Home

My Special Tickers

Daisypath Anniversary tickers Lilypie Angel and Memorial tickers Lilypie Second Birthday tickers Lilypie Maternity tickers

Friday, September 30, 2011

Dugaan

Assalammualaikum,


Mel stresss sangat ni. 

Apa lagi, dugaan kat tempat kerja la. Susah nak cakap. Biarlah, sabar menjadi teman Mel sekarang. Andai Mel jadi boss satu hari nanti, minta-minta jauhhh la jadi boss yang tak nak dengar lansung masalah anak buah, menekan dan tengking-tengking anak buah. AMIN.

Sebab Mel baru balik travelling lagi dan lagi, banyak la kerja nak kena buat ni. Dah terabai pulak blog ni kan. Mel pun tak dapat fokus TTC bulan ni sebab sibuk sana sini. Tapi, mudahan la lekat juga. Hahaha. Ada hati masih mengharap tu. Tak salah kan? ;)

Malas la Mel nak stress sangat. Dugaan dunia je semua ni. Tak payah layan sangat. Yang penting hidup mesti happy. Nak memberontak pun tiada gunanya. Huuu~


MamaAqeel tengah sabar!

Friday, September 23, 2011

Apa Boleh Buat

Assalammualaikum..


Mel sekarang masih di PD ni. Esok baru tamat kursus.

yang sedihnya..Mel dalam minggu subur tapi jauh dari hubby. Ingatkan mana la tau ovulation lambat..masih sempat nak ttc. Tapi semalam baru tau yg next week travelling lagi sebab ada meeting. There goes my cycle for this month!

Tak apa la..my work is what I choose to be. Need to be patient!

Tawakal saja la.


Mama Aqeel penat.

Tuesday, September 20, 2011

Travelling Yo!

Assalammualaikum..


Sorry ya Mel lama dah tak update blog. Mel sekarang kat KL, semalam meeting n esok dah nak gi kursus kat PD. Nanti ada kesempatan Mel update.

Lagipun..tak banyak benda jadi lately. Cuma tengah tunggu ovulation cycle seterusnya.


MamaAqeel tengah lepak dengan BFF!

Tuesday, September 13, 2011

Betulkan Balik Ticker TTC

Assalammualaikum,


Kena tukar ticker kat atas blog ni. Dah tak boleh guna 30 days of cycle, kena ubah 34~ Masih berusaha dan tawakal!

Lilypie Trying to Conceive 21 to 37 day cycle tickers

Baru day 4. Ada 30 days lagi.

Sunday, September 11, 2011

Akhirnya Terjawab

Assalammualaikum,


Alhamdullilah, syukur. Penantian Mel sudah terjawab. Miss Menses atau Makcik P dah hadir tiba. Lega sangat-sangat! Ada ka patut lega Miss Menses datang padahal sedang TTC? Mel tak boleh tahan pressure missed period lama-lama tapi UPT negative! Hahaha.

Pelik la cycle dah jadi 34-35 hari. Padan muka Mel, siapa suruh risau dan dok teringat je pasal TTC. Lepas ni, nak buat selamba saja la. (Boleh ke? Hehehe)

Tapi Mel jadi happy lak bila kena lagi ni, bukan apa, kalau Makcik P tu nak datang waktu Mel tak bersedia, mesti Mel sedih lebih-lebih kot. Huhuhu.

Apa-apa pun, Mel kira-kira waktu subur bulan September ni ada semasa Mel berada di KL dan Port Dickson untuk mesyuarat dan kursus untuk seminggu. Huuu~ Sabar saja la. Kalau ada rezeki tu, tetap ada kan?


MamaAqeel malas nak fikir dah ;)

Saturday, September 10, 2011

Socially Awkward


Assalammualaikum,


I am now socially awkward. Thanks to the judgemental stares, unwanted heart-aching questions and sympathy remarks.



Akibatnya, Mel tak pergi ikut Hubby pergi open-house kawan dia hari ini. Penat la nak menjawab soalan-soalan yang tak diingini. Ada kadang tu kan, kita dah bagitau, explain dan harap orang yang tanya tu faham, tapi orang tu masih nak renung muka kita. What do you want? Nak kita ternangis baru nak berhenti tanya ke?? Eyy, kenapa ek ada sesetengah orang tu memang sengaja je nak tanya-tanya.

Ada beza tau kalau orang tu jujur tanya atau sengaja tanya lagi dan lagi untuk menambah garam di luka yang sedia ada.


MamaAqeel start nak emo lagi ;P

Friday, September 9, 2011

Mysterious Missed Period

Assalammualaikum,


Missed period for FOUR DAYS already.

Since before I am married, my period cycle is always regular. Before it was every 28-29 days. After my pregnancy with baby angel Aqeel and the miscarriage, it has become every 30-31 days.

Well, when we are TTC-ing, we are very particular with every details regarding of our body. When is the time we ovulate? Examining our cervival mucus and everything. And after 2 weeks after 'expected' ovulation (which I only guessed), high hopes for missed period.

