Home

My Special Tickers

Daisypath Anniversary tickers Lilypie Angel and Memorial tickers Lilypie Second Birthday tickers Lilypie Maternity tickers

Monday, June 27, 2011

MamaAqeel Gumuk!

Assalammualaikum,


Rasa lama Mel tak update blog. Baru balik dari jelajah Sarawak atas urusan kerja. Haih, memang busy je sekarang ni. Takpe, source of income juga kan. Tak baik mengeluh banyak-banyak. Semua benda kita mesti bersyukur. (This is what I learn most from my experiences, mesti selalu bersyukur atas rezeki dan yang ada, kan kan?)

Tapi, kat mana-mana Mel pergi sekarang mesti orang tegur yang Mel makin berisi, makin gemok, makin tembam! Waima kat tempat kerja, kat kenduri kendara atau terjumpa kawan-kawan yang lama tak jumpa. Huwaaa~~

Memang Mel macam naik banyak dah. Lepas bersalin pun tak turun banyak. Tapi salah Mel juga, bukan nak reti diet atau bersenam sangat. Haiya, tak menjadi azam nak turunkan berat badan. Waktu busy-busy, tak jaga pun permakanan. Hari tu dah steady pergi Gym tapi sebab pregnant Mel berhenti. Tak sangka miscarriage pula ;(

Huwaaa macam mana ni? Mel ni memang, risau banyak tapi no actions.

OK. 1st - Kena jaga makan. 2nd-Start bergerak aktif boleh tak Mel? 3rd-Jom puasa!

TOLONG LA SERIOUS SIKIT MEL. LOVE YOURSELF!


MamaAqeel yang risau!




Monday, June 20, 2011

Discaj Gynea Clinic

Assalammualaikum,


Mel just nak share mengenai temujanji Mel dengan Klinik Pakar O&G hari ini. Jumpa Doktor Pakar pun sebab nak tengok result darah Mel. Dia suruh uji 3 jenis test hari tu. Lebih kurang macam ni la perbualan kami tadi.

Doktor: Hmm..nampaknya semua result OK la.

Me: Alhamdullilah la Doktor. Bagus la kalau tak ada apa-apa. (takkan nak harap tak OK kot? eyy Doktor ni)

Doktor: Semuanya OK puan. Jadi kita conclude yang IUD baby, unexplainable. (tak apa, Mel dah tau dah)

Me: Alright. So, macam mana lepas ni Doktor?

Doktor: Jadi kalau mengandung lagi nanti, pergi daftar kat KKIA dan minta nurse refer kat Klinik Pakar ni. Selepas 12 weeks, kena makan aspirin.

Me: Ok, selepas 6 bulan oh Doktor?

Doktor: Haa, 6 bulan apa?

Me: Nak cuba lagi laa.

Doktor: Haa, boleh cuba selepas 6 bulan. Jadi, semua OK, puan discaj hari ini ya.

Yay! Discaj daripada Klinik Pakar. Alhamdullilah tak ada apa-apa yang tak OK pada Mel. Tak payah nak pergi Hospital lagi sementara ni. Harap-harap pergi lagi another 2-3 months nanti, untuk tujuan yang lain pula. AMIN

Masa balik dari kerja tadi Mel cerita la dengan Hubby. Syukur kepada Allah katanya. Mel yang sengal ni pun tanya dia, kenapa la baby boleh terjerut tali pusat, baby orang lain OK je. Hubby cakap, dia tak boleh jawab soalan bonus Mel tu. Dah pun ketentuan Illahi, buat macam mana pun, perjanjian baby angel Aqeel dengan Allah sampai situ je. Tali pusat tu menjadi penyebab saja, kalau tak ada penyebab sampai hari ini kita akan tertanya-tanya. Kenapa kita letak tangan kat api, sakit, panas? Sebab api penyebab panas kan?

Tak pasal-pasal kena falsafah dengan Hubby. Nasib baik dia selalu pandai jawab and have all the answers to my stupid questions. Hoho, maap la isteri Abang ni..

Anyway, Mel kena pergi travelling seminggu ni ke beberapa bahagian di Sarawak. Mesti susah nak online. Adeh, busy banget la tahun 2011 ni. Nasib baik tak ada baby kecik lagi kan. Wuuuuu~~


MamaAqeel misses you baby Aqeel

Sunday, June 19, 2011

Selamat Hari Bapa Abang Sayang

Assalammualaikum,


Mel nak ucapkan Selamat Hari Bapa kepada suami Mel yang tercinta, Encik Adha. Kamek sayang kitak gilak-gilak Abang k. Mwah!

