Home

My Special Tickers

Daisypath Anniversary tickers Lilypie Angel and Memorial tickers Lilypie Second Birthday tickers Lilypie Maternity tickers

Monday, July 25, 2011

Cari Pasal

Assalammualaikum,


Mel kan baru balik dari KL semalam. Penat betul jalan-jalan non-stop. Badan macam tak berapa kuat dah la. Hmm nak buat macam mana ye? Mel terpaksa MC hari ni sebab perut macam sakit.

Hari Jumaat, sampai-sampai je adik Mel si Judin yang kerja kat KL bawa kami makan kat gerai makanan Siam. Sedap juga. Selepas tu, apa lagi cari durian la. Tak berani makan banyak, tapi tak makan banyak pun badan panas juga selepas tu. Atleast tercapai juga hasrat. Malam tu kami niat nak ke IKEA tapi jalan jammed sangat, last-last pergi ke Danau Kota.

Sabtu kami pergi kenduri kahwin Kak Yah kat Bandar Tun Razak. Cantik sangat wedding dia. Rindu sangat kat Munie (adik Kak Yah, bestfriend Mel) tapi tak dapat nak borak lama sangat sebab dia kena layan tetamu lain juga. Dapat jumpa kawan-kawan sama MMU; Dayah, Pana, Mcd & Ezam.

Petang Sabtu sampai Ahad, kami shopping kat Bukit Bintang dan Jalan TAR.

Mel kan, tak dapat tengok baju baby. Mesti nak pergi tengok, pegang, tak pun cakap kat Anum, "kiutttnyaa baju baby ni" Anum mesti marah kalau tengok Mel buat camtu. Sebab dia tak suka tengok Mel sedih-sedih.

Paling Mel tak tahan, tengok baju melayu baby kat Mydin. Comelll sangat. Mel belek satu persatu haritu dan cakap kat Hubby, lain kali tahu la nak beli baju melayu baby murah kat mana. Mel rasa nak beli je satu baju melayu yang comel tu. Tapi nanti tak pasal-pasal kena marah dengan Hubby. Uhuk2~ Tapi, dalam masa yang sama mata dah berair sebab tak ada peluang nak sambut Hari Raya dengan anak tahun ni.

Comel kan? Kan?

Tapi kan, bila orang tanya mana baby, kali ni Mel tak ada la rasa sedih sangat atau rasa bersalah nak cakap kat orang. Mel just jawab, baby dah tak ada. Because deep down inside, I really believe that my baby is in the best place right now, not for me to worry or be sad, but be grateful because he is waiting for me and Hubby, insyaAllah.

Mudahan rasa hati dapat kekal tabah.


MamaAqeel yang tak sabar nak berpuasa!

Friday, July 22, 2011

Nak Pergi Jalan-Jalan!

Assalammualaikum,


Wah, rasa macam lama tak update blog ni. 1 minggu agaknya. Entahla, busy sangat sekarang ni. Kerja kat ofis tu melambak-lambak je. Makin lama bukan nak makin habis, makin banyak ada lah. Tapi, again, reminder to myself: my work is sumber rezeki kan? Banyak ke sikit ke, asalkan ikhlas dan buat dengan sepenuh hati, insyaAllah gaji yang diterima pun berkat. AMIN

Anyway, petang ni Mel nak flyyy pergi KL. Wedding kakak bestfriend Mel. Lama tak jumpa Munie (my BFF). Rindu la kat dia. Tahun lepas bila tahu tarikh wedding kakak Munie, Mel macam 2-3 nak pergi sebab kan sepatutnya ada baby kecil. Terfikir la masa tu macam mana nak travel dengan baby kecil. Masa berpantang hari tu kot, Hubby Mel belikan tiket belon (kapal terbang..hehe) ke KL untuk wedding tu. Niatnya nak jalan-jalan la sekali sebelum Raya. Orang Sarawak ni suka sangat shopping kat Jalan TAR, beli tudung semua..termasuk la Mel dan Mami Mel. Hehehe

Esok kenduri tu. Mesti meriah. Dulu masa Munie kahwin, Mel yang jadi pengapit. Masa Mel kahwin, Munie pula yang jadi pengapit. Kami dah janji macam tu. Esok Mel kena kuat hati dan perasaan sebab hadir wedding ni. Elakkan daripada orang yang kepoh yang nak suka bertanya. Alaa, mesti tak ramai pun yang kenal Mel selain sanak-saudara Munie. Sebab keluarga Munie ni kira macam keluarga angkat Mel dari masa belajar dulu sampai Mel kerja kat Semenanjung.

