Home

My Special Tickers

Daisypath Anniversary tickers Lilypie Angel and Memorial tickers Lilypie Second Birthday tickers Lilypie Maternity tickers

Saturday, May 28, 2011

Positive ke Negative?

Assalammualaikum..


Ada satu perkara yang tengah bermain di fikiran Mel sekarang ni. Rakan karib Mel ataupun rakan karib semua wanita iaitu Miss Menses atau MM (period la) tak hadir tiba lagi ni. Mel dah lambat 5 hari.

Tapi Mel dah check UPT, pakai brand Clear Blue lagi, tapi hasilnya negative. But that was 3 days ago la Mel cuba. Sebab masa pregnantkan baby Aqeel, Mel cuba UPT test masa 2nd day missed period, and terus tau result. Masa tu, instinct memang kuat yang Mel pregnant.

Tapi kali ni, mungkin disebabkan MM masih tak betul lagi. Tak teratur lagi kan. Bulan April siap dua kali MM datang, bulan Mei malu-malu pulak dia..

Malam tadi Mel outing with my two bestfriends, Nifah dan Intan. Intan seorang doktor. So Mel tanya dia, sama ada there's a possibility that I'm pregnant. Dr. Intan advised me to try another UPT test after one week to reconfirm. Sebab masa the first time Mel test UPT, IF it's positive, maybe level of HCG masih belum tinggi..

Hmm..tapi for myself, Mel tak rasa la Mel pregnant sekarang ni. Sebab Mel memang jaga ikut calendar elakkan masa-masa subur. Tapi...kan cycle MM masih tak teratur. Kita tunggu jerla one week from now if anything pun. Buat masa sekarang, jaga permakanan dan makan asid folik ye.


MamaAqeel yang confuse..

Thursday, May 26, 2011

Kenapa Dengan Blogger Ni??

Assalammualaikum,


Mel geram la..kenapa tak boleh login Blogger dan comment kat post-post sendiri dan kawan-kawan? Guna both Chrome and IE pun tak boleh. Wuwuwuwuuu..Ni cuba nak buat new post..

Anyway, hari ini Mel penat sikit laa..Pagi tadi fly pergi meeting kat Putrajaya, pastu petang balik Kuching. Naik belon dah serupa naik bas. Huhuhu

Isnin depan pergi lagi ke Putrajaya, Selasa balik. The next week ke Kota Kinabalu lak. Dengar cerita, minggu selepas KK, kena hadir kursus di Melaka lak. Adoiii! Tak nak pergi boleh tak?????

Tapi, tak sabar nak tunggu cuti Gawai 1hb dan 2hb Jun nanti. Yay..boleh la rest!!

Sian kat MamaAqeel yang penat ;(

Monday, May 23, 2011

Sad Evening

Assalammualaikum,


What a sad evening. Pedih mata sebab menangis banyak. As we all know, this evening was my appointment with Gynea clinic at SGH.

I was terribly nervous to meet the doctor. I'm worried about the possible findings that they will reveal. However, the results differ.

The Hospital cannot test my baby's blood because his blood somehow clot or cannot be test at all. Maknanya, darah baby angel Aqeel rosak, menyebabkan keputusan lab pun tak dapat diperolehi. So, they cannot diagnose if anything is wrong, if any.

I asked the specialist whether the cord is the cause? Doktor tu pun tak pasti sebab doktor yang sambut baby angel Aqeel tak tulis dalam case-note. So, at the end, they cannot conclude anything official as the cause of baby Aqeel's stillbirth. *very sad*

I asked the doktor

Me: "Bila boleh mencuba lagi?"
Doktor: "Selalunya kita nasihatkan 6 bulan, tetapi kalau lebih emotional stable , boleh cuba lebih awal..

*Adakah Mel sudah ready? Looks like the doctor is giving me the OK to try. He is more concern on my emotional stability. Hmm*

Me: "So, nanti kalau saya pregnant lagi macam mana?"
Doktor: "Pergi daftar kat Klinik Ibu & Anak dan minta dorang refer kat Klinik Pakar ni. Nanti kalau pregnant, akan dipantau dan disuruh makan aspirin"

*Bagus juga disuruh periksa kat Klinik Pakar. Baru consider nak jumpa Hospital Pakar Swasta kalau pregnant lagi. Hmm lagi*

Dalam 4 minggu lagi Mel disuruh datang lagi dengan result darah. Kena ambil darah dan hantar ke lab lagi. Doktor takut masa full term haritu Mel kena kencing manis. Tapi doktor kata result haritu macam OK. Apa-apa la, suruh check, kita pergi je check.

At the end, Mel rasa sedikit frustratied sebab tak dapat confirmation on anything. Bersabar saja la. Keluar klinik je, Mel dah banjir. Kawan ofis yang teman pun tak dapat nak pujuk. Masuk ofis pun masih juga banjir. Tak boleh nak fokus kat kerja dah. Last-last, Mel minta kebenaran balik. "Abang, tolong amik Syg"

Jumpa Hubby je, terus cerita dengan dia. Hubby cakap memang dia confirm yang baby angel cord accident, sebab dia nampak kesan lebam/biru kat leher anak sayang Mama tu. *sob sob* Hubby cakap, dah ditakdirkan begitu, kita perlu banyak bersabar..

Jadi, kita terus bersabar OK. Kalau ada rezeki, adalah tu rezeki kita kan? Banyak lagi orang yang tidak bernasib baik daripada kita. Harus selalu bersyukur..



MamaAqeel tak boleh putus asa!

Friday, May 20, 2011

Geram Dengan Diri Sendiri!

Assalammualaikum..