Malam tadi Mel terperasan yang Hubby buka Youtube and tengok gelagat seorang baby dengan ayahnya. Mel tanya, kenapa tengok video ni. Dia cakap sempena Hari Bapa. Sayu Mel melihat, mesti Hubby rindu dengan baby angel Aqeel.

Awal pagi tadi Hubby ajak Mel pergi ke 'banglo' baby angel Aqeel. Kami pun pergi ke sana tapi tak lama sebab nak pergi kubur ayahanda Mel dan ayah mertua Mel juga. Sebenarnya Mel memang nampak yang Hubby macam sebak masa kat 'banglo' baby Aqeel tapi Mel malas lah nak tegur. Nanti Mel juga yang tak berhenti-henti banjir. Banyak mana pun kami sayang kat anak sulung kami, Allah lebih sayangkan dia. He is too beautiful for earth.



Apa-apa pun, Mel harap yang satu hari nanti Hubby akan menjadi ayah yang baik, penyayang, bertanggungjawab dan amanah kepada adik-adik Aqeel, insyaAllah.


MamaAqeel wishes all Daddy in the world, Happy Father's Day!

Friday, June 17, 2011

From My FB Wall

Assalammualaikum,


Semalam ada salah seorang kawan Mel dan suami post benda yang menarik di wall FB Mel. Boleh membuat diri tenang dan memujuk diri..



Thanks a lot to that friend. Dia macam tau-tau je semalam Mel extremely sedih sebab 16hb. I hope this can also help other grieving parents out there ;)


Semoga MamaAqeel dan semua Mama-Mama Angels yang lain sentiasa tabah, sabar dan redha!

Thursday, June 16, 2011

My Baby Angel Dah 4 Months

Assalammualaikum,


Hari ini bertarikh 16hb Jun 2011. My baby angel sudah 4 bulan. Dah besar sepatutnya anak Mama. Kalau ikutkan, baby 4 bulan dah pandai keraskan diri untuk duduk kan? Tapi belum boleh duduk sendiri. Agaknya makin handsome tak baby angel Aqeel. Mel cuma tahu yang hidung Aqeel tinggi macam Papa nya, sebab pernah nampak dalam scan dulu.

Kadang-kadang Mel rasa tak percaya yang Mel pernah mengandung 9 bulan. Sebab sekarang masih hidup berdua dengan Hubby, macam couple baru kahwin pun ada. Ke mana-mana pun sentiasa berdua saja. Kadang-kadang rasa pengalaman lepas macam mimpi. Tapi bila teringat balik, terkenang hari-hari terakhir hayat baby Aqeel dalam kandungan Mel, macam mesin automatik boleh mengalirkan air mata.

Mel tak tahu la kenapa kebelakangan ni memang rasa sedih sangat. Mungkin disebabkan 2nd possible pregnancy yang lepas telah memberi tamparan bagi Mel. Kalau termenung di ofis pun boleh bersedih. Nasib baik staf-staf tak perasan pun Mel sedih atau menangis kadang-kadang tu.

Semalam cakap kat Hubby yang hari ni 16hb, 4 bulan dah. Seperti biasa, my darling hero will comfort me with positive thinking. "Bukannya kita sik ada anak, anak kita tunggu rah syurga nun" dan banyak lagi ayat-ayat macam tu. Then I just change the topic, tak nak sedih-sedih depan Hubby ;)

Tadi Mel surf kat Google Image nama anak Mel tu, Abang Aqeel, Nak tengok macam mana rupa baby-baby or kanak-kanak yang bernama Aqeel. Haih, it sounds crazy kan? Kalau tengok baby boy, selalu tertenung lama-lama sampai parents dia perasan. Malu juga kadang-kadang, mesti diaorang fikir pelik orang ni, usha semacam je. Huhuhu.

Apa-apa pun, Allah pilih kami berdua suami isteri untuk terima ujian sebegini mesti ada sebab dan insyaAllah ada hikmahnya. Again, the thinking that I have learned, Allah work in mysterious ways.

Anyway, Papa dan Mama love you so much Abang Aqeel. Till we meet again at the end.


