Home

My Special Tickers

Daisypath Anniversary tickers Lilypie Angel and Memorial tickers Lilypie Second Birthday tickers Lilypie Maternity tickers

Friday, March 25, 2011

Sometimes I Just Can't Help It

Assalammualaikum,



Only 1 week left until I complete my 45 days confinement. However, I don't know why in particular, I am feeling really really sad today. And to give myself some justice, I shed some tears. It's been a long time since I cry for my baby. Maybe within weeks or days? I can't remember. I'm feeling blank most of the time. It's not that I'm not accepting the fact that baby angel Aqeel is gone, crying is just something I need to do, to mend my heart.




Crying is actually a way to cope with grief and loss. Crying can heal me. I feel a lot better after crying, when I'm thinking of my baby angel. But, according to articles about Loss and Grief, crying will stop when I accept the fact that baby angel is no longer with us. Crying will stop when I let go. Crying will stop when I am thankful for the great moment we had with baby angel Aqeel.

  • I am accepting the fact.
  • I am letting go
  • I am thankful for the opportunity of carrying baby angel Aqeel in my womb for 9 months (the joy and happiness) and giving birth naturally

But, sometimes I just can't help it.



MamaAqeel

Thursday, March 24, 2011

Genap 3 Tahun Perkhidmatan!

Assalammualaikum,


Pada 24 Mac 2011, iaitu hari pada hari ini, genaplah tempoh 3 tahun perkhidmatan Mel di dalam perkhidmatan awam. Kenapa tempoh 3 tahun ini penting? Ini disebabkan kerana selepas 3 tahun perkhidmatan, bagi sesiapa yang mengambil skim Pencen, akan disahkan taraf berpencen dan dengan pengesahan itu, potongan KWSP tidak akan dipotong dari gaji selepas itu. Yay!


Some of the great people that I know as my batchmates and great friends.

Apa-apa pun, kepada my PTD batchmates, PTD Unggul 2/2008 dan DPA 1/2009, selamat genap 3 tahun perkhidmatan! Semoga semua terus cemerlang di dalam kerjaya dan selamat maju jaya kepada semua!




Ikhlas daripada,


MamaAqeel

Wednesday, March 23, 2011

Congratulations Azfar Rafie!

Assalammualaikum,



Hari ini merupakan hari yang gembira untuk kami sekeluarga. My brother, Azfar Rafie got 8As and 2Bs for his SPM. Kalah myself and his older brothers. Tapi memang patut pun sebab Azfar memang rajin, minggu SPM memang tak balik ke rumah sebab nak study dekat sekolah. (Azfar bersekolah di MRSM, Kuching).

This is my brother Azfar during his MRSM convocation with myself and Mami ;) (P.s.-Masa ni Mel pregnant 6 bulan)


Apa-apa pun Mel nak ucapkan tahniah kepada Azfar dan kepada adik-adik yang mendapat keputusan yang cemerlang. Lepas ini kami akan sibuk nak fikirkan Azfar nak sambung belajar di mana. Mesti Mami yang paling risau nanti.

After Azfar, I have another younger brother, Ahmad Rafie and of course my baby sister, Anum Khadijah (P.s.-Bila la nak kurus balik macam dalam photo di atas, gambar sebelum kahwin)


Apa-apa pun Alhamdullilah ya Allah di atas pencapaian adik ku Azfar Rafie Anuar, kalau arwah ayah masih ada, mesti arwah bangga dengan pencapaian anak nya. Al-Fatihah.


Love, the only Kakak in the family,


MamaAqeel

Sunday, March 20, 2011

Happy 1st Anniversary Abang Sayang

Assalammualaikum,

Pada tarikh ini satu tahun yang lepas, Abang Adha telah diijabkabulkan dengan Amelna. 20 Mac 2010. Mas kahwin 1 dinar emas. Terasa seperti sekejap sahaja berlalu, tak sangka dan mencecah satu tahun usia perkahwinan kami.