Apa-apa pun, yang penting ialah untuk Mel, Hubby, Mami dan Anum to have fun this weekend. Plan nak carik durian, shopping kat Jalan TAR dan pergi IKEA. Semangat! Hehehe. Sian kat kami kat Sarawak ni, pergi KL pun dah excited amat. Kali ni sebab Mami dan Anum ikut, itu yang lagi best berjalan sebab ada teman. Abang, kitak best juak di embak berjalan ;P

Happy weekend semua!


MamaAqeel yang suk nak berjalan!

Wednesday, July 13, 2011

Hanya Dalam Mimpi

Assalammualaikum,


Hari ni Mel MC, tak pergi kerja sebab kepala sakit dan badan rasa lemah je. Dah 2 hari Mel cuba tahan supaya dapat pergi kerja, tapi hari ini Mel decide untuk rehat je kat rumah. Nanti makin sakit siapa gak susah, bukan nya bos-bos nak puji pun kalau pergi kerja tengah sakit-sakit kan?

Sebab Mel demam, mesti lah banyak tidur, bangun dan tidur lagi.

Tapi, petang tadi Mel mimpi my darling baby. In my dream, Aqeel is so alive, smiling and playing with me. Mel ingat yang dalam mimpi tu, Mel cium-cium dia, peluk dia puas-puas. Indahnya perasaan bahagia ketika itu, walaupun hanya dalam mimpi. Even Mel dapat hidu bau baby.

End up, Mel bangun tidur bantal dah basah sebab rupa-rupanya Mel menangis dalam tidur. Lepas tu sambung lagi banjir dan beristighfar..

Tapi, semua itu kan mainan tidur. Mungkin Mel fikir dan ingat banyak sangat kat baby angel Aqeel, atau betul-betul dia singgah dalam mimpi Mel. Wallahu a'alam.


MamaAqeel moody dan feverish!

Tuesday, July 12, 2011

Trying Again?


Assalammualaikum,


Right now, I got a visit my bestfriend, Miss Menses (MM). Hehehe. Konon-konon je bestfriend kan? Memang bulan ni Mel tunggu-tunggu sangat MM. Sebab kan last month Mel, hmm just say it's a very late period. So, kiranya MM bulan ni untuk clearkan semua yang kat dalam rahim tu.

Planning nya nak start Trying To Conceive (TTC) selepas ni. Hmm, usaha kan tangga kejayaan. Tapi, Mel tak nak la berharap sangat. Nanti jiwa kacau, sapa susah? Mel sendiri juga kan. Yang penting, both Mel and Hubby berserah kepada Allah untuk tentukan rezeki kami. Kalau ada tu ada la kan.

Buat masa sekarang, Mel memang dah makan multivitamin with folic acid 2 bulan lebih dah. Minum susu Anlene pun hampir hari-hari (selalu lupa nak minum!). InsyaAllah, harap-harap badan Mel dah boleh recover all the nutrients.

Lagipun, Mel banyak kenal ibu-ibu yang mengandung 2nd baby after a few months bersalin. Setakat ni, semua okay je. Rasanya dah 5 months boleh la start mencuba kan kan?


Image: Google


MamaAqeel with hope!

Thursday, July 7, 2011

I Choose

Assalammualaikum,


Mel macam perasan yang sekarang ni post-post kat blog Mel ni sedih-sedih je. Emosi-emosi yang turun naik nya. Tak baik sedih-sedih selalu kan. Nanti baby angel Aqeel risau tengok Mama dia kan. Kan baby sekarang ni di tempat yang paling indah dan dijaga dengan rapi.

Alhamdullilah, selepas meluah perasaan beberapa post yang lepas, ramai kawan-kawan bagi nasihat yang bagus. Sangat menyenangkan. Paling Mel suka ialah sepatutnya Mel bangga kerana ada baby angel menanti Mel dan suami di sana. Bukan nya tak ada rezeki, kerana rezeki Mel dan suami ialah anak yang akan menjadi pemberat kami di akhirat nanti. Tiba masa nya nanti, insyaAllah ada adik-adik baby angel dikurniakan kepada kami untuk dijadikan amanah kepada kami di dunia ini. AMIN.

Jadi sekarang Mel kena jalani hidup dengan baik, tingkatkan amalan, jangan jahat-jahat kat orang lain, jangan takbur, jangan sakitkan hati orang, baik dengan semua orang, jangan mengata dan macam-macam lagi perkara yang baik-baik.

Sebab kalau diizinkan Allah, Mel nak berjumpa lagi dengan Abang Aqeel bin Abang Adha satu masa nanti.

Jadi sekarang, MamaAqeel choose to be happy!


Nasib baik ada adik bongsu ni yang selalu nak hiburkan kakak dia. Kalau dia nampak baby kat mana-mana, cepat je halang pandangan Mel or usaha buat Mel tak nampak. Anum2~


MamaAqeel loves you my son Aqeel

Wednesday, July 6, 2011

Weird Attitude


Assalammualaikum,


Mel nak share dengan semua yang sekarang ni Mel develop a very weird attitude.

