Home

My Special Tickers

Daisypath Anniversary tickers Lilypie Angel and Memorial tickers Lilypie Second Birthday tickers Lilypie Maternity tickers

Wednesday, August 31, 2011

Overcome Fear of Babies?

Assalammualaikum,


Fear of babies?

Sebenarnya kan, Mel memang tak pernah cuba nak dekatkan diri dengan mana-mana baby atau dukung baby ke. Yang pertama dan terakhir sebelum ini semasa Mel dokong baby Fariz waktu berjalan-jalan kat Penang haritu. -Klik di sini untuk post tersebut-

Selepas dukung baby Fariz yang hanya sebulan lebih tua daripada baby angel Aqeel, Mel menjadi emosional untuk beberapa minggu. Sebab Mel terbayang-bayang kalau Aqeel masih ada, dia dah sepatutnya sebesar tu.

Hmm, Mel tak patut fikir macam itu kan, tapi daripada Mel sakitkan hati dan jiwa sendiri, baik elakkan untuk dukung baby lagi.

Sehinggalah semalam, Hari Raya pertama. Mel memang tergerak nak dukung baby Acha, anak kepada sepupu Mel, Lan dan isterinya Liza. Mula-mula agak ragu-ragu juga, tapi akhirnya Mel membuat keputusan yang Mel sudah bersedia untuk dukung baby. I must overcome this. I really want to be happy when seeing other people's baby!

Comelkan baby Acha. Dia tak nangis pun bila Mel dukung lama-lama. Hehehe

InsyaAllah, Mel dan suami akan dikurniakan lagi cahaya mata lagi ketika tiba masanya nanti. Anyway, it's only 5 days until testing (my next period cycle!) Positive ke negative? Doakan kami k?


MamaAqeel beraya sakan!

Monday, August 29, 2011

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1432H

Assalammualaikum,


Mama dan Papa Aqeel ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri 1432H. Kami ingin memohon ampun dan maaf kepada semua sekiranya pernah terkasar bahasa, terguris perasaan atau membuat apa-apa jenis kesalahan tidak kira kecil atau besar. Moga silaturrahim di antara kita semua berkekalan sehingga bila-bila.

Bagi kawan-kawan blogger Mel terutamanya Mama of Angels, terima kasih banyak kerana selama ini telah memberi kekuatan, sokongan dan nasihat kepada Mel sewaktu suka dan duka, walaupun kita tak pernah berjumpa tapi keutuhan persahabatan itu amat dirasai.

Bagi kenalan-kenalan yang mengenali Mel secara dekat atau jauh, mohon maaf sekiranya terdapat apa-apa kesalahan sepanjang kita berkenalan.

Haa..bagi sidak yang di Kuching, Sarawak..Kamek orang sefamily (Mel & Deha) menjemput kitak orang semua untuk datang ke Rumah Terbuka pada Hari Raya Ke-Empat k. Datang jangan sik datang!

Dan terakhir sekali bagi anak Mama dan Papa di mana pun berada, Abang Aqeel ku sayang, jangan risau, Hari Raya kali ni walaupun tiada Aqeel di sisi tapi Mama dan Papa akan mengharungi semuanya dengan tenang. Aqeel sentiasa di ingatan kami berdua. Esok pagi-pagi Mama, Papa, Nenek dan pakcik-pakcik dan Maksu Anum akan ziarah 'banglo' Aqeel. Sik sabar eh!

Enjoy your Raya everyone! Jangan lupa menunaikan Puasa Enam ;)


MamaAqeel mixed emotion ;)

Friday, August 26, 2011

10 Days Until Testing

Assalammualaikum,


Sekarang pukul 3.03 pagi. Mel tak dapat tidur. Sejak daripada malam tadi badan Mel rasa sengal-sengal sangat dan tekak macam sakit. Kepala pun rasa berat. Tapi tak dapat nak tidur! Huwaaa. Kemungkinan berjangkit dengan Hubby la tu, dia kan batuk lama. Tapi alhamdullilah, batuk Hubby dah baik.