Mel kenal Abang sejak tahun 2001 lagi, 10 tahun lepas. Masa itu zaman chat MIRC. Kami berdua chatters tegar. Hehehe. Dan sejak itu suami telah menjadi abang angkat Mel. Tup tup jadi abang terangkat pula kan? Kalau jodoh tu memang jodoh juga, kami berkawan rapat on and off tapi pada tahun 2009 kami betul-betul serius dan bertunang pada 1 Mei 2009. Cepat-cepat Abang ikat tali pertunangan sebab Mel kena pergi berkursus 7 bulan di INTAN. Tapi mana mungkin hati terpikat dengan orang lain, di hati hanya ada Abang Adha yang satu. Chewah! Jiwang!

Hanimun di Kota Kinabalu, Sabah

Banyak yang telah kami lalui sejak satu tahun berkahwin. Selain daripada Mel mengandung dengan baby angel Aqeel selepas 3 bulan berkahwin, Abang telah berjaya membuka kedai baru Freeway Design. Mel sangat bangga dengan Abang kerana semua ini hasil daripada titik peluh dia dari zero. Dulu-dulu Abang pernah jatuh, tetapi dengan gagah bangun semula. Semoga Abang sentiasa berjaya dan dimurahkan rezeki. Amin.


Mel memang bersyukur mempunyai suami seperti Abang yang sanggup berkampung di Hospital semasa Mel ditahan di wad dan tak tidur malam semasa Mel sakit bersalin dan mengurut Mel sepanjang masa. Mel nampak yang Abang tertidur duduk semasa Mel tengah sakit-sakit tu. Abang tak putus-putus bimbing Mel baca selawat, istighfar dan mengucap masa sakit nak bersalin.

Abang actually coached me to give birth, he coached me to take long deep breath and when the contractions come. just push. I think if I am all alone, most probably I will end up with a lot of tears down 'there' because I cannot control the pain and my breathing. The midwife and the doctor just leave me on the bed and said "If you have the urge to push, just push" and did not coached me how to push or breath. Mentang-mentang la my baby angel is already gone, they did not attend me properly. (Atleast, that is my opinion) Until today, I still remember how my Abang whisper to my ears during in the labour room.

This experience of losing our baby has made us really close to each other and more loving. Sorry Abang because I have become extra clingy, extra manja. Maybe after some time I'll be okay. Just continue to support me as I will try my very best to support you too. I will not be so much of a crybaby, okay?

Mel doakan yang jodoh dan kebahagiaan kami suami isteri kekal sehingga ke hujung hayat kami. I want to grow old with you, with our children (insyaAllah) and with our grandchildren (insyaAllah). Moga-moga kita dimurahkan rezeki diberikan kesihatan yang berpanjangan. AMIN.

Happy 1st Anniversary Abang Sayang!


MamaAqeel loves PapaAqeel so much!

Friday, March 18, 2011

How I Miss You

Assalammualaikum,


How I miss you, my little baby angel,
Although I never have the chance to know you,
But I have love you with all my heart.

I am not complaining about how lonely I've been,
Since I know you are already happy wherever you are,
Just that sometimes I just really miss you so much.

I know this is our fate,
Allah have better plans for Mama and Papa,
Inna lillahi wa inna ilaihi raji'un.

I really hope that time will heal,
But one thing for sure my baby angel,
Mama and Papa will never forget you.

You will always be our baby boy

Mama loves you very much!



MamaAqeel

Thursday, March 17, 2011

Tribute to Tan Sri P. Ramlee

Assalammualaikum,



Hari ini Mel nak tulis mengenai pendapat Mel mengenai kisah hidup dan perjuangan arwah Tan Sri P. Ramlee. Bukan apa, sejak Mel berpantang ni, setiap hari pukul 10 mesti ditayangkan cerita P. Ramlee di Astro Prima. Memang tak jemu menonton filem-filem klasik lakonan beliau.


Tapi, apa yang membuatkan Mel tergerak nak cari maklumat dan kisah hidup P. Ramlee adalah disebabkan Kak Saloma (pembantu yang jaga Mel berpantang, nama kakak tu pun diberi oleh ayahnya yang minat P. Ramlee) banyak menceritakan sedikit sebanyak kisah P. Ramlee seperti siapa isteri P. Ramlee selain Saloma, Saloma sebenarnya janda A.R Tompel dan macam-macam lagi. Jadi hari ini satu hari suntuk Mel baca mengenai P. Ramlee. Mel juga cari dokumentari P. Ramlee @ History Channel arahan Suhaimi Baba di Youtube.