Mel sekarang ni, malassss sangat nak hadir mana-mana majlis sosial seperti perkahwinan ke, pertunangan kawan-kawan apatah lagi kalau majlis cukur jambul baby orang. Mel dah jadi anti sosial ke? Or I just can't share any happiness with others?


Kalau kat FB pun sama juga. Kalau ada kawan-kawan birthday, Mel just tengok je nama orang yang birthday. Dulu Mel rajin nak wish, tapi sekarang buat dunno je. Entahla, hati macam malas nak wish. Belum lagi buka bab kawan-kawan dapat baby baru. Mel just tengok je. Tapi I don't have the strength to wish anything to my friends. WEIRD.

Kenapa Mel rasa macam ni. Obviously, it's one thing. I am still grieving. Maybe just for this time, I might be a little bit selfish to care only on my own feelings.

Ataupun sebenarnya Mel malas nak bersoal-jawab dengan orang lain kalau hadir majlis. Ada anak ke? What happen to your baby? Mana baby? Tak bawa baby sekali ke? The sad looks, the sorry words. OMG, I'm becoming a freak!

Oleh itu, di kesempatan ini, Mel minta maaf sangat dekat mana-mana ahli keluarga atau kawan-kawan yang terasa dengan my weird attitude, my withdrawal towards our relationships. It is not intentional or done on purpose. I hope this weird attitude with be gone soon! I do want to be happy for others!


MamaAqeel the weirdo ;)

Sunday, July 3, 2011

Have You Ever

Assalammualaikum,


Have you ever feel,
That you are OK again,
Feeling happy and carefree,
Living life as it is..

But suddenly,
You are hit by the fact of reality,
Having to be apart from someone you love,
Whom suppose to be your future..

Yes, my life have changed forever,
As I'm living a life without my baby,
People may think that it is easy,
No, it won't be that easy..

But I promise that I will try hard..to live without you my baby angel,
Only memories will accompany me,
Till we meet again my sweet child..


Lots of Love,

MamaAqeel yang kerinduan ;(

Friday, July 1, 2011

Macam-Macam Perangai Manusia

Assalammualaikum,


Huuu~ Mel jarang dapat nak online kat rumah sekarang, since laptop Mel dipinjam adik. Nanti Mel nak hijack balik laptop tu! Rindu nak post blog and singgah blog kawan-kawan.

Anyway, Mel nak cerita sikit tentang perangai manusia ni. Tak pasal-pasal buat Mel menitiskan air mata..

Adalah seorang hamba Allah ni, kira kawan ofis la. Dia kan, balik-balik nak mengadu mengenai hidup dia. Tentang duit tak cukup nak tanggung keluarga dan anak-anak. Mungkin Mel tak berada di tempat dia, jadi tak tahu la bagaimana perasaan dia sebenarnya la kan. Tapi, kalau tengok dia pakai barang branded, baju kerja pun cantik-cantik je. Kalah Mel. *Ini bukan mengata OK, kenyataan*

OK, fine. Sekali dua kami dengar dia mengadu sambil dia menangis-nangis, kami semua support je. Mel just diam saja sebab malas nak layan sangat. Semua orang ada dugaan masing-masing, kalau kekurangan, ada la lebih atau nikmat lain yang Allah berikan, kan?

Tapi, bila dia sebut yang semua benda malang yang berlaku di dalam hidup dia terjadi selepas dia bersalin anak kedua dia, dan boleh pula dia cakap yang dia rasa anak dia tu yang menjadi penyebab semua ni, Mel jadi bengang sangat! Tak pasal-pasal Mel tertinggi suara kat kakak tu. Yang kita ni nak sangat anak, boleh ada orang yang senang-senang dapat anak, cakap macam tu. ISK ISK.Semua orang ada dugaan masing-masing, ramai yang bernasib lagi teruk dari kita. Yang penting kita bersabar dan bersyukur dengan segala nikmat lain yang ada. Kalau kita tak syukur, balik-balik cakap nak mati, kan dimurkai Allah nanti, ntah-ntah akidah dah terpesong. OPPSS. It's not for me to decide or judge k.

Mel sampai nangis-nangis cakap kat kakak tu, jangan la cakap macam tu. Sampai hati. Anak kan rezeki Tuhan. Tertutupnya pintu satu, terbuka pintu yang lain. Diharapkan apa-apa masalah yang kakak tu hadapi, dia dapat selesaikan atau diberi petunjuk daripada Allah.

Sekarang kakak tu dah cover-cover sikit depan Mel kalau dia nak mengeluh pasal hidup dia. Haih! Mana-mana la, asalkan Mel jaga hal diri sendiri. Yang penting kita dah nasihat kan?


MamaAqeel yang geram!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...