MamaAqeel yang kerinduan

Wednesday, June 15, 2011

Letih

Assalammualaikum,


Mel dah setting post ke blog guna email. Ini adalah percubaan pertama. Hehehe

Apa yang Mel letihkan sangat? Ntahla kenapa, kerja kat ofis berlambak-lambak. Lom habis satu, dah datang satu. Dahtu, balik-balik nak travelling je. Minggu depan travelling ke Sibu dan Miri, awal bulan depan pergi Putrajaya lagi. Tanggungjawab kepada negara! Chewah.

Mel pun kadang-kadang wonder, kalau ditugaskan banyak kerja ni, maknanya bos beri amanah kepada kita sebab percaya kita boleh buat ATAU kita saja kena buli ATAU Mel ni yang tak reti nak delegate tugas? Ntahla, baik Mel fikir yang positif kan. Ya, bos-bos Mel terlalu bergantung harap kepada Mel. (Hahahaha, in your dreams Mel!

One thing for sure, kalau ada rezeki dapat adik Aqeel nanti, kena slow down travelling. Tak nak la insiden macam kat KK haritu berulang lagi ;(

OK. Nak sampai rehat-rehatkan minda sebelum lunch break habis pukul 2 nanti. Daa~


MamaAqeel addicted nak blogging ;P

What A Day

Assalammualaikum,


Yay! Mel baru siapkan minit mesyuarat. Tak suka buat minit mesyuarat. Tapi kan, minit mesyuarat kali ini macam SCARY sikit la. Tau tak kenapa?

1st one: Mel dah buat minit 1st draf, bila bukak di office dia boleh corrupted pulak! Tak dapat diselamatkan! Huwaaa

2nd redo: Dah agak-agak nak siap selepas buat balik, pukul 5.10 p.m kat ofis boleh tiba-tiba blackout. Kelam kabut sebab tak save lagi! Bila elektrik dah ada balik, cepat-cepat nak save. Then, blackout lagi! On balik PC, pastu nak save lagi, blackout lagi dan lagi! 3 kali OK! Sebab salah click or salah save, my latest version of document tak tersave dan HILANG! Huwaaaa x1000!

IRONIC KAN? Kenapa boleh corrupted pastu document tak save/hilang. Haiya. Pelik-pelik. Oleh itu, Mel kena tidur lambat malam ni, kalau tak pukul 11 mesti dah tidur. Takpe takpe. Tanggungjawab.

Anyway, nasib baik lepas kerja tadi Hubby ajak pergi makan sebab dia tak lunch lagi. Happy la juga! Kesian ngan Hubby, bz sangat lately. Lagipun hujan sangat lebat, jalan pun jammed, baik pergi jalan-jalan dulu kat The Spring (Oo tedah orang Kuching, kat The Spring jak salu jalan-jalan)

Hubby ajak makan kat Manhattan Fish Market. Yay! Mel memang teringin nak makan favourite dish Mel which is salmon kat situ.


Flamming Prawns, sedap tau. Highly recommended!


Tak sempat snap masa cantik, Mel dah makan sikit baru teringat nak tangkap gambar..hehe. Grilled salmon..nyum nyum!


Cinta hati saya. MamaAqeel <3 PapaAqeel

Sebenarnya hari ini plan nak jenguk 'banglo' baby angel Aqeel selepas balik kerja, tapi hujan lebat. Sebab tengahari tadi teringat sangat kat dia. Maybe esok Mama dan Papa pergi ziarah yea.


MamaAqeel loves you bidadara Aqeel

Monday, June 13, 2011

Mama of Angels

Assalammualaikum,


Wah, blog Mel yang tak seberapa ni disinggahi rakan-rakan baru, tapi yang ironinya, Mama of Angels, ibu-ibu kawan-kawan baby angel Aqeel nunnnnn di Syurga ;) Mesti baby-baby kami bermain-main kat sana kan.

Bagi Mel, semua Mama of Angels ni macam sisterhood. We reach for each other. We tend to support each other. Because, only we know how is the heartache. The loneliness. The despair of having to be a mother without her baby by her side. No one else understands.