Di sini Mel bukan nak cerita balik mengenai kisah beliau tetapi meluahkan perasaan terkilan kerana pada penghujung hayat dan zaman kejatuhan P. Ramlee, beliau seperti dipinggirkan, disisihkan dan dilupakan begitu sahaja. Hanya selepas beliau meninggal, baru lah kerajaan Malaysia yang diterajui oleh Tun Dr. Mahathir mengangkat beliau dengan menamakan Jalan Parry sebagai Jalan P. Ramlee dan macam-macam lagi usaha lain untuk memperingati P. Ramlee. Rakyat Malaysia pun macam tu juga, bila beliau dah tak ada baru nak ingat dan memperagungkan P. Ramlee semula.

Percayakah anda yang P. Ramlee pernah di 'boo' ketika dijemput untuk membuat persembahan semasa zaman kejatuhannya?

Beliau terpaksa menyanyi di majlis kahwin kerana perlu menyara keluarganya?

Perkara yang paling Mel kesal ialah sikap kaum Melayu (yang sangat tipikal dan berlaku selalu) yang suka menikam dari belakang, menjatuhkan orang lain sebab sikap dengki, dan mudah lupa diri bila dah berjaya. Satu lagi ialah kekurangan Financial Knowledge, tak menyimpan ketika banyak duit banyak dan akhirnya kesempitan ketika susah.

** Ya Allah ya Tuhan ku, jauhkan la diriku, keluargaku dan sahabat handaiku daripada sifat-sifat dengki, riak, tinggi diri, alpa dan sikap memburukkan orang lain**

Reminder to self too..

Biarlah kisah hidup P. Ramlee menjadi teladan kepada kita semua. Memang menjadi lumrah hidup manusia, ketika masih ada atau masih hidup, kita mudah melupakan tetapi ketika sudah tiada baru terhegeh-hegeh nak menyesal atau teringat-ingat.

I cried during the search of P. Ramlee stories. I'm such a cry baby. Addicted to sad things nowadays.

Mari kita sedekahkan Al-Fatihah kepada arwah.



MamaAqeel


Saturday, March 12, 2011

Contest: Family Sedondon


Click banner di atas untuk join Contest Family Sedondon


Assalammualaikum,



Hari ini Mel browse a few blogs yang Mel follow, salah satu nya ialah blog Kak Emmie, my senior at SM Sains Kuching dulu. Kat blog tu, Kak Emmie ada buat satu contest yang menarik iaitu Family Sedondon. For the people who knows my family, kitaorang memang pakai baju raya sedondon sejak dari kecil lagi. Memang setiap tahun macam tu. Name the colour, rasanya semua colour dah kami pilih untuk sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Jadi, ini adalah gambar yang Mel pilih untuk sertai contest Family Sedondon tu.



Gambar ini adalah gambar family semasa Raya Aidilfitri 2010 yang lepas. Gambar ini diambil oleh Encik Zaini Ahmat atau lebih dikenal oleh kawan kawan kami sebagai Encik Jeni atau Jins. He's a professional photographer. Kalau sesiapa tengah cari photographer untuk weddings or any special occasion, boleh click link at his name and contact him ya.

Semasa Raya Aidilfitri yang lepas, I am pregnant with baby angel Aqeel about 4 months. Kenangan yang indah mengandungkan anak Mama yang sulung itu. Tak susah pun mengandungkan dia kerana Mel jarang sangat sakit, alah atau mengidam. Tapi Allah lebih sayangkan buah hati Mama itu. Dari Allah dia datang, dan kepada Allah lah dia kembali.

Mama dan Papa Aqeel yang sangat bahagia, masih bahagia kerana baby angel Aqeel sudah berbahagia di sana.


P.s: Thank you Kak Emmie, atleast entering this contest and writing this entry gives me some joy and kills nearly an hour of my day. I really want time to fly really really fast ;)


Mama Aqeel

Friday, March 11, 2011

Presents from BFFs

Assalammualaikum,


Mel sangat happy hari ini sebab terima surprise parcel daripada one of my BFF, Munie. Hari Selasa hari tu pun dapat parcel daripada Fetty, also one of my BFF. Apa maksud BFF? Best Friends Forever ;)

This is the picture of my presents. Yay!