Mel takut nak makan ubat batuk or ubat demam, sebab Mel kan tengah TTC. Mana la tau, sekarang ni tengah proses fertilization atau implantation kat dalam rahim tu. AMIN. Hahaha, again, cakap tak berharap kan, tapi berharap :P

Tapi apa-apa pun, Mel kena sabar tunggu 10 hari lagi sehingga missed period. Mencabar sungguh nak menunggu masa berlalu.

Raya dah dekat, tapi waktu nak dekat ni juga la badan tak sihat. Nanti raya, nak elakkan minum air gas dan makanan-makanan tak sihat la. Kat Sarawak ni kami hidang air gas/air tin untuk tetamu, pergi beraya 10 rumah kot kot 10 jenis air gas dihidang. Mau mabuk air gas kalau minum semua. Hahahaha!

Oklah, Mel cuba nak tidur dulu. Esok masih kerja lagi. Wuhuu~



MamaAqeel pening kepala sangat! :((

Thursday, August 25, 2011

Resepi Chocolate Chips Peanutbutter Cookies

Assalammualaikum,


Mel nak tunaikan permintaan kawan Mel untuk kongsi resepi Chocolate Chips Peanutbutter Cookies.

Ada 2 jenis resepi tau, satu resepi asal (yang agak manis/too sweet for my liking), satu resepi yang dikurangkan manisnya k.

Pecah pula pixels gambar ni. Burukkan tulisan Mel.

Resepi Asal.

1/2 cup butter
3/4 cup white sugar
3/4 cup brown sugar
3/4 cup peanut butter
1 egg
1 teaspoon of essence vanilla
1 teaspoon of salt
3/4 cup of flour
1 tablespoon of baking soda (serbuk penaik)
1 cup of oats
1 cup of chocolate chips

Resepi Kurang Manis (Tapi masih manis la juga)

1/2 cup butter
1/2 cup white sugar
1/2 cup brown sugar
1/4 cup peanut butter (Mel tak suka banyak sangat peanutbutter)
1 egg
1 teaspoon of essence vanilla
1 teaspoon of salt
3/4 cup of flour
1 tablespoon of baking soda (serbuk penaik)
1 cup of oats
1 cup of chocolate chips (or 1/2 cup pun OK, ikut suka la)

Note: Mel tak pakai cup standard untuk baking tu tau. Mel pakai gelas! Hahaha. Asalkan portion dia proportionate atau seimbang, OK la kan ;P

Cara-cara penyediaan:

1) Masukkan butter, white sugar, brown sugar, peanutbutter, lepas tu mix together.

2) Masukkan telur, vanilla essence, salt, baking powder dan mix together.

3) Dah agak-agak kembang tu, masukkan tepung (flour) ye. Mix together

4) Dah sebati tu, masukkan oats dan chop chips. Gaulkan.

5) Uli aduan bentuk bulat dan sederhana nipis. Uli kecil-kecil macam dalam gambar resepi tu k.

6) Bakar untuk first batch, hmm dalam 25 mins, selepas tu dalam 15 mins. Tapi kan, ikut kesesuaian oven masing-masing. Mel punya oven susah nak predict temperature dia. Hanya pastikan bawah cookies tu keperangan.

Note: The dough will not be firm, it will be a bit soft and oily. Jangan risau, just uli dan buat bentuk bulat. Buat sederhana nipis and bulat kecil-kecil macam dalam gambar resepi tu. Sebab, adunan kan dah letak baking powder, saiz cookies akan membesar sikit dari saiz asal adunan yang diuli.

Satu lagi, bila kita keluarkan cookies tu dari oven, kalau kita cucuk cookies tu, masih lembut tau. Jangan risau, biarkan sejuk. Dia keras sendiri.

Hasilnya:

Okayla kan saiz ni? Comel-comel jugakla..