OK, now I have missed my period for four days already, but how come there is NO POSITIVE UPTs? Arghh, I'm stressed out! This is too mysterious and odd for me. When I was pregnant will my son Aqeel and my second pregnancy, I can detect pregnancy using UPT only after 1 days of missed period. This is all too strange for me.

To ease my doubts, I googled up all the possible reasons for this.

1) Maybe I am too stressed out, I think too much of TTC and this stressed me. (Yes, this is possible)

2) I am gaining too much weight. Obesity and underweight can cause missed period. (Hahaha, also a possibility since I ate a lot over the festive Raya celebration ;P)

3) I am not ovulating, thus no luteal phase resulting no period. (Hmmm, I don't think so. I thought I saw that egg-white stretchy discharge as a sign of ovulation at the pass two weeks!)

4) Miscalculating LMP? (Heck NO! I am TTC-ing, ofcourse I remember the last time I had my bestfriend Miss Menses visits.)

5) Change is schedule, change in medication? (Noooo, not that any that I am aware of!)

6) Menopause. (Hahahaha! Most unlikely, I am only 27! (T_T)

7) PREGNANCY. Okay, I also read that it is possible that I ovulate really late, let say 10 days before my missed period and the implantation take about 12-14 days to complete. So, I still have the possibility that I am pregnant and will get a positive outcome somewhere next week. *Wishful thinking*

Huwaaaa..I'm thinking too much and stressing a lot too! I must cool down. I am ready for anything too happen.

Must be patient..

Must be patient..


The UPTs sacrificed this month! Hahahaha!


MamaAqeel, sabar lah oi!

Wednesday, September 7, 2011

Please Try Again.....Or Not?

Assalammualaikum,


Waaaaaa..TTC memang mencabar, especially bila dah dekat-dekat habis cycle atau waktu Miss Menses nak datang. Cuba tengok dekat ticker TTC Mel kat atas tu. Dah sepatutnya Day 2 of 30 day cycle kan? Tapi pada Isnin lepas iaitu sepatutnya day 30 of 30, Mel dah awal-awal cuba UPT. UPT yang terakhir pula tu.

Dan ia masih menunjukkan tanda tolak. Please try again. Huwuwuhuuuuuu~


Tapiiii, sekarang Miss Menses masih belum kunjung tiba. Kalau Mel pergi toilet je, mesti berdebar-debar tengok ada ke tidak. Dah kira missed period atau tidak ek?

Isk..isk Mel ni tak penyabar sungguh. Nak test lagi UPT tapi bekalan UPT dah habis. Malas nak beli, takut membazir lagi. Kot-kot cycle kali ni dalam 32 hari ke, 33 ke.

Apa kata kita tungguuuuu je dulu. Sabar itu separuh dari iman. Hehehehe


MamaAqeel yang macam cacing kepanasan ;)

Monday, September 5, 2011

Saham Akhirat

Assalammualaikum,


Mel masih cuti hari ni. Tapi hari ini sibuk temankan sahabat karib Hubby, suami isteri jalan-jalan carik barang rumah baru mereka. Syiok! Geram nak ada rumah sendiri juga. Hehehe.

Harini Mel nak cerita tentang....SAHAM AKHIRAT.

Pada Hari Raya Pertama haritu, kami berkunjung ke rumah sepupu arwah Ayah. Anak dia ramai, seronok Mel tengok.

Mami Mel pun tanya, "Anak berapa orang?"

Pakcik tu jawab, "Tujuh orang, tapi seorang saham akhirat kami"

Tersenyum Mel dengar jawapan dia. Indahnya jawapan itu, rasa untung pula ada saham akhirat. Sejak daripada itu, kalau orang tanya mengenai anak, Mel mesti jawab macam tu. Habis cerita.

Sepanjang Hari Raya, Mel jawab macam tu untuk sesiapa yang tanya mengenai anak, Mel OK je perasaan. Alah bisa tegal biasa la kot.

Tapi, hari ini tadi ada seorang kawan Hubby terserempak dengan kami kat kedai makan. Dia mesti tahu yang Mel pregnant awal tahun tu dan tanya 'the standard questions'. Tapi Mel tak bagitahu la yang baby Aqeel dah tiada bersama kami.

Tup..tup sebelum nak balik, dia bagi sampul duit raya kepada Mel, pesan suruh bagi kat baby. Terkebil-kebil mata kami berdua, at last Mel yang jawab.

"Tak apa, simpan je duit raya ni. Anak kami dah jadi saham akhirat kami", dengan suara yang dah bergegar sambil menahan emosi.

Hehehe. Tak apa la. Kakak tu tak tahu pun. Mulai sekarang dan sampai bila-bila Mel nak jawab macam tu, sebab Abang Aqeel tetap anak sulung Mama!


MamaAqeel dan PapaAqeel sangat sayangkan saham akhirat kami!

Sunday, September 4, 2011

Sabar Mel!

Assalammualaikum,

Kena sabar sampai hari Rabu! Sabar ye..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...