Mesti Munie hadiahkan tudung-tudung selepas Mel bagitau dia yang sekarang Mel dah bertudung. Hihihi. Very nice colours dan sesuai sangat untuk banyak warna baju kan? And ada lip gloss and lipstick Bobby Brown juga. Best best! Thanks also for the card dearie! Miss you so much! Nanti kita dating k for my next visit at KL ;) Munie sebenarnya berkeras nak datang Kuching and visit me, tapi since nanti Mel akan ke KL on April, Mel cakap jumpa nanti je. Nanti tak berhenti nangis kalau Munie visit Mel tengah berpantang ni. Because we share everything.

Fetty pula hadiahkan herba Maharani. Hari itu kitaorang bincang mengenai jamu/herba apa yang bagus nak makan untuk jaga kesihatan selepas bersalin. Fetty recommend herba Maharani tu and she said that she got some extra. Terus dia postkan. Thanks a lot Fetty. Mwah mwah! All the best for your second pregnancy darling. Harap-harap girl supaya you dapat sepasang. AMIN. Hehehe.

Thanks for cheering me up my friends. Love Love!



Mama Aqeel

Thursday, March 10, 2011

Hidup Mesti Terus!

Assalammualaikum,


Hari ini dah 23 hari berpantang tanpa baby di sisi. Mel rasa lebih sihat tapi masih ada rasa sengal-sengal masa berjalan dan angkat daripada baring. Mudahan lebih sihat seperti biasa dalam sedikit masa lagi.

Semalam Mel kemas-kemas baju-baju mengandung dan simpan di dalam bag. Bila la agaknya nak keluarkan bag itu lagi nanti? Mudahan nanti murah rezeki bila tiba masanya nanti. Apa-apa pun Mel kena sihat balik dan beri masa untuk stabilkan emosi.

9 bulan lepas sangat fokus dengan pregnancy. I was having a text-book pregnancy with Aqeel. Jaga permakanan, makan supplements, jaga kesihatan tapi apa kan daya, not all pregnancy is promised to bring home a healthy baby. No one ever told us that this kind of thing can happen. Stillbirth is the destroyer of dreams according to National Stillbirth Society.

Sepatutnya selepas pregnancy, busy dengan baby kan?

Tapi dengan keadaan sekarang, we need to go back our life before my pregnancy. How was that? I got pregnant 3 months after our marriage. Now it went back only the two of us. Apa-apa pun hidup mesti terus! Selepas maternity leave ni, busy dengan kerja di ofis dan nak cari hobby. Nak buat apa ya? Wanna continue my hobby of baking and cooking la. Sebab Mel tak pandai nak masak sangat lagi ;)

Ketiadaan baby angel Aqeel telah buat Mel extra manja dengan suami. Hubby ganti jadi my baby besar kot. Hehehe. Nasib baik hubby faham dan tak kisah nak layan isteri dia ni. Love u abang! I still have breakdowns now and then. It is normal kan? Ibu mana tak teringat dengan anak dia. The connection I have with Aqeel for the 9 months is so precious. Aqeel tetap baby sulung Mama dan Papa.

Oh ya, semalam Papa lawat Aqeel. 'Banglo' Aqeel nampak sangat cantik sebab Papa dah upah orang pasangkan kayu berlian dan semalam Papa shellac kayu berlian tu. Orang yang Papa upah tu pun dah tanamkan pokok renek di 'Banglo' Aqeel. Nama penuh dan tarikh Aqeel pergi pun dah ada di 'Banglo' itu. Abang Aqeel bin Abang Adha. Our Prince. Mama tak sabar nak lawat 'Banglo' Aqeel. Tunggu lepas Mama habis pantang ya sayang.

Apa-apa pun hidup mesti terus. Mama and Papa loves and misses u so much Aqeel.



Mama Aqeel


Saturday, March 5, 2011

Kuat Kuat Kuat!

Assalammualaikum,


Terlalu banyak 'triggers' atau pencetus for my breakdowns sehari dua ni. Mungkin hati masih perlu dipujuk untuk lebih bersabar dan redha dengan segala nya. Tapi hati seorang ibu tanpa anaknya di sisi, bagi Mel amat sensitif. Maybe for now.

