Home

My Special Tickers

Daisypath Anniversary tickers Lilypie Angel and Memorial tickers Lilypie Second Birthday tickers Lilypie Maternity tickers

Wednesday, August 24, 2011

Ibu Tidur Mengiring Ke Kanan Boleh Menyebabkan Kematian Bayi Dalam Kandungan

Assalammualaikum,


Salah satu tujuan asal Mel buat blog ini adalah untuk kongsi apa-apa info mengenai stillbirth. Boleh klik di sini untuk membaca post pertama Mel.

Baru-baru ni Mel telah membaca satu artikel yang sangat berguna untuk wanita mengandung. Disebabkan artikel itu dalam Bahasa Indonesia, Mel cuba alih bahasa ke Bahasa Melayu k.

Ibu Tidur Mengiring Ke Kanan Boleh Menyebabkan Kematian Bayi Dalam Kandungan

Dalam tiga bulan terakhir, risiko bayi meninggal saat dilahirkan telah meningkat dua kali ganda. Apakah penyebabnya? Ternyata kerana ibu hamil lebih memilih tidur mengiring ke kanan daripada ke kiri.

Walaupun risiko tersebut adalah kecil, tetapi sebuah penelitian yang dlakukan University of Auckland, New Zealand terhadap 450 ibu hamil - termasuk di antaranya 155 ibu hamil dengan bayi yang meninggal dalam kandungan menemui risiko ibu hamil tidur ke kiri hanya 1.96 per 1000 kelahiran.

Elakkan tidur mengiring ke kanan!

Risiko tersebut telah meningkat hingga 3.93 per 1000 kelahiran bagi ibu hamil yang tidur dalam posisi lain, yang umumnya lebih tinggi berbanding yang terbiasa tidur telentang.

Fakta lain yang ditemui, ibu hamil yang ke tandas sebelum tidur berisiko bayi meninggal lebih tinggi dari ibu hamil yang bangun di malam hari dan ke tandas berkali-kali. Selain itu, ibu hamil yang kerap tidur sian diyakini juga bayinya berisiko mengalami kematian saat dilahirkan. Demikian dipetik Dailymail, Rabu (15/6/2011)

Penemuan ini juga bergantung dengan usia, kebiasaan merokok dan Body Mass Index (BMI) serta keadaan sosial ibu hamil. Penelitian tambahan, kemungkinan besar kematian disebabkan aliran darah bayi dalam kandungan menjadi terbatas. Ini kerana, jika ibu hamil tidur ke kanan, aliran darah bayi dalam kandungan mengarah ke jantung yang menggangu aliran darah ke kandungan.

Janet Scott, perwakilan dari Stillbirth and Neonatal Death Society menyarankan supaya ibu hamil tidur ke kiri bagi meningkatkan aliran darah bayi yang dikandung.




Komen Mel:

Tak tahu la masa Mel mengandung dulu, ada tak terbiasa buat perkara di atas. Apa-apa pun semua yang terjadi adalah ketentuan Illahi. Tapi, lebih baik cuba mengelakkan perkara ini terjadi lagi untuk kandungan seterusnya kan.

Kawan-kawan, tolong sebarkan dan ingatkan mana-mana kenalan yang mengandung. Stillbirth is the destroyer of dreams! Tak sanggup dengar mana-mana Mama lain mengalami perkara sebegini juga ;((

7 comments:

  1. Mel, mek salu tido singit masa pregnen. sik kira la ke kanan ka kerek. walaupun perut dah besar n susah nak singit, mek tetap berusaha nak singit juak. pg ke tandas sblm tido pun salu, bgn mlm utk ke tandas pun salu.. Tapi bena la, apa yang terjadi adalah Qada' dan Qadar dr ALLAH SWT.

    ReplyDelete
  2. Yalah Za,

    Semuanya udah ditulis untuk kamek, hidup tanpa anak pertama. Tapi sik apa, mungkin tok ada the best for me and husband..who knows?

    Lagipun, orang buang anak OK jak beranak sik dijaga kandungan and pergi hospital nak. Tapi yalah, sebaik-baiknya cuba jak elakkan untuk berlaku lagi.

    ReplyDelete
  3. good sharing mel.
    kadang info begini lagi membantu tuk kita lebih aware for necxt pregnancy.kita cuba terbaik,selebihnya hak allah...

    tapi kekadang seram plak baca.terbayang2 adakah sebab anak aku meninggal kerana faktor2 yang kita tak aware ni.mula menghantui diri.

    papepun,semuanya tetap berbalik pada ketentuan allah kan..betul cakap mel,orang ngandung luar nikah tu,duk makan segala bagai benda tajam,usaha pelbagai cara nak gugurkan,selamat gak bayi die bernafas sebelum dibuang hidup.

    ada tu,terbelit2 tali pusat berkali2 pun,ada je rezki hidupnya.mudahan pasni,kita semua diberikan rezki yang baik dan hidupnya.

    kita usaha kan yang terbaik,and hope for the best kan,mel...

    ReplyDelete
  4. oh.i did'nt know abour this!thanks for the info!:)

    ReplyDelete
  5. Info y baik cuma..agak bertentangan dgn sunnah Rasulullah -tdo mengiring ke kanan...Allahualam..

    ReplyDelete
  6. Info y baik cuma..agak bertentangan dgn sunnah Rasulullah -tdo mengiring ke kanan...Allahualam..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...