Mel sangat geram dan marah dengan diri sendiri. Kan Mel selalu cakap yang temujanji dengan Klinik Pakar O&G 23hb Mei 2011. Petang semalam, belek² Buku Pink, kat situ tercatat 16 Mei 2011! Haih, kenapa la Mel ingat 23hb appointment? Siap tanda dalam kalendar and HP lak tu.
Ada apa dengan 23hb?

Nasib baik kerja sebelah Hospital je. Cepat² pergi Klinik Pakar dan buat appointment baru. Nasib tak kena bebel dengan Staff Nurse sebab jadi defaulter sebab tak datang appointment. Padahal, tertunggu-tunggu je nak jumpa doktor tu.

Gerammmm...Tunggu Isnin depan la nak tau result IUD/stillbirth baby angel Aqeel~



MamaAqeel yang babo! (babo maksudnya pelupa in Sarawakian language)

Tuesday, May 17, 2011

It is difficult

Assalammualaikum,



Lama rasanya Mel tak update blog. Memang dah start busy balik, lepas kerja pun pergi ke gym, jadi masa cepat berlalu dalam sehari. Ataupun Mel dah melalui 'grief' dengan baik, jadi kurang nak meluahkan perasaan? Ntahla. That's a possibility..


Hari Ahad lepas Mummy Mel ajak pergi kenduri kahwin anak cousin dia. Mel tak kenal pun pengantin, tapi sebab Mummy ajak, Mel and Anum pergi jerla. Sebelum ni Mel malas nak ikut, sebab malas nak berkemas dan takut orang nak tanya macam-macam. Tapi kali ni, Mel pun rasa rajin nak pergi dan kenduri ni buat kat Dewan Suarah, Kuching tempat Mel buat reception dulu.


Tapi itulah, kalau jumpa sanak saudara, family semua tu, mesti diaorang tanya jugak kan, mana-mana yang tak tahu mengenai baby Aqeel..


Terpaksa lah Mel dengan muka POKER FACE beritahu sesiapa yang tanya Mel mengenai baby.

"Oo dah kahwin setahun dah. Dah ada baby?"


"Aieh, dah beranak ka kitak?"


"Dah ada isik belum?" (Mentang-mentang la Mel masih tembam..hehehe)


Tak ke kesian muka-muka orang yang tanya Mel, berubah jadi BLANK. Bukan salah mereka, mesti diaorang nak berkongsi kegembiraan kan kan. Sabar jerla, both Mel dan orang yang bertanya tu.

Itu lah, it is difficult for mothers like us. Yes, we have our baby but the only different is he is in heaven..


Me with si kecik Anum dan Mummy. Mummy macam kakak je kan? Nanti kalau dah tua, nak maintain macam Mummy ;P


Anyway, sekarang ni dah genap 3 bulan baby Aqeel meninggalkan kami. Lambatttt sangat nak tunggu temujanji dengan Doktor Pakar, 23 Mei 2011 nanti. Haih, nervous gak rasa. Nak tanya dia, boleh start cuba lagi ke? Itu soalan nombor SATU. Hehehe


Dan, Mel and Hubby sekarang ada projek besar punyaaa. Nanti kalau dah confirm Mel buat posting about it kay?


Lots of Love,
MamaAqeel

Saturday, May 7, 2011

Happy Mother's Day

Assalammualaikum,


Selamat Hari Ibu.

Selamat Hari Ibu Mel ucapkan kepada Mummy Mel yang tersayang, Puan Saliah binti Sonong. Dan juga kepada Ibu Mertua Mel, Puan Saadiah binti Abang. Dan juga kepada semua ibu-ibu yang membaca blog ini..

...termasuk kepada Mel sendiri ;)

Sebenarnya Mel memang risau yang Mother's Day ini boleh menjadi pencetus or triggers for my sadness. Memang Mel rasa sedih, tapi tidak la seteruk yang dibayangkan. Cuma semalam, di dalam kereta, keluar lagu;

"Ibu, Ibu, engkaulah ratu hatiku..
Bila ku berduka, engkau hiburkan selalu"

Alaa, lagu yang budak kecil perempuan yang tersangat comel tu nyanyi untuk iklan susu Fernleaf tu. Berlinang juga air mata Mel, tapi cepat-cepat Mel control sebab takut Mummy Mel perasan (jangan sedih Mummy mun baca post tok k..hehe)

Nak buat macam mana, ini takdir yang tertulis untuk Mel dan suami. Mel tak pernah salahkan takdir atau rasa marah. Mel cuma menjadi manusia biasa yang masih terkenangkan baby sulung Mel sebab Mel dah sayangkan baby angel Aqeel dari pertama kali tahu yang Mel mengandung. Bahagialah dikau di sana anakku..

Anyway, I think I progress a bit on my fear/avoidance towards babies especially newborn babies or small babies that would remind me a lot of my late son.


This is me with baby Fariz. Anak bestfriend Hubby. Baby Fariz is only one month older than baby Aqeel. I have imagined baby Fariz to be good friends with baby Aqeel, but well, that is only my imagination. This is during my trip to Penang last weekend. I have to gather so much emotional strength to be able to carry baby Fariz. And of course I put up smiles so no one knows my true feeling. I also think that actually Hubby have the same feeling as I do.

The smile does not always mean that you're happy. Sometimes it means that you're strong enough to smile when you're sad.

...and I told Hubby that we will try again and hopefully have Aqeel's brother or sister as our Rainbow Baby around next year? InsyaAllah kalau dimurahkan rezeki.

Love you always my beloved son, baby angel Aqeel. You are always in my heart.


MamaAqeel

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...