Baby angel Aqeel telah pergi 19 hari. I really hope time heals. Mungkin nanti kalau dah pergi kerja balik, confirm busy gila. Kadang-kadang nak pergi tandas pun tak sempat kalau dah kat ofis tu :P

Anyway, ramai kawan-kawan dah melahirkan baby mereka. Alhamdullilah semua nya selamat. Tapi to be honest, hati Mel terusik juga. From what I read in the support websites for surviving stillbirth and infant loss, it is normal to feel angry, jealous and envy with people with new babies. Semalam, the BIG 'trigger' for me is when I heard my neighbour's doa selamat for her new baby. Her baby is a month older that baby angel. Mel tau Mel kena sabar banyak-banyak dan redha dengan ketentuan-Nya, tapi hati Mel masih juga terusik.

Mel terus sms hubby, just untuk luahkan perasaan. He said, "Sabarlah sayang, masa kita gik ditangguh dolok. InsyaAllah ada la klak k. Sabar banyak-banyak. Boh sedih-sedih k, kelak kamek riso klak". Sorry la abang, sayang bukan nya bersedih-sedih, just nak luahkan perasaan. Kadang-kadang memang tak boleh nak tahan perasaan ni.

Tapi petang semalam Mel chat dengan kawan Mel yang mengalami stillbirth juga untuk anak pertama. Banyak nasihat yang dia berikan. Lega juga rasanya dapat berkongsi cerita dengan dia. Sekarang dia dah pregnant lagi. Mel doakan pregnancy dia berjalan dengan lancar dan dikurniakan baby yang sihat dan comel macam dia dan suami dia ;)

Banyak lagi nikmat yang perlu disyukuri daripada meratapi nasib dan bersedih kan? Mel bersyukur sebab ada keluarga yang sangat sayangkan Mel. Suami yang sangat baik hati dan sanggup buat apa saja nak buat isterinya happy. Jadi, I need to be strong for him too! And I have my lovely supportive friends surrounding me. Nikmat kesihatan, nikmat rezeki and the list goes on. Alhamdullilah ya Allah ;)


This is my little sister, Anum Khadijah yang selalu menemani dan menghiburkan hati Mel.
Love you Anum!



Mama Aqeel yang KUAT!

Thursday, March 3, 2011

Sabar dan Bersyukur lah Selalu

Assalammualaikum,


Nasib baik kita berada di era moden, di mana semuanya kita boleh surf di Internet. Mel habiskan hari-hari berpantang dengan membaca pelbagai info mengenai stillbirth, pengalaman parents lain yang alami perkara yang sama, amalan berpantang, and untuk tenangkan jiwa: mengenai betapa pentingnya bersabar dengan ujian Allah s.w.t.


Mutiara Hati untuk hari ini ;)

Setiap orang Islam hendaklah sentiasa berikhtiar dengan penuh hikmah, mengikut syariat Islam, untuk mengatasi ujian yang menimpa dan supaya tidak berulang lagi pada masa depan. Elakkan daripada perasaan sedih, mengeluh, putus asa atau kecewa ketika berdepan dengan ujian Allah, sehingga sanggup menyalahkan takdir.

Seharusnya banyak bersabar dan mendekatkan diri kepada Allah, itulah penolong yang sejati seperti firman-Nya yang bermaksud:

“Jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu. Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat sekali kecuali bagi orang yang khusyuk.” (Surah al-Baqarah, ayat 45)

Kita juga perlu insaf bahawa apapun ujian atau cubaan, semuanya menunjukkan bahawa Allah memelihara hamba-Nya supaya ingat selalu kepada-Nya. Seterusnya bagi orang kuat imannya, ia sangat berbahagia apabila berdepan dengan cubaan Allah kerana itu satu cara Allah menghapuskan dosa seseorang itu, jika dihadapinya ujian dengan kesabaran tinggi dan penuh keimanan.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

“Tiada seorang Muslim yang menderita kelelahan atau penyakit, atau kesusahan hati, bahkan gangguan yang berupa duri melainkan semua kejadian itu akan berupa penebus dosanya.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

*source: http://nurjeehan.hadithuna.com/2008/06/sabar-hadapi-ujian-dijanjikan-syurga/


Subhanallah, Mel percaya ujian ini diberikan kepada kami kerana Allah masih sayangkan kami. Mel mesti redha dan sabar dengan ujian ini. Mana tau sebenarnya ujian ini adalah untuk menghapus dosa. Terima kasih baby angel Aqeel, Mama rasa lebih dekat kepada Allah. Mungkin ini hikmah daripada segala kejadian ini.