Harap Mama of Angels semua sama-sama kuat, tabah dan banyak bersabar mengharungi hari-hari yang akan datang. AMIN


MamaAqeel loves my fellow Mama of Angels ;)

Friday, June 10, 2011

Cuaca Hujan Lebat

Assalammualaikum,


Kat Kuching sekarang ni, cuaca hujan lebat. Sekarang rasa sangat sejuk. Tapi macam itu juga perasaan Mel sekarang ni. Sedih sangat-sangat mengenangkan apa yang berlaku pada tahun ini. Tapi dalam bersedih ni, terfikir juga yang kalau benda ni tak berlaku, takkan menyebabkan benda-benda lain berlaku juga.

Seperti, sekarang Mel ada blog, ada rakan-rakan blog yang best-best. Mel menjadi rapat dengan beberapa kawan yang pernah mengalami pengalaman yang sama.

Mel menjadi seorang yang sangat bersyukur dengan nikmat Allah yang ada, yang dikurniakan kepada Mel. Bukan sebelum ni tak bersyukur, tetapi mungkin tak seperti sekarang. Pengalaman ini betul-betul menginsafkan diri kan?

Pada Mel, semua orang di dunia ini diberikan dugaan, dengan cara Allah yang tersendiri. Yang kaya-raya itu, diberikan dugaan kesenangan yang amat, adakah mereka bersyukur dan menjalankan hidup atas jalan Allah? Yang senang-senang dapat anak tu, pun diberi dugaan, mungkin dengan karenah menjaga anak, ataupun mencari nafkah yang cukup untuk keluarga. Yang hidup susah tu, mungkin diberi dugaan tak berduit, tapi bersyukurkah dengan nikmat kesihatan tubuh badan dan kurniaan Allah yang lain-lain?

Semua orang akan diberikan ujian dan dugaan. Mel percaya ini adalah cara Allah mendekatkan kita kepada Nya. Ertinya, Dia tidak lupa kepada kita semua.

Ntahla, apa yang Mel membebel ni. Ini lah terjadi kalau cuti tak buat apa-apa. Hehehe. Rindu sangat dekat baby angel Aqeel kot.


MamaAqeel sayang kat Aqeel sampai bila-bila!

Thursday, June 9, 2011

Keguguran di Negeri Orang


Assalammualaikum,


AMARAN: Post yang sangat sedih. Read at your own risk.

Kan hari tu Mel cerita yang Miss Menses lambat datang. After a few UPT, kami discovered yang we are pregnant, officially pada Ahad lepas since testing guna Clear Blue Digital. Kalau diikutkan dalam UPT tu, 2-3 weeks after conception dan kalau kira-kira cycle, Mel dah pregnant 5 weeks and 1/2 masa tu.


We are happy of course, but maybe not that excited. I feel it is surreal, since for me it was a little bit too soon. Anyhow, Mel terima kalau memang dah rezeki.

On Monday, Mel kena fly ke Kota Kinabalu atas urusan. Kena jaga diri baik-baik since pregnant kan. Kami dah rancang nak jumpa doctor on Friday untuk scan dan confirmkan pregnancy sebab Mel balik hari Khamis.

To make things more ironic, on Tuesday night I bought an Islamic pregnancy book dan satu buku wirid untuk wanita mengandung. Yes, I finally accept this pregnancy. I pray to Allah to give me this chance to conceive and give birth to a living child.

Pada hari Rabu, selesai sahaja urusan kerja, Mel pergi toilet. Then there it is! A bright red spot of blood! Ya Allah, what is this? Bukan ke Mel pregnant? How come there is blood??

Quickly Mel minta rakan Mel yang memang orang KK hantar Mel ke Klinik, bahagian kecemasan. Di Klinik tu, MA suruh buat pregnancy test. UPT come out negative. Cry cry already~ Dorang pun suruh pergi ke Hospital Likas untuk buat thorough ultrasound dan check up dengan alasan, UPT strip di Klinik mungkin jenis yang lama, jadi tak dapat detect HCG in very early pregnancy.

Terus pergi ke A&E Hospital Likas. Tunggu turn untuk dilayan dalam setengah jam begitu. Kemudian doktor pasang mesin ultrasound dan scan. Doktor cakap, mungkin kecil sangat lagi jadi tak nampak. *cakap jerla tak nampak apa-apa pun*

Doktor kata kena check pangkal rahim pula. Apa lagi, kena seluk laa! Apa lah nasib. Doktor cakap pintu rahim terbuka. *masa tu Mel tak tau apa maksud kalau pintu rahim terbuka, lepas SMS my doctor friend baru dia explain yang kalau pintu rahim buka, maknanya ongoing miscarriage* Doktor cakap nak bagi Mel bedrest. Mel minta balik ke hotel jerla, rehat kat sana. Doktor pun bagi MC tiga hari, dan cakap, kalau ada darah banyak dan darah beku keluar, datangla hospital balik.

