Home

My Special Tickers

Daisypath Anniversary tickers Lilypie Angel and Memorial tickers Lilypie Second Birthday tickers Lilypie Maternity tickers

Sunday, September 15, 2013

Persediaan Berpantang Volume 3


Assalammualaikum,


Sejak dah masuk 30 weeks ni, maka dengan ini segala kajian, research dan senarai semak untuk persediaan bersalin dan berpantang akan dilakukan lagi. Rasa macam belum lama buat research, mana tak nya, baru je 30 Jun 2012 yang lepas bersalinkan BabyAreef. Hehehe

Tapi takpe, pengalaman berpantang kali pertama dan kedua akan cuba dikaji atau di'post-mortem kan. Hihi. Kali ini juga akan kaji balik apa yang perlu atau apa yang perlu ditambah daripada pengalaman berpantang yang lepas-lepas.

Sekiranya nak baca mengenai pengalaman berpantang Mel yang lepas, BOLEH KLIK DI SINI. Nak baca mengenai betapa peningnya nak pilih Set Berpantang KLIK DI SINI PULA.

Mel rasa kali ini Mel tak akan beli satu set lengkap Set Berpantang, because knowing myself dan bila ada newborn, kelam kabut nySer alahaiiii, udahla Mel ni memang orang yang gelabah. Maka, kali ini akan beli benda yang betul² perlu saja.

MY PLANNING:


PHYTONATAL NR


Phytonal ni ada masih baki daripada berpantang Areef. Hehe. Elok lagi. Bagus amik Phytonatal ni, lansung tak ada masalah nak yakyak. Tak takut pun nak membuang sebab risaukan luka jahitan. 


AKAR HERBANIKA NR (Air herba)

Air Herbanika ni pun ada lagi lebih. Masa pantang dengan Areef tahun lepas tu pun, Mami Mel ada belikan bungkusan air periuk untuk direbus dan diminum. Jadi tak payah beli lagi, pakai yang ni je. Penting untuk hilangkan 'water-retention'.

PHYTOX NR


Phytox ni masih elok tak berusik dari sesi pantang yang lepas. Hehe. Akan digunakan kali ini lah ye. Tak baik membazir. Phytox sepatutnya dimakan masa dan nak habis darah nifas untuk keluarkan saki baki darah nifas yang mungkin tertinggal. 


MINYAK URUT - MINYAK BURUNG UNTA



Best wooo Minyak Urut - Minyak Burung Unta ni. Min yang perkenalkan dan Ashra pun cakap best. Jadi pakat beli hari tu nak cuba. Memang selesa sangat pakai minyak ni. Memang rasa segar. Mel dah beli satu dozen! Hahaha buat bekalan masa hadapan. Sekarang ni Mel tengah pujuk Min jadi stokis minyak ni, senang nak beli lain kali. Hehehe.

PARAM, PILIS & TAPEL (BARUT) - SARIAYU PAKET HABIS BERSALIN (KEGUNAAN LUARAN)



Masa 1st, Mel pakai Pilis dan Param buatan bidan kampung. Memang best pakai Pilis dan Param sebab memang rasa dalam pantang. Tak ada baby masa tu :( jadi berpantang la betul-betul. Tapi dengan Areef, Mel decide tak nak pakai Pilis dan Param sebab Pilis dan Param yang serbuk (serbuk kena adun dengan air), bila kering, serbuk tu akan jatuh. Jadi Mel takut kalau masuk ke mata baby ke, jadi akhirnya tak nak pakai yang jenis serbuk tu. Kali ini bila google, cuma set seperti atas. Amat menarik sekali sebab semuanya dalam bentuk krim kan. Ada review orang yang mengatakan krim ni panas-panas dan best. Jadi selesai permasalahan takut serbuk masuk mata baby. Happy!

MINYAK BAYI - MINYAK BURUNG UNTA


Minyak Bayi - Minyak Burung Unta ini Mel dah cuba pakai buat Areef. Nampaknya macam serasi dengan dia, dan akan pakai minyak ni je untuk baby nanti. Kalau tak pun, Mel masih ada baki Minyak Bayi Amway ;)


BENGKUNG - BELLY HIPSTER WRAP BY ORIGINS SPA 

SONY DSC


Yang ini Mel palinggg tak sabar nak pakai sebab bengkung ni fully elastic velcro bands, maknanya tak ada la perlu nak ikat-ikat, berbelit-belit and at the end terangkat kat atas bila dah duduk lama. Apatah lagi bila kena pergi tandas. Yang ni just, 1-2-3 strap! Wuuu best best. Dah pakai betul-betul ni nanti Mel review lagi ya. Beli kat Mummycare CityOne Kuching. Kata salesperson tu, owner dia pergi Singapore dan handpick beli bengkung ni. Boleh beli through website dia agaknya, cuba la deal dengan site owner kalau nak beli ya. 

Oh ya, dan ofcourse set Shaklee kot. Bukan semua sebab ada juga ubat yang hospital bagi. Tak nak la bercampur.


Okay, that's about it untuk berpantang. Belum beli lagi sesetengah barang ni. Nak survey dan carik yang termurah. Lepas ni nak semak barang-barang baby pula. Nak tengok apa yang tak cukup dan perlu tambah. Tak banyak rasanya sebab barang-barang Areef tak sempat simpan lagi huuu.


Hyped!

MamaAqeel-Areef-Adeng <3<3<3

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...