Sekarang ni, Mel tengah tengok cerita Qaisy & Laila lakonan Fazura, Jehan Miskin dan Umie Aida. Cerita ini berkisarkan kisah Fazura yang menjadi sukarelawan di bumi Afghanistan. Tadi ada babak kanak-kanak berebut makanan sehinggakan makanan yang jatuh ke tanah pun mereka berebut lagi. Kalau kat Malaysia ni, orang kita mati sebab terlebih makan. Satu lagi perkara yang kita mesti bersyukur,

Satu lagi babak tadi, kanak-kanak bermain di mine field, lapangan periuk api. Dihalau pun mereka degil sebab sebenarnya kanak-kanak itu sedang mencari serpihan besi periuk api untuk dijual kerana perut yang sangat lapar. Ya Allah, syukur dengan nikmat yang tidak terhingga di bumi Malaysia yang aman. Makan pun sampai gemuk. Mel doakan rakyat-rakyat di Afghanistan, Palestin dan mana-mana negara Islam yang sedang berperang kerana kebenaran Allah yang mengalami dugaan dan ujian Allah ini dilindungi dan dijanjikan Syurga oleh Allah s.w.t.

Banyak benda yang Mel bersyukur di dalam kehidupan ini. Alhamdullilah ya Allah ;)



Mama loves you very much Baby Angel, Abang Aqeel.


Tuesday, March 1, 2011

What is Stillbirth?

Assalammualaikum,


Apa itu stillbirth? Stillbirth boleh disamakan dengan intrauterine death (IUD). Sebelum baby angel disahkan tiada, ketika Mel mengandung atau sebelum nya, tak pernah dengar pun atau tahu pun ada itu stillbirth. Teringat lagi, ketika di hospital semasa menunggu untuk melahirkan baby angel, semua doktor dan nurse kat maternity wad akan berbisik, "She's an IUD patient". The doctors and nurses are so kind at me. Of course they would, I'm in a very fragile patient at that moment.

A stillbirth occur when a baby angel died in the uterus after 20 weeks. Dan paling mengejutkan most of stillbirth cases at at fullterm! Maknanya mama-mama baby angels sedang menunggu nak melahirkan. Biasanya kes-kes sebegini, ibu-ibu akan melahirkan secara normal kerana tidak perlu untuk pembedahan secara cesarean kerana tidak lagi membahayakan baby. Cuma kalau membahayakan kesihatan si ibu, baru pembedahan cesarean dilakukan.

Tetapi kebanyakkan kes, si ibu akan di induce untuk mengesa kelahiran ataupun menurut doktor Mel haritu, selepas 2 minggu, contraction akan datang dengan sendirinya. Tetapi jasad baby angel akan jadi lain, sebab dah lama dalam perut ibunya. Hmm, apa-apa pun doktor akan beri pilihan dan nasihat yang terbaik untuk si ibu.

Mana tak luluh hati dan perasaan, especially for first pregnancy, kebanyakkan persiapan dan disiapkan untuk baby angel masing-masing dan harapan orang tersayang di sekeliling untuk menyambut kelahiran. Seperti myself and husband, dah sediakan segalanya untuk baby angel. Tiap-tiap hujung minggu pergi jalan-jalan cari barang untuk baby. It was like our hobby. InsyaAllah, kalau diberikan rezeki lagi oleh Allah, barang-barang itu semua boleh digunakan untuk adik baby angel Aqeel. Susu dan pampers, husband dah sedekahkan kepada kawan dia.

Dalam keluarga Mel ada dua kisah stillbirth. Cucu pertama sebelah family ayah pun meninggal disebabkan stillbirth. Anak kepada my Pak Ngah & Mak Ngah. Sepatutnya my angel cousin, berumur 30 tahun, tahun ini sebab mami cerita yang baby angel tu dilahirkan pada tahun 1981. Kisahnya pun terjerut tali pusat di leher. sob sob sob!