Mel buat sekali ganda adunan di resepi tu. Maknanya, 2 portions la. Dapat banyak ni. Saiz ada besar, ada kecik. Sebab mula-mula Mel buat, terbuat besar sikit. Resepi di atas pun Mel tulis selepas trial and error daripada tahun lepas dan tahun ni ;)

Rasa cookies ni, hmm, kalau selera Mel memang sedapla. Anum cakap sangat sedap. Cubala dulu, dan boleh bagi maklumbalas dekat Mel kalau ada nak buat penambahbaikan. Hehehe.

SELAMAT MENCUBA!


MamaAqeel nak baking lagi weekend ni!

Wednesday, August 24, 2011

Ibu Tidur Mengiring Ke Kanan Boleh Menyebabkan Kematian Bayi Dalam Kandungan

Assalammualaikum,


Salah satu tujuan asal Mel buat blog ini adalah untuk kongsi apa-apa info mengenai stillbirth. Boleh klik di sini untuk membaca post pertama Mel.

Baru-baru ni Mel telah membaca satu artikel yang sangat berguna untuk wanita mengandung. Disebabkan artikel itu dalam Bahasa Indonesia, Mel cuba alih bahasa ke Bahasa Melayu k.

Ibu Tidur Mengiring Ke Kanan Boleh Menyebabkan Kematian Bayi Dalam Kandungan

Dalam tiga bulan terakhir, risiko bayi meninggal saat dilahirkan telah meningkat dua kali ganda. Apakah penyebabnya? Ternyata kerana ibu hamil lebih memilih tidur mengiring ke kanan daripada ke kiri.

Walaupun risiko tersebut adalah kecil, tetapi sebuah penelitian yang dlakukan University of Auckland, New Zealand terhadap 450 ibu hamil - termasuk di antaranya 155 ibu hamil dengan bayi yang meninggal dalam kandungan menemui risiko ibu hamil tidur ke kiri hanya 1.96 per 1000 kelahiran.

Elakkan tidur mengiring ke kanan!

Risiko tersebut telah meningkat hingga 3.93 per 1000 kelahiran bagi ibu hamil yang tidur dalam posisi lain, yang umumnya lebih tinggi berbanding yang terbiasa tidur telentang.

Fakta lain yang ditemui, ibu hamil yang ke tandas sebelum tidur berisiko bayi meninggal lebih tinggi dari ibu hamil yang bangun di malam hari dan ke tandas berkali-kali. Selain itu, ibu hamil yang kerap tidur sian diyakini juga bayinya berisiko mengalami kematian saat dilahirkan. Demikian dipetik Dailymail, Rabu (15/6/2011)

Penemuan ini juga bergantung dengan usia, kebiasaan merokok dan Body Mass Index (BMI) serta keadaan sosial ibu hamil. Penelitian tambahan, kemungkinan besar kematian disebabkan aliran darah bayi dalam kandungan menjadi terbatas. Ini kerana, jika ibu hamil tidur ke kanan, aliran darah bayi dalam kandungan mengarah ke jantung yang menggangu aliran darah ke kandungan.

Janet Scott, perwakilan dari Stillbirth and Neonatal Death Society menyarankan supaya ibu hamil tidur ke kiri bagi meningkatkan aliran darah bayi yang dikandung.




Komen Mel:

Tak tahu la masa Mel mengandung dulu, ada tak terbiasa buat perkara di atas. Apa-apa pun semua yang terjadi adalah ketentuan Illahi. Tapi, lebih baik cuba mengelakkan perkara ini terjadi lagi untuk kandungan seterusnya kan.

Kawan-kawan, tolong sebarkan dan ingatkan mana-mana kenalan yang mengandung. Stillbirth is the destroyer of dreams! Tak sanggup dengar mana-mana Mama lain mengalami perkara sebegini juga ;((

Tuesday, August 23, 2011

Tolong!! Perlu Petua Hilangkan Batuk

Assalammualaikum,


Siapa tahu petua hilangkan batuk?

