Aqeel nak?

Mama belum ada rezeki untuk adik Aqeel. Aqeel di sinun jangan lupa doakan Mama dan Papa sak mek duak murah rezeki. Mudahan tahun hadapan ada la adik Aqeel neman Mama dan Papa. AMIN.

Mama happy gilak sebab banyak kawan-kawan Mama dah ada baby baru. Kiut-kiut jak baby daknya. Tapi di hati Mama, Aqeel la baby paling kiut! Mestilah, sebab Aqeel la buah hati Mama dan Papa. Rindu nyaaaa.

Eyy..malu la Mama tulis sedih-sedih. Heran orang tengok Mama nangis kelak. Hehehe. Aqeel, Sabtu tok Mama dan Papa pergi Singapore! Mama nak release tension kelak. Nak jalan puas-puas dengan Papa.

Bah Aqeel, Mama nak masuk boarding lok. Lupak Mama nak on laptop awal-awal tadik. Dapat panjang cerita. Mama rindu gilakkk dengan kitak sayang. Kelak singgah dalam mimpi Mama k.


Mama loves Aqeel forever!

Saturday, October 15, 2011

Lepas 8 Bulan Pun Masih Sedih?

Assalammualaikum,


Mel tengah sedih ni. Tiba-tiba teringat dengan baby angel Aqeel. Selalu macam ni, bila dah rasa okay, tiba-tiba boleh teringat. Mungkin sebab jeles dengan baby orang lain. Orang lain banyak update pasal baby dorang kan. Alaa, kalau Mel ada baby pun mesti Mel pun selalu update kot.

Tak sangka esok dah 8 bulan Aqeel tiada. Tak payah la nak 'imagine' kalau dia ada, dia dah besar mana. Nanti menambah garam ke luka.

Bulan lepas Mel tak dapat nak TTC betul-betul. Asyik-asyik travelling je. Terlepas waktu subur. Tapi yang bagusnya, cycle Mel dah kembali ke 30 hari. Bulan lepas mesti sebab stress sampai cycle 34 hari. Bulan ni kita usaha lagi ye.

Sekarang ni Mel dan Hubby usaha nak turunkan berat badan. Tau tak kenapa Mel semangat sangat? Hari Mel cuba pakai baju kurung moden Mel yang paling besar. Dulu, kalau Mel tarik ke tepi, ada la dekat dua jengkal dia besar. Haritu, Mel pakai dah tak muat! Huwarghh..tak boleh jadi. Nanti makin teruk~ Sekarang ni dah turun 4-5kg, Alhamdullilah..

Hmm..mana tau lepas dah turun berat sikit nanti boleh lekat pulak.

Anyway, Mel tak sabar nak bercuti kat Singapura hujung bulan ni. Mel tak pernah pergi lagi. Bolehla release2 tension sikit.


MamaAqeel stress

Sunday, October 9, 2011

Seperti Yang Dijangkakan

Assalammualaikum..


Just nak update yang betul jangkaan Mel yang bulan ni tak lekat. Tapi alhamdullilah cycle Mel bulan ni dah kembali 30 hari. Bulan ni tak stress kot.

Hubby pesan tak payah la stress sangat. Semua ni urusan Allah.

Harap-harap dah tak bz bulan ni. Nak kerja keras ni! Uhuk2..


MamaAqeel kena belajar jadi cooool..

Wednesday, October 5, 2011

Banyak Nya Benda Nak Update!

Assalammualaikum,


Rindu nye Mel nak berblog hari-hari. Sekarang ni agak bz dengan kehidupan dan laptop selalu tak available. PC Hubby dah bawa ke ofis dia and my laptop dipinjam adik. Tinggal laptop Hubby yang dikongsi kami berdua.

Banyak cerita Mel nak update ni, tapi mata mengantuk la pulak. Tunggu masa Mel ada masa terluang nak update k my darling readers (if any!) Hehehe

Nak update tentang..

1) Bergaul dengan orang masa kursus, macam mana nak jawab soalan yang satu tu.
2) Usaha TTC yang tak gigih bulan ni :(
3) Mel tengah diet! Huhuhu.

OK. Mel tidur dulu ye. Mudahan ada kelapangan nanti Mel nak update semua tu.


MamaAqeel tak suka berdiet!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...