Yang kedua adalah 2nd baby kepada my husband's cousin. She lost her baby girl at 8 months. Kak Aiza took her time to tell me her experience when she come visiting me. Kisahnya, dia tiba-tiba alami high blood pressure and it stressed her baby. I really understand her feeling. She now have another baby girl after her baby angel stillborn selain anak sulung dia.

Mel ada membaca, pengalaman stillbirth sangat susah diterima atau dilalui kerana sebab-sebab berikut: (Mel rumuskan sendiri daripada semua pembacaan)

  • Kelahiran bayi adalah sesuatu yang sangat tidak pasti. Kita tak tahu lagi macam mana rupa baby, keadaan baby but in the same time we have imagined, outlined rest of our life with the baby. When something like this happens, impian tiba-tiba musnah. Kegembiraan bertukar menjadi duka.
  • In an ideal world, a parent should not outlive their children. No parents are prepared for a child's death.
  • Sedih hendak hadapi orang-orang di sekeliling especially keluarga yang mengharap, kawan-kawan yang tahu kita pregnant.
  • Kemungkinan besar sebab perasaan yang shocked, tidak bersedia dengan hakikat anak yang dikandung sudah tiada, dan tidak akan ada kesempatan untuk menjaga dan menyayanginya.
Tapi apa-apa pun, semoga masa boleh mengubat semuanya. Mel cuba live my days one at the time. Cuba sibuk kan fikiran dengan benda-benda lain. Mel percaya yang ini semua ketentuan yang Esa. Baby angel Aqeel pun pasti sudah berbahagia di sana.

Bagaimana pula kalau kita diuji dengan kematian orang yang paling kita sayangi. Ujian ini sangaja didatangkan agar terasalah kita ini lemah; tiada kuasa untuk menolak ketentuan Allah. Akan tertanamlah rasa kehambaan di dalam hati, sekaligus membuang rasa bangga diri. Begitulah, sebenarnya Allah mahu kita sentiasa beringat-ingat. Agar dengan ujian itu, kita sebagai hamba akan datang untuk mengadu, mengharap, merintih belas ihsan, dan sentiasa merasakan hanya Allah tempat meminta segala-galanya. Ujian juga adalah untuk menilai sejauh mana keyakinan kita kepada Allah. Semakin diuji sepatutnya semakin bertambah iman kita, dan semakin hampir kita dengan Allah. Firman Allah dalam surah Al Imran; 142 yang bermaksud:


“Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga, pada hal belum nyata bagi Allah orang-orang yang berjihad di antara kamu dan belum nyata orang-orang yang bersabar.”


Firman Allah dalam Surah Az Zumar;10 yang maksudnya:

“Sesungguhnya diberi ganjaran orang sabar dengan pahala tanpa hisab.”



Oleh itu, haruslah Mel banyak bersabar dan bersabar.



Mama Aqeel

Presents from Hubby ;)


Assalammualaikum,

Alhamdullilah, hubby selamat balik dari KL malam tadi. Super excited sebab rindu ngan hubby. Hehehe. Dekat 3 hari tak jumpa tuu ;) Siapalah pengarang jantung kalau tak hubby ku sorang tu. Yang paling best hubby ada belikan hadiah (padahal sendiri yang mintak). I told my husband to surprise me. Ehehe.


Yay yay dapat perfume Miracle Tender Voyage from Lancome sekali dengan dinner bag yang comel. Abang macam tahu je my Clinique perfume dah nak habis. Love the fragrant! Thanks Abang! Selain daripada tu, dapat photo frames from Ikea. Plan nak letak gambar-gambar tunang & kahwin and gambar family kat office nanti. Untuk motivate diri. Abang ada belikan Losyen Mustajab juga, memang bagus untuk orang berpantang sebab losyen ni panas dan untuk lansingkan badan. Mel memang pakai losyen ni sebelum bertapal (berbengkung). Harap-harap memang berkesan la, nak hilangkan juga kesan stretch marks.

Malam tadi pun tido nyenyak sebab hubby ada. Eyyy, dah jadi sangat manja dengan suami. Macam mana nak berenggang ni. Tapi sebenarnya experience ni buat kitaorang suami isteri sangat rapat dan sangat supportive of each other. Harap la tak sedih sangat selepas ni kan.



Mama Aqeel


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...