My Hubby batuk tak hilang-hilang lagi sejak Ramadhan pertama lagi. Sampai hari ini tak baik-baik lagi. Huwaaaa. Sian kat Abang sayang :(

Mel dah cuba bagi makan madu..
Cuma resepi cola panas + halia
Pantang Hubby makan/minum benda sejuk

Malam-malam urut kepada dan badan Hubby sebab badan dia sakit sebab batuk berpanjangan..
Hubby cakap Allah belum mengizinkan dia sembuh sedangkan masuk 3 Doktor kami jumpa.

Kalau ada petua, tolong share k?


MamaAqeel risau ;(

Monday, August 22, 2011

Fresh Start

Assalammualaikum,


Fresh start? Fresh start for my blog. Suka-suki nak tukar appearance.

Instead of writing about my baby angel Aqeel sahaja, Mel nak start tulis mengenai perjalanan untuk menjadi seorang Mama lagi. Dalam erti kata lain, my journey to Trying To Conceive (TTC).

Mel akan gelar usaha untuk mengandung seterusnya sebagai conceiving Rainbow Baby. Apakah Rainbow Baby? Baby seterusnya selepas stillbirth. Baby yang sihat, comel dan hidup insyaAllah. Sebab itu Mel pilih abstract rainbow sebagai background blog Mel.

Wish me all the luck in the world k.

"Sometimes, if you want to see the rainbow, you need to put up with the rain"

MamaAqeel tidak akan putus asa! Hoyeah!

It's Been

6 months and 6 days.

How fast time flies but I still feel it was only yesterday.
.
.
.
.
.
.
.
Mama always misses you Aqeel

Sunday, August 21, 2011

Mengharap atau Tidak?

Assalammualaikum,


Mel sebenarnya terganggu dengan pemikiran Mel sendiri 2-3 hari ni.

As you all know, I'm already Trying To Conceive (TTC) starting last month. And I was not really hoping (well as least that what I'm telling myself) to hit it on the first try. However, I was really devastated when my menses came. And a few days after, I was very sad and emotional.

So, the issue is..

Deep down inside, I was hoping to conceive quickly..I guess. I am longing for a baby to fill my empty arms. Yes, I know that all these can only happen if Allah permitted. But, if you know me well enough, and as what my Hubby always commented and advised; I am a very impatience person.

Thus, this is another flaw of myself that I need to ponder on. I need to change this bad attitude.

SABAR ITU KAN SEPARUH DARI IMAN..

SYUKUR ITU LEBIH BAIK, BERSYUKUR DENGAN SEGALA NIKMAT YANG ADA..

I will try myself to change this weakness of mine. I need to try hard. Everything is already written for each of us according to Qada's and Qadar. I have been chosen to live my life without my first child.

Note to self: No matter hard I try, if it's not God's willing, it will not be.
MamaAqeel kena sabar banyak-banyak!

Friday, August 19, 2011

Berita Gembira

Assalammualaikum,


Mel dapat berita gembira hari ini. Kawan Mel @ staff Mel di Ipoh dulu telah selamat bersalin baby boy yang sangattt comel! Dia sebelum ni pun alami stillbirth untuk anak sulung ketika 8 bulan. Mel banyak tanya pengalaman dengan dia dan minta nasihat kat dia. Terutamanya sebab dia mengandung balik hanya selepas 5 bulan selepas bersalin.

Gembira nya! Serius Mel sangat happy sebab she's my success story. That we can have healthy, cute babies after a stillbirth.

Alhamdullilah~

Thursday, August 18, 2011

Harga Emas Mendadak Naik



Assalammualaikum,


Huwaaa, Mel nak nangis tengok harga emas. Melonjak naik!

Just imagine, dulu masa Mel nikah, mas kahwin Mel satu dinar emas yang bernilai RM520 (bulan Mac 2010). Harga sekarang, 18/8/2011 satu dinar emas RM792!



Mel belum sempat kumpul banyak emas, dulu tahun 2007 rumah kami pernah kena rompak dan semua emas Mami hilang. Termasuk la gelang dan cincin yang Mami pernah belikan untuk Mel.