Masa tu Mel dah dah bleeding banyak macam period. Kalau macam ni, memang keguguran la. No doctor need to confirm to me that I already loss this pregnancy. Terus call staff kat Kuching, tanya dapat tak tukarkan flight balik malam tu juga. Nak rest kat bilik hotel buat apa kan. Memang sedih sangat sebab dah jadi macam ni tapi jauh dari Hubby and family. Sampai merah dan bengkak mata Mel banjir. Another hope is gone.

Akhirnya, Mel sampai Kuching pada pukul 10.40 malam tu. Lega nya jumpa Hubby, Mummy dan Anum. Atleast I am not going through with this alone.

And at 3 a.m when I woke up to pee, I saw a big clot of blood/tissue? Adakah itu? I feel very sad looking at 'it'. Agaknya sempat ada heartbeat tak? Kan heartbeat selalu nya dah ada selepas 6 weeks. And then, after a while, I said goodbye.

So today, I just rest at home. Rasa macam period, tapi lebih sakit sedikit daripada period biasa. Cramps and all. Esok nak pergi jumpa doktor, nak minta nasihat, buat scan tengok ada sac lagi yang tak keluar ke. Hari ini dah OK sedikit perasaan, dah menerima hakikat yang belum tiba masanya nanti.

Bak kata Hubby, kalau ada rezeki..takkan ke mana, kalau tak ada rezeki tu, buat macam mana pun tetap tak ada.


Lots of love,

Mama of Angels

Tuesday, June 7, 2011

Salam Dari Kota Kinabalu

Assalammualaikum,


Mel sekarang travelling di Kota Kinabalu atas tugasan rasmi. Dari hari Isnin sehingga hari Khamis. Lama betul berpisah dengan Hubby (masih manja sangat dengan dia). Nasib baik bawa t-shirt Hubby untuk bawa tidur. Hehehehe

Anyway, Mel jumpa ramai kawan-kawan baru. Best juga la kenal ramai kawan baru, boleh meluaskan lagi circle of friends kan. Tapi yang paling tak best ialah menjawab soalan "Berapa orang anak?" Tapi Mel rasanya dah alah bisa tegal biasa. Dah practice dah kalau orang tanya, "Anak seorang, tapi simpan. Dia meninggal sebelum dilahirkan. Dia tunggu di pintu Syurga ;)"

OK. Mel belajar untuk sentiasa bersyukur dan belajar untuk menerima hakikat hidup untuk Mel dan suami. Kena belajar kan untuk menghadapi perkara yang mengusik hati macam ni.

Tapiiiiiiiiiiii...Mel nak meluahkan perasaan ni. Ni kan blog Mel. Sukati la kan nak meluahkan rasa hati kat sini. Huuu~

Ada seorang rakan ni, Mel tau la dia sangat excited baru dapat baby. Baby boy lak tu! Masa Mel baru je balik kerja hari tu, dia tegur Mel. Instead of tanya khabar ke, dia tunjukkan gambar newborn dia. Haih! Muka Mel agaknya ketat gila masa tu. Insensitive nyeee kamu ni!

Semalam masa kami borak-borak, dia balik-balik cerita pasal baby dia. Penatnya tak dapat tidur malam..bla..bla. In my face. Bukannya Mel minta di kesiankan, atau harap semua orang jaga percakapan depan Mel, tapi tolong lah jangan obvious sangat. Padahal muka kawan-kawan lain blank je dengar dia cakap beria sangat depan Mel.

Entahlah. Or am I that selfish. Harapkan orang jaga hati Mel? Hati seorang ibu yang kehilangan anak sebelum dilahirkan?

OK. Misi saya adalah untuk mengelakkan perkara-perkara yang boleh buat saya sedih. Bak kata Ashra, kena menjaga hati sendiri. Mel tak tengok pun cerita Nur Kasih, walaupun teringin sebab tau mesti cerita tu sedihhhh giler. Hu~~


MamaAqeel yang kuat membebel

Thursday, June 2, 2011

Buku Mengenai Kehilangan

Assalammualaikum,


Hari ni Mel nak buat book review mengenai buku ni: Pregnancy After A Loss - A guide for pregnancy after a Miscarriage, Stillbirth and Infant Death.