Cuma Hubby yang suka kumpul emas daripada mula kami kahwin dulu. Tapi tak berapa banyak la. Hoh! Macam mana ni, baru nak mula mengumpul emas tapi harga mahai sangat lerr! Dunia je semua ni kan. (Sedapkan hati! Hehehe)


MamaAqeel goes bling bling!

Tuesday, August 16, 2011

6 Bulan Sudah Berlalu (Surat kepada Aqeel)

Assalammualaikum Aqeel,


Dah enam bulan Aqeel sik ada dengan Mama. Rasa macam marek jak semua kenangan yang berlaku. Udahla Mama kerja sebelah Hospital jak, setiap hari teringat macam ne Papa drive laju gilak sambil pasang emergency light. Papa mok cepat-cepat pergi ke Hospital sebab Nurse madah sik dapat jumpa heartbeat Aqeel. Mama dah nangis sik ingat dunia masa ya.

Malas la Mama nak kenang balit kejadian masa ya Aqeel. Suruh Mama sedih jak oo. Bagus Mama kenang perkara yang best-best ajak. Macam masa Mama tauk yang baby Mama tok orang bujang. Nang nampak jak bebird Aqeel. Hehehe. Papa la orang paling happy, sebab nya nang harap baby boy!

Mama dan Papa dah beli semuanya untuk Aqeel. Tinggal stroller jak sik sempat beli. Tapi sik apa la oo, ya semua kelak untuk adik-adik Aqeel jak, insyaAllah. Doa jak agar Mama dapat pregnant lagik k sayang. Ney tauk kelak mun ada dedek Aqeel kelak, rezeki diam rumah baru kita kelak.

Aqeel mok tauk sik, ada Aunty sama kerja dengan Mama cerita tadik, baby adik angkat nya menghadap Illahi marek. Sian nya sakit, akhirnya dijemput Allah. Nya diam sama dengan Aqeel la. Mesti banglo nya sik jauh dengan banglo Aqeel. Kelak Mama ngabas banglo kawan Aqeel ya bila Mama ngabas Aqeel kelak k. Sedih Mama dengar cerita nya pagi tadik. Bertambah agik kawan Aqeel di sinun. Semua dah suratan Illahi.

Sik lamak gik nak Raya dah Aqeel. Raya Mama tahun tok macam sik meriah jak. Biskut atau kek pun lom polah gik. Dahla butter Golden Churn ya ada DNA babi indah. Susah Mama nak molah kek. Beli ajak la tahun tok. Dahla Aqeel sik ada dengan Mama and Papa, lagikla sik best Raya. Tapi sik apa, Aqeel nak ka bahagia di sinun. Mama sik perlu risau nak? Untung anak Mama dan Papa tok, sik susah-susah dapat jadi ahli syurga. Aqeel tunggu Mama and Papa k? Mama janji untuk jadi orang yang baik, cuba sedaya upaya untuk taat dengan Allah, taat dengan Papa dan jauhi larangan nya. Sebab at the end of time, Mama nak jumpa Aqeel! Mun Mama jadi orang jahat, ney dapat Mama jumpa Aqeel nak?

Mama dan Papa akan belajar hidup dengan kenangan Aqeel, mesti belajar bersyukur sebab syukur lebih besar daripada sabar. Papa selalu marah Mama sebab Mama selalu nangis, congek mun mengenang Aqeel. Bukan nya Mama tok sik redha, cuma Mama rindu dengan Aqeel bah. Bukan selalu pun Aqeel, sekali sekala ajak. Aqeel jangan sedih k mun tengok Mama sedih.

Okayla Aqeel, dah berlinang-linang aik mata Mama tok. Mama nak solat lok. Kelak habis waktu break Mama kelak. Mama sayangggggggg dan rinduuuu gilak dekat Aqeel. Love you my son. May we meet again at the end.


P.s- Kawan-kawan Mama terpaksa excuse Mama guna bahasa Sarawak. Hehehehe


Monday, August 15, 2011

Passport Oh Passport

Assalammualaikum,


Mel cuti hari ni. Mula-mula ingatkan tak nak cuti sebab nak uruskan passport. Tapi bila dah ambil masa setengah hari, ambil cuti je lah. Tak adil nanti, hanya kerja sekejap je. Apa kata bos especially staff-staff kan? Hehehe

Sebenarnya, passport asal Mel lama dah hilang. Hilang masa study dulu. Ntah la hilang kat mana. Kalau tahu kat mana hilang, mesti la tahu nak jumpa kat mana kan? ;P

Hujung bulan 10 nanti, Mel dan Hubby nak sambut birthday Hubby kat luar negara, kat Singapura je. Hehehe. Tak dapat pergi jauh dulu. Tunggu rezeki seterusnya. Sebab tu la Mel nak buat passport ganti.

Haritu, masa Majlis Bertunang kawan Mel, kawan Mel mention yang kalau passport hilang, kena buat laporan polis baru boleh buat passport. Kena buat awal katanya sebab selepas sebulan baru boleh buat passport baru. Mel dah gelabah sebab takut tak sempat nak gi buat.

Mel pun pergila buat report polis. Dalam report mention yang dari tahun 2006 dah hilang. Dalam kepala dah takut sebab mesti kena marah Jabatan Imigresen ni sebab lama dah hilang tapi tak report-report. Nervous!

Mel dah buat research. Kalau hilang passport, kena report kat Cawangan Khas Polis, sebab dia ada soal siasat kita. Takut kot-kot kita jual passport kat pasaran gelap. Hahaha. Takda la nak buat kerja camtu. Pastu, kena angkat sumpah kat Pesuruhjaya Sumpah la. Dan juga, kena denda oleh Jabatan Imigresen.

Tapi, nasib baik Hubby suruh pergi terus je kat Jabatan Imigresen, tanya betul-betul. Tak payah nak pergi Cawangan Khas Polis. Baik bos!

Kemudian kami pun ke Jabatan Imigresen kat Simpang Tiga. Cik Imigresen pun tanya, pernah ada passport tak? Ada, tapi lama dah hilang. Masa hilang tu, dah expired ke? Expired dah lama dah. Isi borang ni, lepas tu bagi salinan sijil lahir dan salinan IC. Okayy.

Rupa-rupanya kalau lama dah hilang dan dah expired, tak leceh prosedur nya! Yay! Macam buat passport baru atau renewal sahaja. Alhamdullilah. Tak payah nak hadap polis ke, kena soal siasat. Jabatan Imigresen tak marah pun. Nasib baik! Selepas sejam, Mel dan Hubby pun dapat passport baru. Passport Hubby kena renew juga.

Moral of the story, tanya dulu dan buat dulu, jangan nak takut tak tentu pasal sebab dengar cakap orang atau maklumat dalam Internet ni. Hihihi


Eyyyy, tembam giles muka Mel kat sini kan? Huhuhu


MamaAqeel yang takut tak tentu pasal!

Thursday, August 11, 2011

Deactivate Account Facebook

Assalammualaikum,


I've made a decision to deactivate my Facebook account. Nak tenangkan diri. Nak jaga perasaan diri sendiri. Biarlah dunia dengan update masing-masing. Let me be.

Tak tau la kenapa Mel sekarang ni moody je, cry baby semacam. Padahal dah nak habis je menses, kenapa emosi sangat ni. Tapi tak tahu la bila Mel akan activate balik account FB tu. Kalau dah emosi OK, nanti boleh activate balik.

Mel tak nak sedih-sedih dah. Tak nak kawan-kawan dan terutamanya baby angel Aqeel sedih kalau tengok Mel sedih. Jom kita happy kan diri ye.

Avoid any triggers that can make me sad. Chaiyok-chaiyok!


MamaAqeel is such a crybaby :P

Wednesday, August 10, 2011

Bengkak Mata

Assalammualaikum,


Mel sekarang sedih sangat!