Tau tak bila Mel beli buku ni? Hari ke 34 berpantang. (Masa tu pakai jaket tebal, stokin tebal je pergi jalan-jalan, balik Kuching je terus berurut satu badan) Mel ikut Hubby pergi KL ambil stok. Pergi hari Isnin, balik hari Selasa. Mula-mula kami cari buku Trying Again, tapi both di MPH Midvalley dan Borders Gardens tak ada buku tu. My second choice is buku seperti di atas. Masa Mel beli, this is the last book available, buku ini nampak lama. Tak kisah la kan, yang penting isi di dalam nya.

Buku ini membincangkan perkara-perkara yang selalu bermain di fikiran Mama-Mama yang kehilangan baby. Isi buku ni tersusun seperti ini;

- Why did it happen: Banyak la sebab-sebab secara medikal or keadaan yang dibincangkan
- Will it happen again?: Macam mana nak elakkan daripada berlaku lagi ;(
- How long should I wait before trying again?: Soalan ini yang Mel selalu fikirkan. Hmm..
- Selepas tu buku ni dipecahkan mengikut trimester-trimester. Kalau 1st trimester macam mana nak buat..sampai nak deliver (Mel skip part ni, tunggu preggy nanti baru plan nak baca)
- After the baby arrives
- How does our partner really feels about this?: Yang ni Mel terharu, sebenarnya pihak suami sangat risaukan kita semasa kehilangan baby. Dia kena betul-betul kuat di depan kita, ntah-ntah di belakang, rasa sedih yang tak terhingga juga.

This book really helps on my grief for my baby angel. Di dalam buku ni, penulis banyak kumpul cerita dan pengalaman Mama-Mama seperti Mel. Ada yang lebih teruk pengalaman mereka. Oleh itu kita mesti banyak bersyukurrrr dan bersabarrrr (Macam Hubby selalu cakap..hehehe)

Mel highly recommend kepada sesiapa yang kehilangan anak kecil mereka dan bersedia untuk mencuba lagi. Yang penting mesti sentiasa positif dan percaya semuanya di tangan Allah. "Kun fayakun"


MamaAqeel yang suka baca buku

Wednesday, June 1, 2011

Selepas 3 bulan 2 minggu 2 hari

Assalammualaikum,


Yay! Hari ini Cuti Gawai kat Sarawak. Maknanya hari ini dan esok tak payah pergi kerja. Best sungguh lepak di rumah. Tapi, Mami, Anum dan Amad balik Sibu untuk seminggu. Biasanya hari cuti macam ni Mel lepak² dengan adik bongsu Mel si Anum tu. Wuwuu boring nya..

Sedang Mel jemur baju tadi, termenung sekejap dan berfikir mengenai pengalaman Mel pada tahun ni. How sad I was when knowing baby angel Aqeel's heartbeat suddenly stopped. After a month from that day, I still cry myself to sleep.

Selepas 3 bulan setengah, Mel boleh katanya yang Mel sekarang lebih menerima hakikat, redha dengan ketentuan Ilahi. Not that I am saying that I'm not sad at all, but I'm more calm, enduring the sadness. My thoughts are always about baby angel Aqeel on most of the days.

Now he should be 3 months and 1/2. How big he should be? How does he looks like? If we have another baby, a brother or sister of Aqeel, will they look alike?

Benda-benda macam tu yang selalu bermain di fikiran Mel. Tapi bukan bermakna Mel bersedih kerana pemergian baby Aqeel, cuma perkara sebegitu selalu terlintas di fikiran.

Myself and Hubby pun selalu mention nama baby angel in our conversations. He will never be forgotten. Baby angel Aqeel will always be our first born. Our baby boy.

Alhamdullilah sekarang Mel dah lebih stabil dan bertenang. Terima kasih ya Allah kerana Mel mempunyai suami yang sangat baik, sangat ideal di hati dan mata Mel, serta keluarga yang selalu support Mel. Tak lupa kawan-kawan Mel tak kira di luar sana atau di alam maya ni. Thank you very much!

Ingatan dan doa Mama dan Papa sentiasa bersama mu sayang, Abang Aqeel.


MamaAqeel yang sedikit moody hari ni.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...