Kenapa la Mel gatal-gatal nak browse FB kawan-kawan yang baru bersalin, dapat baby baru dan baby yang sama umur dengan baby angel Aqeel. Kenapaaaa?? Kan dah tak boleh tidur sebab mata bengkak dan hidung tersumbat. Sebab Mel jadi sangat rindu kan arwah baby dan tak dapat berhenti banjir mengenangkan baby angel Aqeel.

Esok mesti masuk kerja mata bengkak ni, benci!

Jadi mana-mana yang hati dan perasaan yang tak berapa kuat, macam Mel ni, jangan nak tengok sangat baby orang lain tu. Nasib kita lain-lain. Nanti jadi sedih. Baik dielakkan, yang penting jaga hati sendiri ya!


MamaAqeel yang moody!

Saturday, August 6, 2011

Addicted To Urine Pregnancy Test (UPT)

Assalammualaikum..

Mel sekarang ni kat KL lagi. Ikut Hubby pergi expo printing kat PWTC. Expo ni acara wajib dia pegi tiap- tiap tahun. Saja nak jalan-jalan ikut. Tapiii penat sangat berjalan bulan puasa ni! Sakit kaki.

Mel nak cerita ni. Mel dah jadi addicted dengan UPT. Dah beberapa bulan ni termasuk yang miscarriage hari tu. Macam ni, Mel selalu tak sabar nak test UPT. Rasanya Mel dah dapat kira yang my cycle is every 31 days. Kalau ikutkan, patutnya hari Isnin nanti la datang period. Tapi Mel gatallll sangat pi beli UPT semalam dan cuba hari ni. Padahal ada 2 hari lagi.

Dan ia menunjukkan tanda tolak :(

And Mel guna brand Clear Blue. Hubby dah bebel suruh tunggu dulu and sabar..tapi Mel tak boleh. Nak jugak cuba UPT tu. Agaknya betul dah addicted agaknya!

Sabar Mel sabar. Lain kali tunggu betul-betul missed period baru tak membazir UPT tu.


MamaAqeel janganla berharap sangat pleaseeee!

Thursday, August 4, 2011

Dah ada dah?

Assalammualaikum,


Selamat menyambut Ramadhan semua. Ramadhan ni kami masih berdua saja. Tapi masih meriah sebab Mel masih tinggal dengan Mummy. Buka puasa ramai-ramai, berjemaah ramai-ramai. Syok! Kalau tahun depan, kot-kot jadi kami tinggal rumah sendiri, mesti sunyi kan. Mudahan la ada penyeri hidup kami menjelang tahun depan. AMIN.

Sehari sebelum Ramadhan, Mel ziarah 'banglo' kecil baby Aqeel. Sayu sungguh hati mengenangkan anakku. Tak apa Aqeel, Mama dan Papa akan baik-baik saja di dunia ni.

Anyway, Mel sebenarnya nak cerita tentang soalan "Dah ada dah?"

Mel macam perasan, kalau jumpa orang yang kami kenal, yang tahu tentang baby angel Aqeel, mesti tanya, "Dah ada dah?" Nak tahu sama ada Mel dah mengandung balik dah. Senyum saja la kan, cakap belum rezeki kami lagi.

Tapi, kalau yang lama tak jumpa, or tak kenal tanya, "Dah ada dah?" Mel mesti senyum je. Selalunya respond mesti spontan. Jawapan pun selalu lain-lain. Sama ada"Ada dah, baby boy", atau "Belum lagi", atau "Doakan kami ya".

Haih, sejak pengalaman Mel ni, Mel tak lagi tanya kat mana-mana orang sama ada "Dah ada dah?" kat kawan yang dah kahwin atau lama kahwin. Memang tahu kadang-kadang orang saja je tanya soalan tu sebagai soalan standard nak tanya orang yang dah kahwin. Takpe, orang lain kan cuba nak bersosial je kan?

Kita layannnnn je kehidupan ni. Banyak lagi benda lain yang boleh kita syukuri. Alhamdullilah~


MamaAqeel harap dapat puasa penuh tahun ni.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...